Alhamdulillah, rezeki nak makan ayam selalu tu ada. Tangkap je dan bawak ke pasar untuk proses. Abah pun selalu juga ada kawan-kawannya datang beli ayam. Kerja-kerja tanggap ayam pulak, saya paling lemah. Manakala kedua-dua adik saya lebih terror bab tangkap-tangkap ayam ni. Diorang lebih brutal 😆. Kelebihan saya satu jer bab ayam ni. Bila kena tangkap ayam yang duduk dalam reban sayalah yang kena. Tau sebab apa? Sebab sayalah yang paling slim. Muat-muat badan masuk dalam pintu reban. Itulah arahan yang paling saya gerun masa zaman budak-bidak tu. Bila dah remaja sikit barulah ada kekuatan emosi untuk tangkap kaki ayam 😆
Sunday, 7 June 2020
Lama Tak Balik Kampung
Alhamdulillah, rezeki nak makan ayam selalu tu ada. Tangkap je dan bawak ke pasar untuk proses. Abah pun selalu juga ada kawan-kawannya datang beli ayam. Kerja-kerja tanggap ayam pulak, saya paling lemah. Manakala kedua-dua adik saya lebih terror bab tangkap-tangkap ayam ni. Diorang lebih brutal 😆. Kelebihan saya satu jer bab ayam ni. Bila kena tangkap ayam yang duduk dalam reban sayalah yang kena. Tau sebab apa? Sebab sayalah yang paling slim. Muat-muat badan masuk dalam pintu reban. Itulah arahan yang paling saya gerun masa zaman budak-bidak tu. Bila dah remaja sikit barulah ada kekuatan emosi untuk tangkap kaki ayam 😆
Monday, 1 June 2020
Kelaziman Baharu - Pada Awalnya Mungkin Susah
Bukan senang untuk kita adaptasi cara hidup pasca Covid-19. Apapun kita mesti cuba dan harungkan juga. Biasakan diri dengan kelaziman baharu. Setiap gerak geri, kita perlu berjaga-jaga. Jauhkan diri daripada manusia di tempat sesak. Berseorangan lebih selamat. Berkurung lebih selamat selagi belum diisytiharkan Covid-19 hapus sepenuhnya di atas muka bumi ni. Pada peringkat awal-awal ni mungkin ia susah, tapi kalau kita latih, latih dan biasakannya, ia takkan jadi masalah. Ubah resam lama untuk kelangsungan kita yang seterusnya. Manusia, adalah mahkluk yang boleh buat perubahan kan..
Tuesday, 26 May 2020
Raya Luar Biasa
Dengan PKPB yang masih dilaksana, harapkan setiap daripada kita terus kekal mendisiplinkan diri mematuhi segala SOP yang ditetapkan. Jaga bebersihan diri dan keluarga, jaga penjarakkan sosial, tidak berada di tepat yang berisiko tersebar Covid-19 serta keluar daripada rumah untuk urusan yang benar-benar perlu sahaja. Merentas sempadan negeri jangan sesekali.
Kekal berada di rumah dan jaga keselematan keluarga.
Wednesday, 1 April 2020
Tips Afnan Rosli - Sepanjang Tempoh PKP COVID-19
Manfaat masa PKP ini untuk amal semua perkara berikut:
1. Syukur atas apa yang dilalui (nikmat dan dugaan).
2. Mula melihat sesuatu dalam sudut positif.
3. Reset, reevaluate, restrusture and reflect.
4. Be prepared - mental, fizikal, kerohanian dan emosi.
5. Upgrade yourself.
6. Belajar sesuatu daripada peristiwa sejarah.
7. Bantu orang yang memerlukan.
8. Belek nota-nota ilmu yang kita pernah belajar sebelum ni.
9. Hati-hati apa yang kita buat dan makan.
10. Diet fizikal dan mental.
11. Stay calm and silent (just observe the situation).
12. Be excited on what is go right than what is go wrong.
13. Sementara orang lain dalam ketakutan, kita berikan kasih sayang (Love ada aura yang besar).
14. TAK SEMUA ORANG ADA GAJI, TAPI SEMUA ORANG ADA REZEKI.
15. Always ask good question.
Isikan minda dengan perkara positif ya :)
Tuesday, 31 March 2020
Jadikan PKP - Tempoh Bertapa
Kalau zaman-zaman dulu, orang yang nak mendalamkan ilmu persilatannya dia akan pergi jauh berguru dan bertapa di gua. Untuk satu tempoh yang tertentu, dia akan mengasingkan diri jauh daripada orang lain. Di situ dia akan fokus mendalami ilmunya tanpa sebarang gangguan daripada orang lain. Di situ, dia akan diuji sepenuhnya ketahanan mental dan fizikal.
Thursday, 26 March 2020
Serba Tidak Menentu
Majoriti rakyat sekarang ni memang patuh dan berada di rumah sahaja. Selainnya adalah mereka yang terpaksa bertugas atas kepentingan negara serta menjalankan aktiviti keperluan harian yang kritikal untuk keperluan semua. Pergerakan secara umum adalah dibenarkan untuk tujuan memenuhi keperluan asas seperti makanan dan ubatan.
Dah masuk hari ke sembilan hari ini dengan semalam, kerajaan mengumumkan lanjutan 14 hari lagi PKP sehinggan 14 April 2020. Sememangnya kita kena cepat membiasakan diri dan terus mengekalkan disiplin untuk mengawal pergerakan dan tidak berjumpa dengan ramai orang di luar. Bagi saya untuk duduk di rumah bukanlah sesuatu yang susah, tetapi kadang-kala pengisiannya yang menjadi cabaran. Khususnya pengisian aktiviti untuk anak-anak yang masih bersekolah. Sekiranya mereka memang gemar duduk diam membaca, tidak jadi masalah. Jika sebaliknya itulah cabarannya kepada ibubapa...
Saturday, 21 March 2020
Friday, 20 March 2020
Tangani COVID19!
1. Expert dari Nuklear Malaysia bantu KKM di ruang situasi mana yang boleh. Saya rasa mereka juga ada kepakaran dalam mengendalikan situasi kecemasan sebegini. Mereka handle situasi bahan radioaktif dan serba sedikit tidak jauh piawainya dengan mengendalikan virus berjangkit. Saya pinjam idea ni dari sahabat di sana :)
2. Baitulmal atau institusi seumpama dapat wujudkan dana kecemasan untuk salur bantuan khas kepada peniaga kecil yang terjejas pendapatan harian, sekiranya keadaan begini terus berpanjangan. Kena difikirkan sesuatu untuk golongan ini. Kalau dah ada database lebih mudah.. macam takde lagi rasanya. YB kawasan kena main peranan juga kot.
3. Setiap seorang daripada kita semarakkan kempen #StayAtHome #JustStayAtHome #DudukDiamDiRumah di semua channel media sosial yang kita ada. Inilah daya yang saya ada. Bersuara walaupun diri bukanlah siapa-siapa.
Thursday, 19 March 2020
Penamatan Projek
Projek kebiasaaanya ditamatkan atas dua faktor iaitu bilamana projek itu berjaya ataupun bila ia menemui kegagalan. Projek yang berjaya bermaksud sesuatu projek yang telah membelanjakan kos yang diperuntukkan, mengikut tempoh yang diberikan, mencapai objektif prestasi teknikal yang ditetapkan serta berjaya berintegrasi dengan proses yang ada dalam organisasi bagi mencapai misi organisasi. Manakala projek yang gagal adalah yang sebaliknya iaitu bilamana ia gagal dilaksanakan dengan kos yang diperuntukkan, mengambil tempoh masa yang terlampau lama melangkaui perancangan awal, tidak berupaya mencapai objektif prestasi teknikal yang sepatutnya dan tidak menyumbang kepada kelancaran operasi organisasi.
Penamatan projek, bagi projek yang gagal bukanlah satu pilihan yang digemari. Kebiasaaanya ada pihak yang akan dipersalahkan dan itulah yang membuatkan ia sukar untuk dilaksanakan. Apapun sebagai professional, penamatan projek tidak harus dilihat sebagai satu kegagalan, sebaliknya ia adalah satu keputusan strategik yang diambil apabila projek tersebut tidak berupaya menyokong strategi organisasi.
Sebelum kita terpaksa melalui penamatan dan sebelum hadapi situasi yang lebih rumit, apa tindakan yang perlu? Kebiasaannya kita panggil pihak ketiga atau juruaudit luar yang tidak bias untuk semak pelaksanaan projek. Akan ada findings dan recommendation. Seterusnya kita bertindak dari situ..
Wednesday, 18 March 2020
Penjarakan Diri 2 Minggu Ni Demi Kemaslahatan Sejagat
Sunday, 9 February 2020
Sembang-Sembang Cikgu
Baru-baru ni saya ada bersembang dengan seorang guru sekolah. Dia mengajar di salah sebuah sekolah menengah di Melaka. Dalam berbual tu, beliau kongsikan cabaran sebagai guru di abad yang baharu ni. Antaranya, bagaimana untuk guru memberikan sebanyak masa pengajaran untuk subjek-subjek yang ada. Subjek pun dah banyak berpuluh-puluh subjek. Waktu belajar pun hanya 30 minit saja. Kadang tu bila ada keperluan untuk setup alat bantu mengajar (ICT) akan ambil lagi masa 5 hingga 10 minit. Di awal waktu kena ambil kehadiran pelajar lagi.. entah berapa lah masa berkualiti yang berbaki untuk pembelajaran. Itulah cabaran dan dilema guru zaman ni. Dikatakan juga jumlah guru semakin berkurang. Ramai yang akan bersara seawal 56 tahun.
Saya bukanlah pakar pendidikan atau pembuat polisi. Tapi saya berpandangan sesuatu yang besar perlu difikirkan dan dirancang untuk menambahbaik ekosistem sekolah dan pendidikan pada masa ni di Malaysia. Penambahbaikan ni bagi saya lebih menjurus kepada perjalanan sekolah jenis harian biasa beraliran kebangsaan. Bagi sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah berasrama penuh, sekolah MRSM dan lain-lain sekolah yang sangat berprestasi tinggi, mereka sudah agak baik dan cemerlang. Biarkan mereka kekal begitu.
Saya suka mencadangkan beberapa pendekatan berikut:-
1. Guru sama sekali dikurangkan tugasnya kepada hal pentadbiran di sekolah. Cuba wujudkan satu unit pentadbiran dan kewangan khusus dalam menguruskan hal selain daripada pengajaran dan pembelajaran. Biar guru fokus penuh kepada pembelajaran murid.
2. Buku teks. Saya perhatikan buku teks zaman ni penuh dan sarat dengan ilustrasi. Saya tak pasti sama ada itu cara terbaik untuk anak-anak zaman ni. Ia mungkin memberi kelebihan kepada pelajar yang ada lebih keupayaan visual. Mungkin dalam setiap penghujung bab, boleh diberikan satu peta minda untuk memudahkan pemahaman dan membantu pelajar yang sedikit lemah. Dalam ekonomi, B40 sering dibela. Jadi, di alam sekolah pun golongan yang di bawah inilah yang patut dibantu.
3. Jumlah pelajar dalam kelas maksimum 30 orang murid sahaja. Fikirkanlah bagaimana carapun, jumlah murid mesti ada hadnya begitu. Semakin ramai murid dalam kelas, semakin ramailah yang akan kurang memberi fokus semasa guru mengajar. Terutama yang duduk di baris belakang.
4. Alat bantu mengajar. Penggunaan ICT seharusnya boleh membantu guru dalam pengajaran. Walau bagaimanapun, mereka tidak harus dibebankan untuk menyediakan kandungannya (material). Untuk peringkat sekolah ni saya fikir, memadai seminggu sekali murid di bawa masuk ke makmal komputer untuk mempelajari sebahagian silibus mengunakan perantaraan ICT. Untuk modul silibus tu biarkan pelajar membuat latihan melalui komputer. Tidak kiralah sama ada melalui aplilasi di Internet, aplikasi khusus yang dibangunkan oleh kementerian atau dengan perisian Microdoft Word saja.
5. Minimumkan penggunaan baju uniform putih. Cukuplah baju uniform putih tu dipakai sekali dalam seminggu. Banyak perkara boleh dijimatkan. Kos, masa dan tenaga. Cuba bayangkan mereka yang ada ramai anak bersekolah.
Harap pembuat dasar untuk memikirkannya untuk perancangan negara dslam RMKe-12 nanti.
Saturday, 25 January 2020
Claim Jangan Tak Claim (e-Tunai Rakyat)
Dalam minda dah melekat e-wallet ni hanya untuk orang-orang kaya yang duit dalam akaunnya banyak. Memudahkan mereka berbelanja. Tapi tidak semestinya begitu, sekalipun ada berbaki beberapa puluh ringgit pun, nilai duit tu boleh dibelanjakan untuk beli barang keperluan. Elok juga rasanya Kerajaan atau rakan strategik yang ada dalam masa sama beri juga sikit kesedaran kepada rakyat yang mungkin belum terdedah sangat tentang bagaimana cara nak guna e-wallet ni.
Buat kawan-kawan yang belum lagi claim, silakan claim. Dah dapat duit tu belanjakan terus sebab bulan Mac 2020 nanti expired dah duit tu. Tak tau juga nak belanja ke mana? Transfer jer RM30 tu ke e-Wallet saya :)
Saturday, 4 January 2020
Yang Boleh Kita Utamakan Dalam 2020 - Berjimat
- Kurangkan melihat idiot box (TV... ya TV!). Berapa jam biasa kita tengok TV dalam sehari? Kalau jumlah jam tu kita baca buku atau siapkan kerja kan lagi bagus. Taklah penat nak hadap iklan yang macam-macam tu lagi.
- Tukar aktiviti di luar rumah. Kalau sebelum ni kita asyik nak pergi MidValley, cuba tukar pergi masjid, library atau ke taman (jogging!).
- Hapuskan kad kredit. Ia hanya untuk kepuasan segera jer tu. Kad debit pun memadai untuk pelbagai transaksi.
- Berpuasa. Ia bukan saja jimatkan duit malah jimat masa dan tenaga.
- Bawal bekal. Pergi sekolah bawa bekal, perdi kerja bawa bekal, Pergi jalan-jalan pun bawa bekal. Jutawan pun ada yang buat camtu apa.
- Gunakan Internet sepenuhya. Banyak urusan zaman ni boleh dibuat secara dalam talian. Mungkin kita boleh ambil lebih lagi manfaat Internet tu dengan cipta sumber kewangan pasif melaluinya. Banyak cara, kita study dan kaji sama-sama ya :)
- Manfaatkan masa yang ada sepenuhnya. Masa merupakan aset. Pastikan kita ada masa yang berkualiti dan sentiasa ia diisi. Tak perlu sangat masa lapang.
- Belajar mengawal tekanan. Salah satu punca tekanan ialah bila kita terpaksa buat kerja yang bukan tanggungjawab kita. Deligate!
- Beli scara borong. Untuk barangan yang jenis tahan lama, beli dengan cara ni. Sila pergi ke Mydin.
- Bersahabat dengan mereka yang berilmu. Antara bidang ilmu yang patut kita bina hubungan antaranya ilmu agama, ilmu menjadi kaya dan motivasi diri.
Sunday, 29 December 2019
Ambang 2020
Bagi saya sendiri, tahun 2019 banyak warna-warninya. Semua yang dilalui mengajar seribu makna tersirat dan tersurat. Sama ada kita mahu mencari hikmah atas setiap kejadian, terserah pada kita untuk memahaminya dan ambil ikhtibar.
![]() |
| Bersama Tuan Haji Fadzli Yusof |
Sempat saya dalam beberapa hari di akhir 2019, diberi peluang bersama sekumpulan orang yang hebat lagi luar biasa. Antaranya Prof Dato' Dr Muhaya, DMFK, Dr Tengku Asmadi dan ramai lagi. Saya kutip beberapa pesan mereka untuk nota inspirasi melangkah ke 2020. Antaranya:-
3. Perlu sangat untuk kita konsisten menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam dan setiap hari maafkan semua orang. Mudah-mudahan kita lebih bersih hati dan bertambah positif. Menarik lagi semua perkara yang baik-baik datang kepada diri.
Tak sabar nak masuk 2020. Good luck untuk kita semua. Moga kejayaan dan kekayaan cepat-cepat melekat pada kita semua, Amin.
Friday, 13 December 2019
Petua Tidak Putus Rezeki
Potong kuku selepas Asar (setiap hari Khamis), ikut kaedah potong cara berselang kuku.
Tangan kanan dulu
===============
Potong kuku ikut urutan:-
*Jari kelingking
*Jari tengah
*Jari ibu
*Jari manis
*Jari telunjuk
Kemudiannya tangan kiri
====================
Potong kuku ikut urutan:-
*Jari ibu
*Jari tengah
*Jari kelingking
*Jari telunjuk
*Jari manis
Saturday, 16 November 2019
Nak Bangkitkan Potensi
Tips ni saya ingat daripada perkongsian daripada Tuan Haji Fazli Yusuf. Tips bagaimana nak mencungkil potensi diri. Dipanggil tiga "t", tapi huruf t ni duduknya di hujung perkataan. Tiga perkataan tersebut adalah:-
1. Bakat
Setiap manusia ada dikurniakan bakat tersendiri. Kita tahu kebolehan dan bakat kita di mana. Sekiranya kita mengabaikan bakat tu, cuba asah semula. Lebih mudah kita memanfaatkan bakat yang dah sedia ada.
2. Minat
Kita pasti ada kecenderungan tersendiri pada sesuatu perkara. Walaupun, kita tidak semula jadi berbakat dalam sesuatu bidang tu, tetapi bila kita minat dan cuba belajar dan mendalamaminya, kita boleh membangkitkan potensi dalam bidang tu.
3. Matlamat
Selarikan bakat dan minat tadi kearah satu sasaran matlamat yang jelas apa yang nak kita capai.
Thursday, 19 September 2019
Be The Best and Forget The Rest!
September saya anggap dah nak habis. Tinggal betul-betul 3 bulan saja lagi untuk selesaikan sasaran kerja untuk tahun ni. Secara kasar nampaknya 70% ~ 80% sasaran dah hampir nak dicapai setakat ni. Dengan komitmen dan konsistensi yang dikekalkan daripada awal tahun hingga saat entri ni ditulis, saya sudah berasa puas. Dengan momentum yang ada ni, rasanya boleh dipertingkatkan lagi untuk pecutan akhir untuk ke saat hujung Disember nanti.
Begitulah caranya saya cuba menyumbang dalam perkhidmatan dan kerja. Saya berpegang kepada niat untuk kita sebagai pekerja cuba memberikan yang sehabis baik mengikut kapasiti yang kita ada. Sekiranya kita boleh menampar dinding pada tinggi 1.5 meter, tamparlah disitu, bukan menampar di bawah 1.5 meter. Sebaliknya kalau kita mampu menampar di ketinggian 2 meter, cubalah lompat tinggi lagi dan tambah jadi 2.1 meter.
Be the best and forget the rest!
Saturday, 7 September 2019
Pasangan Yang Betul, Pasang Dengan Betul
Friday, 16 August 2019
Teknik Terhebat Membereskan Kerja
Kepada semua pekerja yang mahu menjadi lebih efektif dan produktif, ini lima tips untuk manfaat bersama:-
1. TIRU sahaja cara yang betul, ulangkan dan sikit-sikit buat penambahbaikan;
2. Daparkan arahan yang JELAS, lengkap dan terperinci;
3. Laksanakan kerja dengan BETUL sejak DARI MULA;
4. BERANI menolak kerja yang mustahil boleh disiapkan;
5. JANGAN buat semua kerja, AGIHKAN.
Kena ingat juga 2 prinsip tambahan ni:
Bila bekerja jangan terlajak gigih.. bahaya juga.
Jangan juga malas tahap puaka.. lagi banyak mudaratnya :)
Monday, 29 July 2019
Apalah Sangat Derita Yang Sementara Tu
- Berapa umur awak?
- Berapa lama sudah anda bekerja di sini?
- Berapa lama dah pakai kereta ni?
Perenggan seterusnya bawah ni adalah untuk dicuba pula kita bertanyakan 3 soalan berikut:
- Sudah berapa lama awak demam?
- Selalu kena marah dengan boss?
- Selalu ke kereta ni rosak atau kemalangan?
Sebagai contohnya: 2 hari, beberapa kali setahun atau inilah kali pertama.
Sekarang cuba kita hubungkan ketiga-tiga soalan pertama tadi dengan tiga soalan yang terkemudian. Masa yang kita ada yang telah kita rasai nikmat sesuatu perkara tu sebenarnya sangat panjang dan masa saat kita teruji dan sengsara tu biasanya sementara dan sekejap detik sahaja. Tetapi kengkadang kita memfokuskan banyak tenaga dan fokus untuk menguruskan saat derita yang sememangnya diberikan dalam sela masa yang jauh lebih pendek. Derita dan susah yang sebentar masanya tu lebih suka pulak untuk kita "merebakkannnya" berlama-lama. Rugikan bila kita fokus pada benda yang tak perlu sedangkan masa yang lebih panjang telah kita ada untuk nikmati dan lalui dengan penuh happy!
Sunday, 2 June 2019
Kerja Secara Matrik
Pertama sekali kita perlu sedar, bentuk hubungan yang ada dalam persekitaran kerja sebegini adalah kita segi. Ketiga-tiga bucu diwakili staf, pemimpin fungsian (ketua unit/KU) dan pemimpin antara fungsian (ketua unit lain/projek).
KU perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan staf di bawahnya. Menjadi tanggubgjawabnya juga untuk membangunkan kemahiran dan keupayaan anak-anak buahnya. Selain tu perlu juga untuk sentiasa memantau dan membincangkan tentang prestasi, pembangunan serta perancangan. Manakala ketua projek (Ketua Unit Lain) bertanggungjawab memastikan pencapaian matlamat dan tugasan staf dalam projek. Staf akan berinteraksi dengan mereka dalam konteks hari ke hari.
Situasi ini akan memungkinkan staf itu tadi mempunyai beberapa ketua antara fungsian jika dia terlibat untuk beberapa siri projek dan tugasan. Cabaran utama pastinya boleh timbul konflik dalam memberi keutamaan kerja antara arahan KU dengan ketua projek. Peruntukan masa untuk kerja mana perlu didahulukan boleh mengundang isu keutamaan. Sekiranya tiada komunikasi langsung antara KU dan ketua projek, ini boleh menimbulkan kekaburan. Apapun konflik paling besar pastinya peranan KU untuk pembangunan staf versus peranan ketua projek untuk prestasi staf.
Bagi kita yang sudah berada dalam cara kerja sebegini, ia memang perlu dihadap dan terpaksa diteruskan dengan mengambil langkah pendekatan pelaksaan yang terbaik agar kerja-kerja dapat dibuat dengan cekap dan berkesan. Beberapa aspek yang boleh diperkemaskan:-
1. Takrifkan dengan jelas peranan dan tanggungjawab semua orang.
Rumusannya : Perancangan dan penyelarasan tahap tinggi perlu dibuat antara ketiga-tiga entiti komponen tadi.
Saturday, 1 June 2019
Tips Balik Beraya
SEBELUM tinggalkan rumah untuk balik kampung:-
1. Maklumkan jiran atau pihak berkuasa (Balai Polis) hari-hari yang kita berada di kampung. Sekurang-kurangnya mereka tahu saat kita tiada di rumah.
2. Tutup dan cabut segala suis elektik kecuali peti ais. Charger phone jangan tak bawak. Triple check pastikan segala lampu, kipas dan air-cond dah off.
3. Buang segala sampah dan sinki kena kasi clear semua pinggan mangkuk siap basuh. Selagi mana tak berbasuh pinggan tu selagi tu kita dicelanya.
4. Ambil segala baju yang sidai di luar. Tak elok bergentayangan berhari-hari di luar. Macam-macam benda boleh hinggap nanti.
5. Pastikan set Baju Melayu lengkap dibawa. Jangan ada tertinggal butang baju, samping, itu dan ini. Tak semperna raya nanti. Baju-baju dan keperluan diri yang lain tengok jugalah 😅
6. Duit & sampul raya simpan dan susun teratur. Kalau ada kumpulan penerima yang berbeza asingkan betul-betul. Takut tersilap bagi nanti.
7. Khas kepada mereka yang ada anak kecil yang masih pakai lampin pakai buang. Bawa spare plastik bungkus untuk bungkus sisa najis lampin pakai buang tu. Takdelah beraroma "harum" masa orang-orang lain mendekati tong sampah di kampung nanti.
8. Buat yang ada bertanamkan bunga-bunga pasu di rumah, siram air siap-siap lebih sikit kat pokok tu. Haus pulak dia nanti. Pesan kat pokok tu nanti kita jumpa kembali ya. Boleh jer nak berdialog dengan pokok!
9. Balik ke kampung tu, bawaklah buah tangan sikit. Tak perlu banyak dan benda mahal pun. Asal berisi sikit tangan bila sampai di kampung. Takdelah tangan kosong bawak beg baju jer. Paling ideal, belikan 3-4 balang kuih raya.
10. Sebelum keluar baca al Fatihah dan ayat Kursi. Berniat nak menziarah dan keluar bermusafir. Untuk rumah dan harta benda yang ditinggalkan sementara tu, kita tawakkal Allah menjaganya.
Semasa Dalam PERJALANAN:-
11. Top up siap-siap Touch n Go. Belum tentu ada lorong tambah nilai nanti tu. Kalau ada kat berjela panjang beratur.
12. Rancang laluan perjalanan balik tu. Nak gerak jam berapa, nak lalu jalan mana nak bajet isi minyak di mana. Takut tak perasan minyak kering dalam perjalanan dan stesen minyak entah jauh di mana.
13. Nak tukar lorong, berhenti atau masuk simpang, jangan lupa "BERI SIGNAL". Penting sesangat ni! Samping tu patuhi segala peraturan jalanraya. Kalau kena hon, sabau jer lah dan kalau perlu nak hon orang, agak-agak sikit nada bunyi hon tu. Biar bunyi dia "pin!" "pin!". Jangan "POM!!" "POOM!!!"Jangan sesekali tunjuk tangan bagai kepada pemandu lain dan haram sekali ketuk dengan helmet cermin kereta orang lain 😂
14. Rasa jer mengantuk, buka kejap tingkap kereta bagi oksigen masuk dalam ruang kereta. Segera cari tempat berhenti, tidur kejap 5 minit (buka sikit cermin). Basuh muka/wuduk juga kalau boleh. Kalau tak salah, bila dalam keadaan berwuduq ni ada Malaikat yang menjaga kita.
15. Bila dah selamat sampai di kampung, ucapkan syukur, Alhamdulillah. Selamat sampai dah kita.
Selamat Pulang ke kampung!
Pandu berhati-hati dan penuh tenang. Selamat Hari Raya Eidulfitri. Maaf Zahir dan Batin.
-MFMT








