Friday, 23 February 2018
Jangan Jadi Orang Sama 5 Tahun Ke Depan
Salah satu ciri oang berjaya, dia tak kekal statik bila bergeraknya masa. Ia akan sentisa bergerak dan memajukan diri ke depan. Setiap tahun akan ada saja pembaharuan yang mereka lakukan. Saya ambil satu contoh paling mudah. Lihat saudara Irfan Khairi (Jutawan Internet) tu. Setiap tahun ada saja produk atau bisnes baharu yang dia ketengahkan dalam bisnes beliau.
Ambil masa sekarang ni untuk kita beli kehidupan kita 5 tahun yang hadapan (Hidup yang lebih baik daripada sekarang).
Bye, Salam Jumaat
-AFT
UsahawanTahunIni
Jutawan5TahunLagi :)
Thursday, 15 February 2018
Selamat Bersara Boss
Boss saya pada hari semalam, 14 Februari 2018 adalah Yang Mulia Puan Hjh Tengku Suriani Binti Tengku Anuar Zainal. Beliau telah menerajui Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) RISDA sejak 2013 sehingga kini.
Semalam adalah hari terakhir bagi beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian di BTM. Disaat-saat akhir sebelum ketikan punch card pun, beliau sempat lagi mempengerusikan dua mesyuarat bersama perunding dan pembekal. Dedikasi penuh hingga ke detik-detik jam terakhir tu nampaknya semalam.
Sebagai anak buah, pelbagai pengalaman dan tunjuk ajar telah saya perolehi selama bekerja bersama beliau. ICT bukanlah satu cabang disiplin yang statik dan bersifat rutin. Dalam konteks kerja, bidang ICT adalah satu skop tugas yang mengkaji, membangun, melaksana, menyenggara bagi mewujudkan pemodenan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyokong pencapaian fungsi dan misi organisasi. Bukan tugas mudah untuk kita deal dan menguruskan persekitaran, manusia, dasar dan segala proses untuk disesuaikan selari dengan perubahan teknologi ICT yang begitu pantas sifatnya.
Apapun saya melihat beliau telah merancang dengan begitu teratur sekali untuk projek pembangunan ICT dan telah membawa BTM ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Atas usaha keras, ketegasan dan komitmen bersama dalam kerja berpasukan yang beliau terapkan selama ini, ia telah membuahkan banyak pembaharuan dan kejayaan, bukan hanya di peringkat BTM malah kepada RISDA sendiri.
Beliau telah meletakkan satu aras (benchmark) prestasi yang tinggi untuk terus diberikan kesinambungan oleh pengganti beliau selepas ini.
Selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau atas tanggungjawab baharu selepas ini. Semoga beliau sihat dan ceria nanti bila dah jadi YB (Yang Bersara) sepenuhnya. In Sha Allah.
Sunday, 28 January 2018
Mencapai Bintang
Petikan artikel Mencapai Bintang oleh Dr Tengku Asmadi T. Mohamad, Mingguan Malaysia, 28 Januari 2018.
Ringkasan 5 amalan untuk mencapai bintang:
1. Mendahului Masa
-Disiplin kerja tinggi.
-Sentiasa mendahului masa.
-Semasa temujanji, sampai awal.
-Bila masa terluang, mereka cari kerja dan buat sesuatu berfaedah.
-Jelas tentang impiannya, cari ilmu dan tajamkan skill.
-Dalam mindanya, dia dah capai impian, hanya menanti saat untuk jadi nyata saja.
2. Beri Lebih Daripada Jangkaan
-Tak berkira masa dan tenaga.
-Tak bertanya berapa yang mahu dibayar atas kerja-kerja tambahan yang tiada kaitan dengan tugasannya.
-Berkhidmat sepenuh jiwa raga (Seolah dalam pandangan orang lain, mereka diperkulikan).
-Memberi lebih adalah satu kepuasan.
3. Semua Orang Penting.
-Jalin hubungan baik dengan semua orang.
-Kehadirannya disenangi dan perwatakkannya mudah didekati.
4. Sentiasa Siap Siaga
-Sentiasa sedia untuk terima cabaran, tugas dan tanggungjawab.
-Tak pernah berkata tidak.
-Asyik dia sahaja yang dipanggil bos untuk ini dan itu. Sebenarnya bukan boss anggap orang lain tak penting tapi boss lebih senang dan lebih percaya orang tu sebab dia sentiasa bersedia. Bos kalau asyik dengar alasan, boss akan BOSAN dengan kita.
-Orang yang sentiasa siap siaga ni, selalunya dia sendiri dari awal boleh jangkakan bila khidmatnya akan diperlukan oleh boss.
5. Sentiasa Bersyukur
-Tak suka mengeluh atau merintih.
-Latih diri untuk syukur dan yakin ketentuan Allah terhadap kita.
Moga bermanfaat :)
Saturday, 20 January 2018
Nasihat Untuk Sahabat
Petikan Mesej Kepada Sahabat-Sahabat
Sila kurangkan capaian ke laman web yang tak berkaitan kerja dalam waktu pejabat. 2018 ni kita kena move forward untuk improve diri, learn more on kerja dan tanggungjawab yang diberi. Study software yg kita dah ada tu. Siapkankan mana-mana job last year yg pending. Kerja sebenarnya banyak kalau kita cari. Sebelum ada yg menegur, biar aku tegur kau dulu. Kau beruntung, ada masa untuk fokus dan peluang tajamkan skill IT mana yang patut. IT is all about exploration and passion. Take this advice positively my friends 👍👍
Sunday, 7 January 2018
10 Amalan Tak Cantik di Pejabat
Berikut antara perkara atau tabiat yang tak sepatutnya berlaku di pejabat. Tempat kita sabahn hari mencurah khidmat, mencari rezeki, menyerlah potensi dan membina kehidupan:
1. Tidak menepati masa, memanjang lewat jer;
2. Lambat dalam bertindak, asyik nak kena ketuk jer. Asyik nak kena bagi reminder jer;
3. Tidak proaktif. Hanya buat kerja yang diarah, langsung tiada daya usaha atau inisiatif untuk "bagi jalan" apa yang sepatutnya dah berjalan;
4. Tidak mahu mencuba dan belajar perkara baharu;
5. Tiada perancangan kerja dan penetapan hala tuju diri. Hanya membirkan masa berlalu tanpa nak capai apa-apa setelah bertahun bekerja;
6. Banyak buang masa pada perkara yang tak menyumbang pada produktiviti kerja. Sembang kosong dan sibuk surfing internet, shopping online, Youtube, Whatsapp dan lain-lain;
7. Tak suka menyumbang idea dan pandangan kepada jabatan. Play safe dan malas;
8. Dalam mesyuarat atau perbincangan sibuk sangat dengan telefon di tangan;
9. Orang lain sibuk bekerja, dia tidur;
10. Bukan boss tapi lagak kalah boss.
Harap saya dan anda tak termasuk dalam golongan yang bertabiat tak cantik ni :)
Wednesday, 3 January 2018
Selesai Program Penutup 2017
Penutupnya pula adalah baru-baru ni satu majlis kenduri kahwin adir ipar di kampung di Kuala Linggi, Melaka dapat diselesaikan dengan lancar dan meriah. Alhamdullillah, ramai jemputan mak dan ayah yang dapat hadir. Nyaris-nyaris nak habis lauk pauk.
Di bawah ni saya share sikit gambar yang sempat diabadikan daripada OPPO yang ada di tangan :)
Selamat Pengantin Baharu Kepada Yazid & Zura! Moga kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin
Sunday, 17 December 2017
Kosa Kata Hampir Sama Makna
1. Jemput dan Undang
Jemput diguna untuk perbuatan pergi menyambut, mengalu-alu.
Undang diguna perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, peryaan, pertemuan dan sebagainya.
2. Hemah dan Hemat
Hemah bermaksud budi pekerti yang mulia.
Hemat bermaksud tidak boros atau membazir dan perbelanjaan atau dalam menggunakan sesuatu.
3. Ikut dan Turut
Ikut bermaksud turut serta, turut sama, bersama-sama.
Turut bermaksud pergi bersama, bersama-sama melakukan atau ditimpa sesuatu.
4. Kesan dan Akibat
Kesan bermaksud tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh sesuatu.
Akibat bermaksud kesan buruk sesuatu peristiwa atau perbuatan dan lain-lain kesudahan yang tidak baik.
5. Mesti dan Pasti
Mesti adalah kosa kata yang membaa pengertian wajib atau patut dilakukan.
Pasti ialah kata adjektif yang membawa erti tentu.
6. Satu dan Suatu
Satu merujuk kepada bilangan tunggal.
Suatu menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak dipastikan.
7. Tafsir dan Taksir
Tafsir atau tafsiran bererti keterangan yang menjelaskan.
Taksir bermaksud nilaian, anggaran atau kiraan.
8. Tahu dan Faham
Tahu bermaksud maklum akan keadaaan sebenarnya, faham dan mengerti.
Faham bermaksud tahu dan mengerti benar akan sesuatu.
9. Tentang dan Mengenai
Tentang adalah kata sendi.
Mengenai adalah kata kerja.
Saturday, 11 November 2017
Sudah Terhantuk Tapi Masih Tak Tergadah..
Wednesday, 1 November 2017
Awak Seronok Kerja?
Soalan tu bukan mudah untuk dijawab kan?
Adakah keseronokan itu milik boss sahaja? Milik mereka yang cemerlang sahaja? Atau milik semua kita yang bekerja? Jawapan sebenarnya ada dalam diri masing-masing.
Seronok atau "beronok-ronok" adalah merujuk kepada perkara yang kita suka melakukannya. Kerja pula merujuk kepada pekerjaan kerjaya yang kita jawat atau sandang untuk satu-satu tempoh masa dengan skop tanggungjawab dan peranan tersendiri.
Tahap kerja biasanya ada 3 iaitu boss yang mengarah, pengurus yang merancang pelaksanaan dan pelaksana yang menggerakkan operasi. Tiga tahap pekerja ni mempunyai bidang tugas dan cabaran tersendiri. Keseronokan juga boleh ada pada ketiga-tiganya. Dalilnya, keseronokkan hadir bila kerja yang kita buat tu sudah sebati dengan jiwa dimana rasa amanah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dengan cara paling terbaik tanpa rasa jemu dan terpaksa, tak mangira siapa pun kita.
Bila buat benda seronok, rasa penat tu akan tenggelam. Bayangkan anak-anak yang sedang bermain di padang. Adakah mereka penat bermain? Pastinya mereka berupaya bermain hingga berjam-jam selagi tak betul-betul penat sebab mereka dah memang sedabg seronok.
Banyak benda boleh dibuat untuk bina keseronokkan bekerja. Antaranya kawan-kawan yang boleh membantu, majikan dan boss yang sangat supportive, persekitaran kerja yang menarik, bersih, ceria, selesa dan kondusif, proses kerja yang cekap, budaya kerja yang inovatif dan yang paling penting juga adalah positiviti dalam diri. Optimis dan ikhlas juga menguatkan lagi tahap seronok bekerja.
Berbanggalah kalau anda upaya mengatakan saya sedang seronok berkerja di sini!!
Wednesday, 18 October 2017
Sedari Bakat Sendiri
Sekiranya kita menyedari kita berbakat (sememangnya berbakat) dalam satu-satu bidang dan merasakan hebat (sememangnya hebat), serlahkanlah dan buktikan kehebatan itu dengan melakukan sesuatu mengenainya dengan sebaik mungkin. Bukan kita hanya duduk di tempat kerja hanya menunggu diberi kerja.
Sedarlah kita bahawa bakat tu umpama emas atau permata yang perlu digilap agar ia bersinar dan memberi harga. Sebaliknya jika ia dibiarkan, lama-lama ia akan pudar dan mungkin ada hilang lenyap begitu saja. Disia-siakan hinggalah akhir hayat. Potensi kita hanya kita yang boleh menggunakannya. Berusahalah kita menyerlahkan bakat yang ada.
Monday, 16 October 2017
Tips Jaga Mata Ikut Nabi
Ini saya kongsikan tips dari seorang Ustaz yang memaklumkan bagaimana nak jaga kesihatan mata. Amalkan tiga perkara ni:
1. Sebelum tidur, sapu celak di bawah mata.
2. Sebelum tidur juga, sapu minyak kasturi di kelopak mata atas.
3. Selaku melihat ayat-ayat Al-Quran.
Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita bersama. Insha Allah.
Saturday, 14 October 2017
Belajar Dari Alam
Rumput di tepi jalan tu tak susah pun kita nak jaga, sendiri dia tumbuh subur. Tak perlu berbaja. Sebaliknya pokok yang ditanam macam pokok buah, pokok bunga atau pokok sayur kena dibaja dan dijaga rapi.
Begitulah perbandingannya nak membesarkan perkara baik. Sentiasa mencabar, banyak dugaan dan ada musuh lagi. Hukum alam memang begitu nampaknya dimana untuk mengusahakan perkara baik, kita perlu lebih usaha, tenaga dan kecekalan.
Melihat perkara alam, banyak kita boleh belajar daripadanya..
Tuesday, 10 October 2017
Tips Bina Konsentrasi Kerja
Hilang fokus semasa bekerja tentunya boleh mengundang masalah, khususnya kepada kualiti, produktiviti, perhubungan dan keseronokan kerja.
Ni saya kongsikan secara ringkas tip untuk tingkatkan fokus masa bekerja:
1. Usah anggap tugasan yang diberi tu sebagai beban, tapi anggaplah ianya sebagai tanggungjawab dan amanah yang perlu diselesaikan sebaik mungkin.
2. Buat persediaan awal untuk kerja hari esok. Sediakan sumber kerja esok pada hari ini sebelum pulang. Begitu juga untuk hari-hari seterusnya. Maknanya 2% hingga 3% tugasan esok kita dah prepare awal.
3. Buat dan selesaikan dahulu kerja yang sukar. Bila yang susah dah settle, tugasan mudah seterusnya tu akan terasa ringan. Normallah kan kita perlu lalui kesusahan dulu dan dapat kesenangan kemudian.
4. Cuba pastikan meja kerja sentiasa kemas dan tersusun. Ini akan memberikan keselesaan, menyedapkan mata dan memudahkan nanti bila nak mencari maklumat dan dokumen.
5. Jangan rasa terpaksa untuk bekerja. Buang jauh-jauh rasa terpaksa tu sebab ia memang boleh membunuh tumpuan yang kita telah ada.
6. Penting juga untuk kita jaga kesihatan badan sebab tubuh sihat akan memberikan keceriaan dan energi. Badan sihat juga akan melegakan kita dari stress.
7. Akhirnya kita perlu bersikap professional semasa bekerja. Hindari campur aduk hal rumah tangga dan masalah peribadi di bawa ke pejabat. Biarpun memang ada masalah, cuba lupakan dulu untuk beberapa jam yang kita bekerja ni.
Ok, semoga kita berjaya mengikut tip yang ringkas ni :)
Friday, 29 September 2017
ICT Can Do Wonders
ICT pun bermula dengan pendekatan begitulah. Ia adalah teknologi yang berkembang dan bermula dengan idea dan bayangan visual yang berterusan. Ia bekembang secara dinamik bermula dengan satu dot atau bit 01, berkembang menjadi 01010101 dan seterusnya berkembang tanpa henti memungkinkan berlakunya segala aplikasi dan kemudahan ICT yang kita ada pada hari ini. LIhat dalam bidang apa sekalipun, ICT pasti ada di situ. Ilmu, perniagaan, perkhidmatan, sosial, ekonomi, sukan, riadah, kesihatan dan sebagainya. Cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian pun dah banyak jauh berubah daripada keadaan dahulu. Lihat sahaja kepada aplikasi seumpama Grab, Uber, Lazada, Waze (GPS), Facebook, Google dan perbankan online. Kebanyakkannya berasaskan data, maklumat dan Internet. Ia banyak melancarkan dan memudahkan hidup kita. Itu tak lagi saya berceloteh tentang Big Data, Cloud Computing, IoT(Internet odf Things), Smart City, virtual reality dan sebagainya
Konsep ICT Can Do Wonders seharusnya menjadi pegangan bagi setiap personel ICT malah kumpulan pekerja selain ICT khususnya dalam memperkemas proses kerja sedia ada ke arah peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan yang bermutu, cekap dan berkesan kepada pelanggan. Komponen data, proses, teknologi, pengguna dan budaya organisasi itu sendiri seharusnya digabung jalin dengan pendekatan penuh kreatif dan inovatif bagi membolehkan terhasilkan perkhidmatan atau produk yang meluas digunapakai, terkehadapan serta mencapai jangkaan yang diharapkan. Penggunaan ICT pada tahap optimum yang memberi impak positif kepada organisasi, tampak segar di mata pengguna dan terkesan di hati, itulah yang dipanggil sebagai sesuatu yang ICT wonders.
Saturday, 2 September 2017
Pelan Kesinambungan Perkhidmatan (BCM)
Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan ataupun ringkasnya PKP ataupun BCM merupakan satu pengurusan yang menyeluruh untuk bagaimana sesebuah organisasi bertindak semasa berlaku krisis ataupun bencana. Sesekali kita bincang sikit hal subjek ilmiah yang agak dry ni.
Kalau di zaman dulu-dulu ia dipanggil contigency plan ataupun plan B. Bila operasi atau proses normal tergendala, ia harus diteruskan dengan pendekatan kedua. Agar service dan kerja dapat diteruskan kepada pelanggan.
BCM ni amat berkait rapat dengan risiko-risiko ancaman kepada perkhidmatan dalam organisasi. Risiko tu pula ada yang rendah, sederhana dan tinggi. Untuk perkara yang berisiko tinggi, itulah yang seharusnya kita wujudkan langkah pengawalan risiko.
Banyak insiden kebelakangan ni yang menimbulkan bencana ataupun krisis seperti kebakaran bangunan, banjir, gangguan elektrik, bangunan runtuh, wabak penyakit, ancaman hackers/ransomware dan sebagainya. Semuanya ini secara terus boleh menggugat kelancaran operasi seharian pekerja dalam organisasi.
Bagi saya dalam era terkini ni, ibu kepada bencana di negara kita ni ialah semasa berlaku krisis insiden MH370. Ia satu contoh terbaik bagaimana sesebuah organisasi penguruskan bencana yang menjejaskan perkhidmatannya. Bencana yang paling tinggi tahapnya adalah apabila ia melibatkan ancaman kepada keselamatan nyawa dan keselamatan negara. Kita dapat lihat masa tu, bukan hanya MAS atau DCA yang menguruskan bencana, malah Perdana Menteri sendiri terlibat mengendalikan krisis.
Justeru, BCM itu tadi merupakan satu aktiviti ataupun program yang perlu ada dimana-manapun. Malah di rumah kita sendiri pun kita patut dah mengamalkannya. Macam menyimpan lilin untuk pencahayaan sekiranya blackout. Menyimpan air untuk bila berlaku catuan bekalan air, simpanan duit untuk masa kecemasan dan sebagainya.
Sediakan payung sebelum hujan adalah pepatah lama yang biasa kita dengar. Itu juga adalah gerak tindak selari dengan BCM ni. Ia merupakan langkah persediaan kita sekiranya berlaku sesuatu yang tak diduga. Malangkan tak berbau.
Apabila kita telah menyediakan BCM, impak ataupun kesan terhadap gangguan itu boleh diminimakan sebanyak mungkin kerana persediaan untuk tindakan pemulihan dan penyediaan sumber yang perlu telah disediakan. Sumber boleh jadi kakitangan itu sendiri, keperluan dan capaian kepada data dan sistem maklumat, lokasi operasi dan peralatan sokongan dan komunikasi.
Perkara ni memang agak baru dari segi pelaksanaan dan pembudayaannya di Malaysia. Tapi kita masih belum terlambat untuk bersama membudayakannya dalam hidup dan kerja rasmi seharian. Mempunyai pelan tindakan, SOP, awareness dan latihan yang cukup pasti semakin hari menjadikan kita lebih matang dan faham apa itu BCM.
Kepada pengamal BCM ni seperti saya dan rakan-rakan, cabarannya pasti ada khususnya untuk memberikan pendedahan dan kefahaman yang betul kepada semua terlibat khususnya pihak pengurusan atasan di organisasi.
Akhir kata, amalan terbaik dah ada (best practices) dan standard piawai pun dah ada. Risiko pun ada dengan tahap kekerapan ia bileh berlaku. Kita hanya perlu faham, amal dan follow saja gerak tindak dan amalan terbaik yang dah ada. Untuk manfaat dan kesejahteraan kita juga. Bersedia untuk menghadapi sebarang bencana, itulah namanya Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.
Sekadar perkongsian untuk yang masih blur apa itu BCM :)
Berhati-Hati Bila Pegang Pisau
Lepas selesai Solat Sunat AidilAdha pagi ni bawak anak-anak kejap menjenguk tengok program sembelih korban di masjid. Untuk masjid di kampung ni ada 6 ekor ternakan untuk pagi ni. Seekor daripadanya kerbau. Macam biasanya bila bawak budak-budak ni memang hasratnya untuk menengok jer :) Ramai dah anggota pekerja dan orang-orang tua yang mengerjakannya sembelihan tu.
Seekor, dua ekor dan tiga ekor telah mula dilapah kulitnya..
Tiba-tiba, di depan mata nampak seorang pakcik ni terpancut darah di pergelangan tangan kanannya. Allahuakbar! Kesian sungguh dia. Tak sengajalah tu. Saya tak pasti silap dia atau silap orang lain mengendalikan pisau yang ada. Terus yang ada di situ minta dia tutup lukanya dengan kain. Terus seorang lagi yang ada bawakan dia dan keluarganya sekali ke hospital. Allahuakbar!! Tak sangka berlaku insiden macam ni. Moga dia selamat dan segera diberi kesembuhan.
Dalam suasana meriah begini, jangan kita lupa, bahaya tetap ada di mana-mana.
Monday, 24 July 2017
Makna Bacaan Dalam Solat
Mintak maaf semua. Untuk sama-sama kita mengulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi masih tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat. Tak hairanlah kalau kita tidak kusyuk dalam solat. Mari kita renung dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.
*Takbiratul-Ihram / Takbir:*
*Allah Maha Besar.*
*Doa Iftitah:*
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
*Al-Fatihah:*
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
*Bacaan ketika rukuk:*
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
*Bacaan ketika bangun dari rukuk:*
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
*Bacaan ketika Iktidal:*
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
*Bacaan ketika Sujud:*
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
*Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:*
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
*Bacaan ketika Tahiyat Awal:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
*Bacaan ketika Tahiyat Akhir:*
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanafaat utk kita bersama!
*"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"*
Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.
Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.
*Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:*
"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."
■ Ertinya, tiga ayat di atas *Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in* adalah *Hak Allah*, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.
■ Ketika Kita mengucapkan *"AlhamdulillahiRabbil 'alamin"*
Allah menjawab: *"Hamba-Ku telah memuji-Ku."*
■ Ketika kita mengucapkan *"Ar-Rahmanir-Rahim".*
Allah menjawab: *"Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."*
■ Ketika kita mengucapkan *"Maliki yaumiddin".*
Allah menjawab: *"Hamba-Ku memuja-Ku."*
■ Ketika kita mengucapkan *“Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.*
Allah menjawab: *“Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”*
■ Ketika kita mengucapkan *“Ihdinash shiratal mustaqiim,* *Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”*
Allah menjawab: *“Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.”*
(Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)
■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.
Rasakanlah jawaban indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.
■ Selanjutnya kita ucapkan *"Aamiin"* dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
■ Barangsiapa yang ucapan *“Aamiin-nya”* bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud)
Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat
Sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(Hadis Riwayat Muslim)
Friday, 14 July 2017
CAKAP KUEK (Loghat Nogori Sembilan)
Sama ada personaliti kita ni suka cakap dengan nada kuat ataupun pelahan, salah satu adab ketika di pejabat ialah kita bercakap dengan jelas tanpa membuat bising ataupun menjerit-jerit.
Orang yang suka bercakap kuat ataupun ketawa kuat-kuat di tempat kerja adalah gangguan kepada rakan sepejabat yang sedang bekerja. Ini point pertama.
Kita perlu sentiasa sedar dan peka bagaimana perlakuan dan komunikasi kita di pejabat dan bagaimana orang melihat dan menilai diri kita. Sentiasa ingat ketika kita berada di pejabat, ada hak rakan sepejabat atas apa jua tingkah-laku kita. Ini point kedua.
Bersikaplah matang dan elakkan kelihatan seperti keanak-anakan ataupun seperti kanak-kanak riang. Cuba elakkan bergurau dan ketawa berlebihan dengan rakan sekerja ketika di pejabat kerana kita mungkin mengganggu tumpuan rakan-rakan sekerja lain yang sedang menumpukan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan yang mereka ada.
Walaupun mungkin kita tidak berniat pun untuk mengganggu, tapi perlakuan sebegini menunjukkan kita kurang hormat kepada rakan sepejabat yang lain. Dan ini point nombor tiga.
Satu lagi, elakkanlah sama sekali buka Youtube kuat-kuat kat pejabat. Itu lagi banyak mengganggu. Gunakan headphone yang tutup telinga tu dan sila dengar sorang-sorang. Itupun jangan dengar masa waktu bekerja. Dosa tu :)
Kironyor ado maklumat ni yang sensitip atau salah, mohon ditogor dan mohon maap yor.. Itu jor den nak cakap!
Saturday, 17 June 2017
Bila Idea Diperlukan
Sebagai eksekutif ataupun pegawai di mana-mana organisasi, kebiasaannya kita diperlukan untuk memberi pandangan dan idea. Buah fikiran kita memang diperlukan dari semasa ke semasa demi mencapai misi jabatan dan ekspektasi pelanggan.
Saya secara peribadi suka juga memberi idea dan pandangan khusus pada perkara yang memang kita ada idea mengenainya. Rasa berdosa juga kalau kita memiliki pandangan tetapi disimpan tidak dizahirkan.
Kita sebenarnya bukan nak mengharap sangat idea tu diterima ataupun ia menjadi idea yang terbaik. Tetapi seharusnya kita niatkan agar idea tu boleh menyumbang kepada penghasilan dan penjanaan idea-idea lain yang lebih baik dari sahabat yang lain.
Kepada kawan-kawan, jangan segan silu untuk bersuara dan memberi pandangan. Kalau pun pandangan tu macam tak bagus atau macam tak boleh diterima, tak mengapa. Sekurang-kurangnya, kita telah memainkan peranan kita dalam aktiviti percambahan fikiran ataupun orang putih kata branstorming :)
Sunday, 11 June 2017
Adab Perjumpaan dan Mesyuarat
Saya bukanlah orang yang terbaik untuk memberikan apa-apa nasihat kepada yang membaca entri ni. Sebabnya saya sendiri pun, ada banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki. Tapi entri kali ini lebih kepada nasihat kepada adik-adik yang lebih muda daripada saya, yang mungkin masih baru memulakan kerja khususnya di sektor awam juga untuk organisasi atau persatuan tertentu.
Saya menyentuh sektor awam di sini sebab saya sendiri berada di dalamnya dan memerhati apa yang berlaku. Bukanlah jadi tanggungjawab saya sangat untuk memperkatakannya, sebab saya bukanlah ketua jabatan atau ketua pengarah. Saya sekadar ketua dalam satu unit kecil saja di pejabat. Tetapi penulisan ni lebih kepada rasa terpanggil untuk menyumbang sekelumit buah fikiran demi kebaikan semua yang membaca dan yang mahu berfikir.
Dewasa ni, kalau kita menghadiri mana-mana mesyuarat, seminar atau perjumpaan, mudah untuk kita lihat situasi begini: Tengah-tengah mesyuarat bersidang, sibuk semuanya dengan telefon pintar masing-masing. Entah apa yang dibeleknya, saya kadang jadi tak faham. Memang pasti mereka tidak memberi tumpuan pun pada butir perbincangan. Mana boleh kita buat dua perkara serentak. Itu cukup jelas menunjukkan mereka sebagai jemputan dan ahli mesyuarat tak berminat dengan apa yang dibincangkan. Itu antara bahasa badan juga tu. Kesian dan sungguh tak adil situasi begini bagi saya. Ini kerana mesyuarat tidak banyak dapat manfaat daripada mereka dan mereka pun tidak dapat banyak manfaat daripada mesyuarat.
Saya terus sudahkan di sini ya. Siapa makan cili, dia rasa pedas!
Saturday, 10 June 2017
Sekiranya Anda Jadi Boss
Sekiranya kita jadi boss atau majikan dimana sekalipun, kita perlu ingat anak buah atau pekerja adalah aset paling utama kepada kita. Merekalah yang akan melaksanakan pengoperasian yang meneruskan kesinambungan bisnes kita.
Sebagai pekerja, dah biasa dah kita dengar apa yang perlu dibuat. Antaranya seperti amanah, tekun, setia, proaktif dan macam-macam lagi. Ini semua menyumbang secara terus terhadap produktiviti organisasi.
Ni saya nak kongsikan sikit tiga perkara yang seharusnya boss berikan ataupun main peranan untuk anak-anak buahnya.
1. Jadikan staf atau pekerjanya sebagai kawan.
2. Bekalkan segala tools dan kelengkapan yang perlu untuk mereka bekerja.
3. Tunjukkan anak buah laluan masa depan kerjaya mereka.
Ok, itu saja. Selamat berpuasa dan menjadi boss yang baik! :)
Sunday, 4 June 2017
Perkongsian Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki
Kepada teman-teman yang ingin menonton siri MOTIVASI pengajian yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki, berikut senarai pautan untuk panduan semua.
Selamat menonton dan sebarkan ilmu. semoga beroleh manfaat.
1. Pengawasan Allah :
https://youtu.be/_z1-Wem-COY
2. Doa Lembut Hati :
https://youtu.be/9WLxH-ghisQ
3. Besar Ujian Besar Pahala :
https://youtu.be/rRsWYk9v1kY
4. Allah Tempat Pertolongan :
https://youtu.be/pQgwrjON5Lw
5. Allah Sebaik Penjaga :
https://youtu.be/BbYUTORbg_w
6. Amalan Ahli Syurga :
https://youtu.be/kls7RmnkmHQ
Dapatkan Cd kuliah MOTIVASI dengan layari :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1321728307873707&substory_index=0&id=380947865285094






























