Wednesday, 1 November 2017

Awak Seronok Kerja?

Soalan tu bukan mudah untuk dijawab kan?

Adakah keseronokan itu milik boss sahaja? Milik mereka yang cemerlang sahaja? Atau milik semua kita yang bekerja? Jawapan sebenarnya ada dalam diri masing-masing.

Seronok atau "beronok-ronok" adalah merujuk kepada perkara yang kita suka melakukannya. Kerja pula merujuk kepada pekerjaan kerjaya yang kita jawat atau sandang untuk satu-satu tempoh masa dengan skop tanggungjawab dan peranan tersendiri.

Tahap kerja biasanya ada 3 iaitu boss yang mengarah, pengurus yang merancang pelaksanaan dan pelaksana yang menggerakkan operasi. Tiga tahap pekerja ni mempunyai bidang tugas dan cabaran tersendiri. Keseronokan juga boleh ada pada ketiga-tiganya. Dalilnya, keseronokkan hadir bila kerja yang kita buat tu sudah sebati dengan jiwa dimana rasa amanah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dengan cara paling terbaik tanpa rasa jemu dan terpaksa, tak mangira siapa pun kita.

Bila buat benda seronok, rasa penat tu akan tenggelam. Bayangkan anak-anak yang sedang bermain di padang. Adakah mereka penat bermain? Pastinya mereka berupaya bermain hingga berjam-jam selagi tak betul-betul penat sebab mereka dah memang sedabg seronok.

Banyak benda boleh dibuat untuk bina keseronokkan bekerja. Antaranya kawan-kawan yang boleh membantu, majikan dan boss yang sangat supportive, persekitaran kerja yang menarik, bersih, ceria, selesa dan kondusif, proses kerja yang cekap, budaya kerja yang inovatif dan yang paling penting juga adalah positiviti dalam diri. Optimis dan ikhlas juga menguatkan lagi tahap seronok bekerja.

Berbanggalah kalau anda upaya mengatakan saya sedang seronok berkerja di sini!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails