Sedikit yang sempat dikutip semasa khutbah Jumaat hari ini untuk dikongsikan... Bagi yang sudah arif anggaplah sekadar ulangkaji dan boleh perbetulkan saya sekiranya ada salah.. Tak beberapa pasti tajuk khutbahnya.. fikiran melayang-layang masa tu.. Almaklumlah baru lepas makan.. hehe. Diawalnya khatib membaca dengan agak perlahan.. memang perlahan tetapi jelas butir-butir perkataan yang dilontarkan.. Sekali-sekala khatib ada menguatkan suara bertempik... Memang ia amat menyegarkan mata yang sedang mengantuk ;)
Ringkasnya Sudut Pandangan kita ada 4 iaitu :
1. Pandangan Mata Zahir
2. Pandangan Mata Fikiran
3. Pandangan Mata Nafsu
4. Pandangan Mata Hati
Kita lihat pandangan mata zahir dahulu.. Pandangan ini adalah pandangan yang kita lihat dengan mata tanpa pertimbangan yang waras.. ia boleh memberikan jawapan kekeliruan apabila kita melihat hanya secara zahirnya sahaja.. Sebagai contoh : Semasa kita di dalam keretapi yang sedang bergerak, kita menoleh kebelakang, kita dapat lihat landasan keretapi semakin mengecil dan mengecil.. sedangkan ia sebenarnya sama saiz dan tidak berubah sekalipun.. Jangan bergantung pada pandangan zahir semata-mata yer..
Pandangan Mata Nafsu.. Sudut pandangan ini adalah yang paling bahaya. Mudah sahaja untuk difahami... Contohnya semasa bulan Ramadan lalu.. kita lihat juadah yang pelbagai dan kita beli semuanya... seterusnya bila masa berbuka.. kita makan sedikit sahaja,.. yg lainnya terbiar.. terbuang begitu sahaja.. natijah yang amat buruk apabila kita melihat hanya menggunakan mata nafsu..
Pandangan Mata Fikiran.. Ia diasaskan kepada ilmu semata-mata.. Contohnya di masa dahulu teori dan hipotesis mengatakan dunia ini ada sempadannnya dan ada penghujungnya. Manusia takut untuk berjalan ke bucu atau hujung dunia takut terjatuh ke sebelah dunia lain.. Kita tertipu begitu sahaja. Ilmu sahaja yang tidak dipandu oleh wahyu dan pedoman Illahi turut memberikan natijah buruk..
Pandangan Mata Hati.. Ini adalah pilihan yang sebetulnya.. pandangan yang selamat terbimbing oleh pedoman Illahi..
Jangan tiru orang Yahudi kerana mereka tahu akan hakikat kebenaran tetapi mereka tetap anggkuh kerana mereka melihat lebih dengan mata nafsu mereka..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda