Friday, 29 September 2017

ICT Can Do Wonders



Biasa tengok cerita cartoon, cerita fantasi ataupun cerita bercorak futureristics?

Kalau anda biasa menonton filem cerita seumpama ini, tentu sekali biasa kita melihat episod dalam cerita tersebut yang adegannya memaparkan sesuatu yang luar daripada kebiasaan kehidupan normal. Sesuatu yang mungkin belum kita boleh terima di dalam realiti. Contohnya manusia boleh terbang, kenderaan terbang, manusia boleh berkomunikasi dengan jarak tak munasabah, termasuk juga perkara yang berunsur magik, dreams dan adventures.

ICT pun bermula dengan pendekatan begitulah. Ia adalah teknologi yang berkembang dan bermula dengan idea dan bayangan visual yang berterusan. Ia bekembang secara dinamik bermula dengan satu dot atau bit 01, berkembang menjadi 01010101 dan seterusnya berkembang tanpa henti memungkinkan berlakunya segala aplikasi dan kemudahan ICT yang kita ada pada hari ini. LIhat dalam bidang apa sekalipun, ICT pasti ada di situ. Ilmu, perniagaan, perkhidmatan, sosial, ekonomi, sukan, riadah, kesihatan dan sebagainya. Cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian pun dah banyak jauh berubah daripada keadaan dahulu. Lihat sahaja kepada aplikasi seumpama Grab, Uber, Lazada, Waze (GPS), Facebook, Google dan perbankan online. Kebanyakkannya berasaskan data, maklumat dan Internet. Ia banyak melancarkan dan memudahkan hidup kita. 
Itu tak lagi saya berceloteh tentang Big Data, Cloud Computing, IoT(Internet odf Things), Smart City, virtual reality dan sebagainya

Jadinya sebagai pengguna ICT ataupun pengamal teknologi ICT sendiri, kita seharusnya bijak menggunakan ICT ke arah yang wonder dan baharu bagi memberikan impak dan produktiviti pada tahap terbaik. Contoh paling nyata membuktikan ICT can do wonders adalah antaranya seperti penggunaan apps di telefon pintar. Mengetahui tentang teknologi dan hidup dengan teknologi ICT sudah menjadi lumrah dan perkara biasa. Kita tidak seharusnya tertinggal untuk memanfaatkan teknologi ICT ini.

Konsep
ICT Can Do Wonders seharusnya menjadi pegangan bagi setiap personel ICT malah kumpulan pekerja selain ICT khususnya dalam memperkemas proses kerja sedia ada ke arah peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan yang bermutu, cekap dan berkesan kepada pelanggan. Komponen data, proses, teknologi, pengguna dan budaya organisasi itu sendiri seharusnya digabung jalin dengan pendekatan penuh kreatif dan inovatif bagi membolehkan terhasilkan perkhidmatan atau produk yang meluas digunapakai, terkehadapan serta mencapai jangkaan yang diharapkan. Penggunaan ICT pada tahap optimum yang memberi impak positif kepada organisasi, tampak segar di mata pengguna dan terkesan di hati, itulah yang dipanggil sebagai sesuatu yang  ICT wonders.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails