Posting kali ni saya ambil bulat-bulat daripada satu buku yang saya baca beberapa minggu lepas.
Ini petikannya dan tajuk buku tu saya nyatakan seperti di bawah sana :)
Kecelakaan berlaku dalam organisasi apabila tiada audit prestasi atau penilaian pencapaian kerja yang dilakukan bagi melihat keberkesanan sesuatu projek atau program. Kecelakaan juga berlaku apabila didapati sesuatu program tidak mendatangkan faedah tetapi diteruskan juga kerana ideanya datang daripada Bos atau 'sekutunya'.
Pihak atasan yang menerima laporan tentang kelemahan program tersebut akan mencari seribu satu alasan untuk mengatakan bahawa program itu akan berjaya juga lambat laun. Semuanya kerana menjaga hati Bos. Ini merugikan organisasi dan kecelakaan menyerlah apabila akhirnya projek itu terbengkalai atau ditinggalkan kerana tiada langsung faedahnya.
Bos yang tahu bahawa projeknya gagal juga mendiamkan diri dan tidak mahu mengugkit hal tersebut kerana takut malu. Ini menyebabkan satu projek yang sepatutnya dibuat untuk meningkatkan organisasi diabaikan langsung, Jika adapun ahli organisasi yang mengunkit hal tersebut, akan diketepikan bicara tersebut dab Bos serta kesutunya akan memberitahu bahawa projek itu sememangnya tidak mahu dilakukan tetapi 'dipaksa' oleh pihak yang lebih atas. Dengan kata lain, kebaikan yang diharapkan oleh pihak atasan dinafikan kerana kaedah projek yang dilaksanakan sendiri gagal,
Sepatutnya..
Dalam kes di atas, satu pasukan perlu diadakan bagi menilai keberkesanan sesuatu projek dalam organisasi. Jawatankuasa ini perlu melakukan penilaian dengan adil dan melaporkan segala kelemahan yang diperoleh hasil pengauditan mereka, Bos pula harus peka dengan laporan yang dikemukakan jawatankuasa itu. Jika didapati ada kelemahan dalam projek, akui dan cuba perbaiki kelemahan tersebut.
Jika satu kaedah pelaksanaan tidak berjaya, penelitian perlu dibuat supaya kaedah atau pendekatan yang lain dapat digunakan. Sesuatu projek itu kadangkala baik tetapi kaedah pelaksanaannya lemah. Perkara ini perlu dikenal pasti dan kemudiannya dibaiki dengan sebaik mungkin. Jika didapati gagal lagi, penelitian seterusnya dibuat sama ada projek sedemikian harus diteruskan, dengan pindaan, atau diberhentikan.
Sumber :
KECELAKAAN ORGANISASI - Satu Refleksi Kritikal Tentang Kepimpinan dan Pengurusan oleh Gurcharan Singh Sandhu (2006)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda