Sempat terdengar pengajaran ringkas daripada seorang Ustaz yang datang mengajar di pejabat. Beliau ada menyentuh tentang hukum dan jenis perlakuan bunuh. Suka untuk saya kongsikan di blog ini untuk pengetahuan tuan puan yang budiman yang sudi membaca. Secara mudahnya 3 bentuk pembunuhan ini dikategorikan berdasarkan kepada alat dan tindakan yang mengakibatkan berlakunya kematian itu. 3 jenis pembunuhan itu adalah seperti berikut:
1. Pembunuhan Yang Sengaja
Alat yang digunakan dalam jenis pembunuhan ini adalah alat yang memang boleh mengancam nyawa dan boleh memberi mudarat dan kecelakaan. Contohnya seperti pisau, parang, pistol, bom, melanggar dengan kenderaan, menolak dari tempat tinggi, menimpa mangsa dengan objek keras dan sebagainya.
2. Pembunuhan Yang Serupa Dengan Sengaja
Alat yang digunakan dalam jenis ini adalah bukan alat yang biasanya boleh memberikan kemudaratan dan penyebab untuk kematian, tetapi tanpa diduga, ia menyumbang dan boleh mengakibatkan pembunuhan. Sebagai contoh tangan yang menumbuk bukanlah senjata yang bahaya yang boleh mengakibatkan pembunuhan, tetapi mungkin dengan sekali atau beberapa tumbukan ia boleh membawa maut kepada orang yang ditumbuk.
3. Pembunuhan Yang Tersilap
Paling mudah kita ambil contoh situasi di dalam hutan yang mana ada sekumpulan orang pergi memburu rusa. Dalam sedang hendak menembak rusa, tanpa sedar atau diperasan, kawan sendiri yang ditembak.. memang tersilap kejadian tu.
Kebelakangan ini kita dapat lihat dan dengar di mana-mana ada sahaja kes pembunuhan. Pembunuhan berlaku di mana-mana oleh sesiapa sahaja. Yang menjadi mangsanya pula bukan sekadar penjenayah tetapi turut melibatkan pembunuhan dari kalangan mangsa oleh ahli keluarga sendiri. Sememangnya nyawa kita bila-bila masa sahaja boleh ditarik olehNya.

No comments:
Post a Comment
Komen Anda