Pengurusan Kesinambungan Perkhidmatan ataupun ringkasnya PKP ataupun BCM merupakan satu pengurusan yang menyeluruh untuk bagaimana sesebuah organisasi bertindak semasa berlaku krisis ataupun bencana. Sesekali kita bincang sikit hal subjek ilmiah yang agak dry ni.
Kalau di zaman dulu-dulu ia dipanggil contigency plan ataupun plan B. Bila operasi atau proses normal tergendala, ia harus diteruskan dengan pendekatan kedua. Agar service dan kerja dapat diteruskan kepada pelanggan.
BCM ni amat berkait rapat dengan risiko-risiko ancaman kepada perkhidmatan dalam organisasi. Risiko tu pula ada yang rendah, sederhana dan tinggi. Untuk perkara yang berisiko tinggi, itulah yang seharusnya kita wujudkan langkah pengawalan risiko.
Banyak insiden kebelakangan ni yang menimbulkan bencana ataupun krisis seperti kebakaran bangunan, banjir, gangguan elektrik, bangunan runtuh, wabak penyakit, ancaman hackers/ransomware dan sebagainya. Semuanya ini secara terus boleh menggugat kelancaran operasi seharian pekerja dalam organisasi.
Bagi saya dalam era terkini ni, ibu kepada bencana di negara kita ni ialah semasa berlaku krisis insiden MH370. Ia satu contoh terbaik bagaimana sesebuah organisasi penguruskan bencana yang menjejaskan perkhidmatannya. Bencana yang paling tinggi tahapnya adalah apabila ia melibatkan ancaman kepada keselamatan nyawa dan keselamatan negara. Kita dapat lihat masa tu, bukan hanya MAS atau DCA yang menguruskan bencana, malah Perdana Menteri sendiri terlibat mengendalikan krisis.
Justeru, BCM itu tadi merupakan satu aktiviti ataupun program yang perlu ada dimana-manapun. Malah di rumah kita sendiri pun kita patut dah mengamalkannya. Macam menyimpan lilin untuk pencahayaan sekiranya blackout. Menyimpan air untuk bila berlaku catuan bekalan air, simpanan duit untuk masa kecemasan dan sebagainya.
Sediakan payung sebelum hujan adalah pepatah lama yang biasa kita dengar. Itu juga adalah gerak tindak selari dengan BCM ni. Ia merupakan langkah persediaan kita sekiranya berlaku sesuatu yang tak diduga. Malangkan tak berbau.
Apabila kita telah menyediakan BCM, impak ataupun kesan terhadap gangguan itu boleh diminimakan sebanyak mungkin kerana persediaan untuk tindakan pemulihan dan penyediaan sumber yang perlu telah disediakan. Sumber boleh jadi kakitangan itu sendiri, keperluan dan capaian kepada data dan sistem maklumat, lokasi operasi dan peralatan sokongan dan komunikasi.
Perkara ni memang agak baru dari segi pelaksanaan dan pembudayaannya di Malaysia. Tapi kita masih belum terlambat untuk bersama membudayakannya dalam hidup dan kerja rasmi seharian. Mempunyai pelan tindakan, SOP, awareness dan latihan yang cukup pasti semakin hari menjadikan kita lebih matang dan faham apa itu BCM.
Kepada pengamal BCM ni seperti saya dan rakan-rakan, cabarannya pasti ada khususnya untuk memberikan pendedahan dan kefahaman yang betul kepada semua terlibat khususnya pihak pengurusan atasan di organisasi.
Akhir kata, amalan terbaik dah ada (best practices) dan standard piawai pun dah ada. Risiko pun ada dengan tahap kekerapan ia bileh berlaku. Kita hanya perlu faham, amal dan follow saja gerak tindak dan amalan terbaik yang dah ada. Untuk manfaat dan kesejahteraan kita juga. Bersedia untuk menghadapi sebarang bencana, itulah namanya Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.
Sekadar perkongsian untuk yang masih blur apa itu BCM :)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda