Sunday, 10 June 2018

Sivik Orang Kita

Orang Malaysia saya rasa dah semakin bijak, maju dan agak berakhlak juga. Cuma rasanya, ada sikit-sikit lagi beberapa perkara dalam kehidupan Bangsa Malaysia di tempat awam yang boleh diperbaiki. Perkara-perkara ni sebenarnya kecil jer pun, tapi alangkah cantiknya kalau sama-sama kita dapat budayakan. Saya nasihatkan diri dan keluarga juga. 5 diantaranya: 1. Bila dah selesai makan, rajinkan tangan kemas pinggan cawan yang ada di meja. Susun elok-elok dan asingkan sisa lebihan makanan dan tisu dengan teratur. Lapkan dengan tisu jika ada yang tertumpah. Kerusi tu tolak masukkan ke meja elok-elok. Selesalah sikit untuk orang yang nak duduk makan di meja tu selepas tu kalau tak sempat lagi tukang kemas datang kemas meja. Jangan nampakkan meja lepas kita makan tu umpama kesan tinggalan "Perang Dunia Ketiga". 2. Biasakan makan hingga habis dan licin di pinggan. Di tempat negara susah yang lain, ada yang bulur takde apa nak dimakan tau. Masa amik tu, agak-agaklah boleh habis ke tidak. Kalau memang tak habis juga, sebab kenyang contohnya, tapaukan jer!! 3. Kalau kita dah selesai makan, bagi peluang orang lain pulak duduk makan. Toksah duk sibuk berborak sakan lagi bila ada orang lain yang tengah sengsara berdiri menunggu penuh harapan mencari meja kosong. Ini paling kritikal bagi kes semua meja penuh terutamanya masa-masa macam berbuka puasa di R&R. 4. Disiplinkan diri beratur dalam barisan untuk apa jua urusan. Baik untuk memilih makanan, nak bayar di kaunter atau nak basuh tangan sekalipun. Kambing pun pandai beratur dalam barisan. 5.Masa mencuci tangan di sinki basuh tangan, jangan hanya tangan kita jer bersih, tapi pastikan juga sinki tu pun bersih sekali. Bila dah selesai berkumur contohnya, cuba jangan tinggalkan apa-apa butiran nasi, sambal, sayur, tulang ikan atau kulit kerang kat sinki tu 😅 Kalau menghempus hinggus, agak-agak sikit bunyi buang hingus tu sebab manalah tahu, ada Makcik Bawang kat belakang tu yang tengah selera minum cendol. Air paip banyak dan sabun pun dah disediakan. Jirus ler bersih-bersih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 5 June 2018

Relevan atau Tidaknya Kita?





Dengan situasi semasa (pemerintahan Kerajaan baharu) kini, kita dapat lihat banyak dasar dan perubahan yang dilakukan dengan tujuan utamanya untuk memastikan tadbir urus ditambah baik dalam Kerajaan dan Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan. Ada jabatan yang ditutup, ada yang digabungkan untuk dirasionalkan dan diselaras bagi menambahbaik keberkesanan pelaksanaannya dan fungsinya kepada rakyat.

Dalam konteks jabatan atau organisasi, jelas kewujudannya adalah berdasarkan keperluan dan objektif ia ditubuhkan. Selagi operasinya tidak lari daripada objektif penubuhannya ia akan masih kekal relevan. Cuba semak dan fikirkan sejenak apakah sumbangan organisasi kita dengan kewujudannya. Apa yang organisasi kita sumbangkan kepada pelanggan dan negara. Kalau dalam konteks jabatan Kerajaan, apakah sumbangannya kepada ekonomi dan kemakmuran negara? Senangkan nak nilai sama ada relevan lagi tak organisasi kita tu. Ini cara penilaian rakyat marhaen seperti saya. Guna logik dan common sense pun dah cukup untuk buat kita faham apa yang sedang berlaku.

Begitu jugalah sebenarnya untuk keberadaan kita dalam konteks individu. Nak tahu kita ni masih relevan atau tidak dimana tempat kita berkhidmat ialah hanya lihat apa sumbangan yang kita boleh buat di pejabat. Lihat apa yang kita telah beri. Lagi banyak yang kita boleh sumbang menunjukkan kita sangat relevan di tempat tu. Tepuk dada, tanya selera ;)

Moga kita terus releven di mana jua kita berada.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Salam Ramadan





Sekejap saja dah masuk separuh Ramadan, dah hampir dah untuk 10 hari terakhir untuk kita kejar Lailatulqadar. Hanya dalam Ramadan ni saja pahalanya banyak berganda berbanding 11 bulan yang lain. 

Untuk ingatan kepada diri dan pembaca di luar sana, lipat gandakan lagi amalan soleh dalam tempoh yang masih berbaki ni. Perbanyakkan khususnya solat malam, membaca Quran, minta keampunan dan bersedekah. 

Akhir sekali cepat-cepat selesaikan zakat fitrah. Moga kita bangun dan melangkah ke Syawal nanti dengan segala dosa telah diampunkan. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 29 May 2018

Sampah Masyarakat



Satu bukti yang kita sayang negara ni ialah kita menjaga kebersihannya. Rakyat Jepun adalah contoh terbaik warga yang cinta negara.

Suka saya nak cadangkan kepada pihak berkuasa, wujudkan satu mekanisma melapor kejadian buang sampah dijalanan oleh saksi (saksi depan mata seperti viral ni). Yang memperakukan benar-benar nampak salah laku pembuang sampah. Aduan boleh direct melalui Mobile App kepada agensi penguatkuasa atau PBT setempat. Info mandatori aduan hanya perlu no.plate, tarikh, lokasi dan gambar.

Orang sebegini, perlu diberi pengajaran. Dan sebenarnya sangat ramai pun kelompok manusia bertabiat buruk ni dalam masyarakat. Kalau setakat buang tahi hidung, kita boleh maafkan ðŸ˜‰

Dapat juga tambah sikit-sikit hasil Kerajaan ðŸ˜…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 19 May 2018

Khasiat Air




Kenapa kita perlu minum air kosong tanpa ais diantara 6 hingga 8 gelas setiap hari. Ini jawapannya:


1.  Badan kita memerlukan cukup air untuk berfungsi dengan baik dan sempurna. Lebih kurang 60%-70% daripada berat badan kita adalah air. Air melarut dan membersihkan bahan-bahan buangan yang beracun daripada badan. dalam usus besar ia membanntu pembuangan najis.

2.  Air turut berperanan dalam beberapa tindak balas kimia dalam badan kita. Bila badan kekurangan air kita akan merasa letih lesu dan sistem badan tidak berfungsi dengan baik.

3.  Kekurangan air akan memberikan kesan negatif pada kehidupan seksual kita. Ini disebabkan kandungan peluh yang dirembeskan keluar ketika anda melakukan hubungan seks selama 30 minit adalah bersamaan dengan larian sejauh 5 kilometer.

4. Melindungi sendi.

5. Pelembapan kulit dimana ia memperlambatkan proses penuaan.

6. Air juga boleh mencegah penyakit-penyakit tertentu seperti masalah batu karang pada buah pinggang.

7. Membantu mengurangkan selera makan dan mengawal berat badan. Orang yang kurang minum air akan menyimpan lebih banyak lemak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 29 April 2018

Nasihat Lukman Al Hakim

Luuqman Al hakim memesan kepada anaknya wahai anakku jangan sesekali melepaskan 3 perkara ini:

1- makan makanan yang paling sedap
2- tidur di tempat yang paling selesa
3- dan tinggal di tempat yang paling baik

Anaknya pun menjawab: " kita kan orang fakir, bagaimana dapat aku lakukan semua ini?  "

Lukman pun menjawab:

- Apabila engkau makan hanya bila engkau lapar, maka makanan itu akan menjadi makanan yang paling sedap,

- Jika engkau kerja keras tanpa mengharap belas kasihan orang lain dan tidak berdendam dengan sesiapa, maka engkau akan merasa tidur di tempat yang paling selesa,

- Jika engkau telah tunaikan hak Tuhanmu dan hak manusia, dan melayan manusia dengan baik, engkau akan diingati dalam hati mereka, maka dengan ini engkau telah tinggal di tempat yang paling baik.

Subhanallah..

Patut dinamakan Luqman Al-hakim
Sangat hikmah beliau berpesan kepada anaknya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 7 April 2018

Pentingnya Modal Intelek



Alhamdulillah, nampaknya di pejabat kami kini ada satu perancangan dan gerakan perubahan yang drastik ke arah penambahbaikan dan rasionalisasi kerja oleh boss baharu. Bagi saya yang memangnya suka kepada perubahan, saya sambut ia dengan baik. Moga akan memberikan lebih kecemerlangan kepada semua pegawai dan staf, bahagian serta jabatan ini dan pelanggan secara keseluruhannya.

Dan kalaulah diberikan kesempatan dan ruang perkara nombor 1 yang paling saya nak katakan dan tekankan kepada boss ialah pentingnya pembangunan modal intelek, pembangunan modal intelek ni akan merangkumi 5 komponen asas berikut:

1. Modal Insan.
2. Aset intelek.
3. Data dan rekod.
4. Maklumat.
5. Pengetahuan dan kemahiran.

Untuk menyokong pencapaian kepada pembangunan modal intelek ini, tahap kompetensi yang sepatutnya ada perlu segera dikenalpasti. Bidang-bidang keutamaan yang diperlukan perlu diketahui dan diperkasakan. Antaranya, penerapan aspek kualiti dan best practices dalam melaksanakan kerja, pengurusan dan perancangan strategi, pengurusan projek, keselamatan maklumat serta inovasi.

-AFT
Pegawai Yang Memerhati


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 17 March 2018

Tips 2 Kerja




Sebelum ni saya tak percaya buat dua kerja tu boleh diuruskan dengan baik. Kebiasaannya bila kita yang dah makan gaji ni, bila nak buat bisnes secara part time cenderung untuk kita menggunakan masa kerja hakiki kita untuk dicuri-curi untuk kita jalankan aktiviti bisnes kita yang part time tu.

Setelah saya teliti, perhati dan rujuk dengan pakar-pakar dan orang-orang lain yang tinggi pengalaman di luar saya, dapat saya rumuskan bahawa buat dua kerja dalam satu masa adalah sesuatu yang luar biasa. Ia memberikan kelebihan kepada kita dimana kita akan lebih banyak berfikir, lebih banyak bertindak dan lebih banyak memikirkan strategi untuk hala tuju masa hadapan. Kita juga tidak akan berasa duduk dalam zon selesa dan sentiada bersikap dan bermotivasi untuk memajukan diri hari demi hari.

Sedikit tips untuk kita yang mana ada menjalankan bisnes secara part time. Kerja hakiki ada dan dalam masa sama gigih untuk menambah pendapatan untuk tujuan dan motivasi tertentu. Tipsnya:

1. Pembahagian Masa Yang Betul dan Jujur.
Tak dapat tidak kita tidak boleh mencuri buat kerja bisnes dalam masa kita bekerja. masa bisnes boleh dibuat hanya pada masa rehat ataupun diluar waktu bekerja. Hari cuti pun banyak masa untuk kita promosikan produk dan perkhidmatan kita selain berkongsi peluang bisnes yang ada dengan bakal rakan kongsi (prospek).

2. Pastikan Fokus Diberikan 100% Kepada Kedua-Dua.
Untuk kedua-dua tanggungjawab untuk kerja dan bisnes sambilan yang dibuat, usaha, tanggungjawab tugasan dan kegigihan yang sama peru dicurahkan sama adil. Fokus untuk melaksanakan tanggungjawab perlu diberikan sebab kita dah beraku janji dengan majikan. Dan fokus untuk memajukan diri dan membantu orang lain juga perlu disemat baik-baik dalam niat berbisnes.

3. Bijak Memakai 2 Topi Berbeza.
Kita akan pakai topi pertama iaitu kerja kita dan topi kedua kita sebagai usahawan. Dalam satu-satu masa kita tidak boleh wujud serentak untuk mewakili kedua-duanya. Kalau dicampur-adukkan pasti kita akan celaru dan emosi jadi haru biru.

Akhir sekali, sengaja nak umum ini antara link bisnes saya:

http://aft.sahajidahhai-o.com.my
http://aft.sahajidahhai-o.com.my
http://aft.sahajidahhai-o.com.my

Jumpa lagi :)

AFT - Abang Faizal Tajudin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 24 February 2018

Bagaimana Nak Berniaga & Jadi Usahawan Berjaya

Di bawah ni saya ringkaskan tips yang menjadi perkara penting untuk kita berjaya dalam bisnes seterusnya meletakkan kita sebagai seorang usahawan yang berjaya. 2 tips ini saya ambil daripada dua tokoh usahawan dan orang yang telah berjaya di Malaysia ini iaitu Irfan Khairi (IK) dan Saiful Nang (SN). Kedua-dua mereka turut menekankan agar usahawan membuat kelaian dalam produk yang ingin diketengahkan. Create different kata orang putih. Semasa orang tak buat lagi, di ketika itu masa yang terbaik untuk kita mulakan.




Tips IK
1. Ada pengetahuan dan mahir sepenuhnya kepada produk yang dijual.
2. Kenali siapa kumpulan target (prospek) terhadap produk yang dijual.
3. Kuasai teknik pemasaran (terkini adalah online & media sosial).



Tips SN

1. Pastikan kita ada produk yang baik. Produk yang baik dengan sendirinya mengukuhkan bisnes.
2. Bina kepercayaan orang terhadap kita (build trust). Dalam buat aktiviti marketing, kita tak boleh humble, selfie jer, apa ada masalah. Guna internet dan medium online untuk lajukan pemasaran kita.
3. Maintenance iaitu untuk keep the existing relationship yang ada, dapatkan testimoni bagi rujukan orang lain/prospect yang lain... Kemudian, hanya perlu ulang balik step 1 dan 2 di atas.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 23 February 2018

Jangan Jadi Orang Sama 5 Tahun Ke Depan


Salah satu ciri oang berjaya, dia tak kekal statik bila bergeraknya masa. Ia akan sentisa bergerak dan memajukan diri ke depan. Setiap tahun akan ada saja pembaharuan yang mereka lakukan. Saya ambil satu contoh paling mudah. Lihat saudara Irfan Khairi (Jutawan Internet) tu. Setiap tahun ada saja produk atau bisnes baharu yang dia ketengahkan dalam bisnes beliau.

Ambil masa sekarang ni untuk kita beli kehidupan kita 5 tahun yang hadapan (Hidup yang lebih baik daripada sekarang).

Bye, Salam Jumaat

-AFT
UsahawanTahunIni
Jutawan5TahunLagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 15 February 2018

Selamat Bersara Boss

Boss saya pada hari semalam, 14 Februari 2018 adalah Yang Mulia Puan Hjh Tengku Suriani Binti Tengku Anuar Zainal. Beliau telah menerajui Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) RISDA sejak 2013 sehingga kini.

Semalam adalah hari terakhir bagi beliau berkhidmat sebagai Pengarah Bahagian di BTM. Disaat-saat akhir sebelum ketikan punch card pun, beliau sempat lagi mempengerusikan dua mesyuarat bersama perunding dan pembekal. Dedikasi penuh hingga ke detik-detik jam terakhir tu nampaknya semalam.

Sebagai anak buah, pelbagai pengalaman dan tunjuk ajar telah saya perolehi selama bekerja bersama beliau. ICT bukanlah satu cabang disiplin yang statik dan bersifat rutin. Dalam konteks kerja, bidang ICT adalah satu skop tugas yang mengkaji, membangun, melaksana, menyenggara bagi mewujudkan pemodenan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi dalam menyokong pencapaian fungsi dan misi organisasi. Bukan tugas mudah untuk kita deal dan menguruskan persekitaran, manusia, dasar dan segala proses untuk disesuaikan selari dengan perubahan teknologi ICT yang begitu pantas sifatnya.

Apapun saya melihat beliau telah merancang dengan begitu teratur sekali untuk projek pembangunan ICT dan telah membawa BTM ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Atas usaha keras, ketegasan dan komitmen bersama dalam kerja berpasukan yang beliau terapkan selama ini, ia telah membuahkan banyak pembaharuan dan kejayaan, bukan hanya di peringkat BTM malah kepada RISDA sendiri.

Beliau telah meletakkan satu aras (benchmark) prestasi yang tinggi untuk terus diberikan kesinambungan oleh pengganti beliau selepas ini.

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau atas tanggungjawab baharu selepas ini. Semoga beliau sihat dan ceria nanti bila dah jadi YB (Yang Bersara) sepenuhnya. In Sha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 28 January 2018

Mencapai Bintang

Petikan artikel Mencapai Bintang oleh Dr Tengku Asmadi T. Mohamad, Mingguan Malaysia, 28 Januari 2018.

Ringkasan 5 amalan untuk mencapai bintang:

1. Mendahului Masa
-Disiplin kerja tinggi.
-Sentiasa mendahului masa.
-Semasa temujanji, sampai awal.
-Bila masa terluang, mereka cari kerja dan buat sesuatu berfaedah.
-Jelas tentang impiannya, cari ilmu dan tajamkan skill.
-Dalam mindanya, dia dah capai impian, hanya menanti saat untuk jadi nyata saja.

2. Beri Lebih Daripada Jangkaan
-Tak berkira masa dan tenaga.
-Tak bertanya berapa yang mahu dibayar atas kerja-kerja tambahan yang tiada kaitan dengan tugasannya.
-Berkhidmat sepenuh jiwa raga (Seolah dalam pandangan orang lain, mereka diperkulikan).
-Memberi lebih adalah satu kepuasan.

3. Semua Orang Penting.
-Jalin hubungan baik dengan semua orang.
-Kehadirannya disenangi dan perwatakkannya mudah didekati.

4. Sentiasa Siap Siaga
-Sentiasa sedia untuk terima cabaran, tugas dan tanggungjawab.
-Tak pernah berkata tidak.
-Asyik dia sahaja yang dipanggil bos untuk ini dan itu. Sebenarnya bukan boss anggap orang lain tak penting tapi boss lebih senang dan lebih percaya orang tu sebab dia sentiasa bersedia. Bos kalau asyik dengar alasan, boss akan BOSAN dengan kita.
-Orang yang sentiasa siap siaga ni, selalunya dia sendiri dari awal boleh jangkakan bila khidmatnya akan diperlukan oleh boss.

5. Sentiasa Bersyukur
-Tak suka mengeluh atau merintih.
-Latih diri untuk syukur dan yakin ketentuan Allah terhadap kita.

Moga bermanfaat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 20 January 2018

Nasihat Untuk Sahabat

Petikan Mesej Kepada Sahabat-Sahabat

Sila kurangkan capaian ke laman web yang tak berkaitan kerja dalam waktu pejabat. 2018 ni kita kena move forward untuk improve diri, learn more on kerja dan tanggungjawab yang diberi. Study software yg kita dah ada tu. Siapkankan mana-mana job last year yg pending. Kerja sebenarnya banyak kalau kita cari. Sebelum ada yg menegur, biar aku tegur kau dulu. Kau beruntung, ada masa untuk fokus dan peluang tajamkan skill IT mana yang patut. IT is all about exploration and passion. Take this advice positively my friends 👍👍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 7 January 2018

10 Amalan Tak Cantik di Pejabat


Berikut antara perkara atau tabiat yang tak sepatutnya berlaku di pejabat. Tempat kita sabahn hari mencurah khidmat, mencari rezeki, menyerlah potensi dan membina kehidupan:

1.    Tidak menepati masa, memanjang lewat jer;
2.    Lambat dalam bertindak, asyik nak kena ketuk jer. Asyik nak kena bagi reminder jer;
3.    Tidak proaktif. Hanya buat kerja yang diarah, langsung tiada daya usaha atau inisiatif untuk "bagi jalan" apa yang sepatutnya dah berjalan;
4.    Tidak mahu mencuba dan belajar perkara baharu;
5.    Tiada perancangan kerja dan penetapan hala tuju diri. Hanya membirkan masa berlalu tanpa nak capai apa-apa setelah bertahun bekerja;
6.    Banyak buang masa pada perkara yang tak menyumbang pada produktiviti kerja. Sembang kosong dan sibuk surfing internet, shopping online, Youtube, Whatsapp dan lain-lain;
7.    Tak suka menyumbang idea dan pandangan kepada jabatan. Play safe dan malas;
8.    Dalam mesyuarat atau perbincangan sibuk sangat dengan telefon di tangan;
9.    Orang lain sibuk bekerja, dia tidur;
10.  Bukan boss tapi lagak kalah boss.

Harap saya dan anda tak termasuk dalam golongan yang bertabiat tak cantik ni :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 3 January 2018

Selesai Program Penutup 2017

Alhamdulillah selesai 2017 dilalui dengan pelbagai kisah warna warni dan suka duka. Tahun 2017 saya merasakan satu tahun yang paling sibuk dan penuh dengan program dan lalui banyak pengalaman baharu. Hal kerja di pejabat dah tentukan memang sentiasa pack dari mula Januari hingga ke Disember baru ni. Tak sempat nak bernafas kata orang.

Penutupnya pula adalah baru-baru ni satu majlis kenduri kahwin adir ipar di kampung di Kuala Linggi, Melaka dapat diselesaikan dengan lancar dan meriah. Alhamdullillah, ramai jemputan mak dan ayah yang dapat hadir. Nyaris-nyaris nak habis lauk pauk.


Di bawah ni saya share sikit gambar yang sempat diabadikan daripada OPPO yang ada di tangan :) 

Selamat Pengantin Baharu Kepada Yazid & Zura! Moga kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 17 December 2017

Kosa Kata Hampir Sama Makna

Sesekali kita semak balik penggunaan bahasa kita, baik dalam percakapan dan penulisan. Ini saya kongsikan serba sedikit secara ringkas:

1. Jemput dan Undang
Jemput diguna untuk perbuatan pergi menyambut, mengalu-alu.
Undang diguna perbuatan memanggil atau mempersilakan orang menghadiri majlis, peryaan, pertemuan dan sebagainya.

2. Hemah dan Hemat
Hemah bermaksud budi pekerti yang mulia.
Hemat bermaksud tidak boros atau membazir dan perbelanjaan atau dalam menggunakan sesuatu.

3. Ikut dan Turut
Ikut bermaksud turut serta, turut sama, bersama-sama.
Turut bermaksud pergi bersama, bersama-sama melakukan atau ditimpa sesuatu.

4.  Kesan dan Akibat
Kesan bermaksud tanda atau bekas yang ditinggalkan oleh sesuatu.
Akibat bermaksud kesan buruk sesuatu peristiwa atau perbuatan dan lain-lain kesudahan yang tidak baik.

5.  Mesti dan Pasti
Mesti adalah kosa kata yang membaa pengertian wajib atau patut dilakukan.
Pasti ialah kata adjektif yang membawa erti tentu.

6. Satu dan Suatu
Satu merujuk kepada bilangan tunggal.
Suatu menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak tentu atau tidak dipastikan.

7. Tafsir dan Taksir
Tafsir atau tafsiran bererti keterangan yang menjelaskan.
Taksir bermaksud nilaian, anggaran atau kiraan.

8. Tahu dan Faham
Tahu bermaksud maklum akan keadaaan sebenarnya, faham dan mengerti.
Faham bermaksud tahu dan mengerti benar akan sesuatu.

9. Tentang dan Mengenai
Tentang adalah kata sendi.
Mengenai adalah kata kerja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 11 November 2017

Sudah Terhantuk Tapi Masih Tak Tergadah..





Posting kali ni saya ambil bulat-bulat daripada satu buku yang saya baca beberapa minggu lepas.

Ini petikannya dan tajuk buku tu saya nyatakan seperti di bawah sana :)

      Kecelakaan berlaku dalam organisasi apabila tiada audit prestasi atau penilaian pencapaian kerja yang dilakukan bagi melihat keberkesanan sesuatu projek atau program. Kecelakaan juga berlaku apabila didapati sesuatu program tidak mendatangkan faedah tetapi diteruskan juga kerana ideanya datang daripada Bos atau 'sekutunya'.

     Pihak atasan yang menerima laporan tentang kelemahan program tersebut akan mencari seribu satu alasan untuk mengatakan bahawa program itu akan berjaya juga lambat laun. Semuanya kerana menjaga hati Bos. Ini merugikan organisasi dan kecelakaan menyerlah apabila akhirnya projek itu terbengkalai atau ditinggalkan kerana tiada langsung faedahnya.

     Bos yang tahu bahawa projeknya gagal juga mendiamkan diri dan tidak mahu mengugkit hal tersebut kerana takut malu. Ini menyebabkan satu projek yang sepatutnya dibuat untuk meningkatkan organisasi diabaikan langsung, Jika adapun ahli organisasi yang mengunkit hal tersebut, akan diketepikan bicara tersebut dab Bos serta kesutunya akan memberitahu bahawa projek itu sememangnya tidak mahu dilakukan tetapi 'dipaksa' oleh pihak yang lebih atas. Dengan kata lain, kebaikan yang diharapkan oleh pihak atasan dinafikan kerana kaedah projek yang dilaksanakan sendiri gagal,

Sepatutnya..

     Dalam kes di atas, satu pasukan perlu diadakan bagi menilai keberkesanan sesuatu projek dalam organisasi. Jawatankuasa  ini perlu melakukan penilaian dengan adil dan melaporkan segala kelemahan yang diperoleh hasil pengauditan mereka, Bos pula harus peka dengan laporan yang dikemukakan jawatankuasa itu. Jika didapati ada kelemahan dalam projek, akui dan cuba perbaiki kelemahan tersebut.

     Jika satu kaedah pelaksanaan tidak berjaya, penelitian perlu dibuat supaya kaedah atau pendekatan yang lain dapat digunakan. Sesuatu projek itu kadangkala baik tetapi kaedah pelaksanaannya lemah. Perkara ini perlu dikenal pasti dan kemudiannya dibaiki dengan sebaik mungkin. Jika didapati gagal lagi, penelitian seterusnya dibuat sama ada projek sedemikian harus diteruskan, dengan pindaan, atau diberhentikan.


Sumber : 

KECELAKAAN ORGANISASI - Satu Refleksi Kritikal Tentang Kepimpinan dan Pengurusan oleh Gurcharan Singh Sandhu (2006)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 1 November 2017

Awak Seronok Kerja?

Soalan tu bukan mudah untuk dijawab kan?

Adakah keseronokan itu milik boss sahaja? Milik mereka yang cemerlang sahaja? Atau milik semua kita yang bekerja? Jawapan sebenarnya ada dalam diri masing-masing.

Seronok atau "beronok-ronok" adalah merujuk kepada perkara yang kita suka melakukannya. Kerja pula merujuk kepada pekerjaan kerjaya yang kita jawat atau sandang untuk satu-satu tempoh masa dengan skop tanggungjawab dan peranan tersendiri.

Tahap kerja biasanya ada 3 iaitu boss yang mengarah, pengurus yang merancang pelaksanaan dan pelaksana yang menggerakkan operasi. Tiga tahap pekerja ni mempunyai bidang tugas dan cabaran tersendiri. Keseronokan juga boleh ada pada ketiga-tiganya. Dalilnya, keseronokkan hadir bila kerja yang kita buat tu sudah sebati dengan jiwa dimana rasa amanah untuk melaksanakan apa yang sepatutnya dengan cara paling terbaik tanpa rasa jemu dan terpaksa, tak mangira siapa pun kita.

Bila buat benda seronok, rasa penat tu akan tenggelam. Bayangkan anak-anak yang sedang bermain di padang. Adakah mereka penat bermain? Pastinya mereka berupaya bermain hingga berjam-jam selagi tak betul-betul penat sebab mereka dah memang sedabg seronok.

Banyak benda boleh dibuat untuk bina keseronokkan bekerja. Antaranya kawan-kawan yang boleh membantu, majikan dan boss yang sangat supportive, persekitaran kerja yang menarik, bersih, ceria, selesa dan kondusif, proses kerja yang cekap, budaya kerja yang inovatif dan yang paling penting juga adalah positiviti dalam diri. Optimis dan ikhlas juga menguatkan lagi tahap seronok bekerja.

Berbanggalah kalau anda upaya mengatakan saya sedang seronok berkerja di sini!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 18 October 2017

Sedari Bakat Sendiri

Sekiranya kita menyedari kita berbakat (sememangnya berbakat) dalam satu-satu bidang dan merasakan hebat (sememangnya hebat), serlahkanlah dan buktikan kehebatan itu dengan melakukan sesuatu mengenainya dengan sebaik mungkin. Bukan kita hanya duduk di tempat kerja hanya menunggu diberi kerja.

Sedarlah kita bahawa bakat tu umpama emas atau permata yang perlu digilap agar ia bersinar dan memberi harga. Sebaliknya jika ia dibiarkan, lama-lama ia akan pudar dan mungkin ada hilang lenyap begitu saja. Disia-siakan hinggalah akhir hayat. Potensi kita hanya kita yang boleh menggunakannya. Berusahalah kita menyerlahkan bakat yang ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 16 October 2017

Tips Jaga Mata Ikut Nabi

Ini saya kongsikan tips dari seorang Ustaz yang memaklumkan bagaimana nak jaga kesihatan mata. Amalkan tiga perkara ni:

1. Sebelum tidur, sapu celak di bawah mata.
2. Sebelum tidur juga, sapu minyak kasturi di kelopak mata atas.
3. Selaku melihat ayat-ayat Al-Quran.

Moga bermanfaat dan menjadi amalan kita bersama. Insha Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 14 October 2017

Belajar Dari Alam

Rumput di tepi jalan tu tak susah pun kita nak jaga, sendiri dia tumbuh subur. Tak perlu berbaja. Sebaliknya pokok yang ditanam macam pokok buah, pokok bunga atau pokok sayur kena dibaja dan dijaga rapi.

Begitulah perbandingannya nak membesarkan perkara baik. Sentiasa mencabar, banyak dugaan dan ada musuh lagi. Hukum alam memang begitu nampaknya dimana untuk mengusahakan perkara baik, kita perlu lebih usaha, tenaga dan kecekalan.

Melihat perkara alam, banyak kita boleh belajar daripadanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 10 October 2017

Tips Bina Konsentrasi Kerja

Hilang fokus semasa bekerja tentunya boleh mengundang masalah, khususnya kepada kualiti, produktiviti, perhubungan dan keseronokan kerja.

Ni saya kongsikan secara ringkas tip untuk tingkatkan fokus masa bekerja:

1. Usah anggap tugasan yang diberi tu sebagai beban, tapi anggaplah ianya sebagai tanggungjawab dan amanah yang perlu diselesaikan sebaik mungkin.

2. Buat persediaan awal untuk kerja hari esok. Sediakan sumber kerja esok pada hari ini sebelum pulang. Begitu juga untuk hari-hari seterusnya. Maknanya 2% hingga 3% tugasan esok kita dah prepare awal.

3. Buat dan selesaikan dahulu kerja yang sukar. Bila yang susah dah settle, tugasan mudah seterusnya tu akan terasa ringan. Normallah kan kita perlu lalui kesusahan dulu dan dapat kesenangan kemudian.

4. Cuba pastikan meja kerja sentiasa kemas dan tersusun. Ini akan memberikan keselesaan, menyedapkan mata dan memudahkan nanti bila nak mencari maklumat dan dokumen.

5. Jangan rasa terpaksa untuk bekerja. Buang jauh-jauh rasa terpaksa tu sebab ia memang boleh membunuh tumpuan yang kita telah ada.

6. Penting juga untuk kita jaga kesihatan badan sebab tubuh sihat akan memberikan keceriaan dan energi. Badan sihat juga akan melegakan kita dari stress.

7. Akhirnya kita perlu bersikap professional semasa bekerja. Hindari campur aduk hal rumah tangga dan masalah peribadi di bawa ke pejabat. Biarpun memang ada masalah, cuba lupakan dulu untuk beberapa jam yang kita bekerja ni.

Ok, semoga kita berjaya mengikut tip yang ringkas ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...