Kita sedia maklum kerajaan sedang memikirkan untuk menggunakan teknologi nuklear sebagai sumber tenaga alternatif di masa depan. Sekarang ini kita banyak bergantung kepada sumber bahan api fosil dan hidro. Melihat banyak negara maju telah meningkat peratusan sumber tenaganya kepada bentuk tenaga ini, mungkin telah tiba masanya untuk Malaysia memulakan peralihan kepada sumber tenaga yang baru ini yang dikatakan lebih cekap. Difahamkan teknologi nuklear ini juga adalah lebih mesra alam dan lebih selamat. Walau bagaimanapun apabila menyebut lebih "selamat" ramai yang akan beranggapan adakah ia benar-benar selamat. Maklumlah apabila kita menyebut tentang tenaga ini kita akan memikirkan juga tentang tenaga atom, sinaran radiasi, bahan sisa radioaktif yang bahaya, pencemaran dan sebagainya. Penerangan yang jelas tentang kelebihan dan risiko penggunaan tenaga ini haruslah jelas kepada segenap anggota mansyarakat. Ini adalah kerana bukan semua orang faham tentang teknologi ini.
Apapun rasanya elok juga sekiranya pihak pengurusan tenaga seperti TNB atau kerajaan memikirkan untuk tidak terus melupakan beberapa alternatif lain untuk sumber penjanaan tenaga yang rasanya jauh lebih mudah dan murah seperti solar dan angin.. Percuma dan sesuai untuk bekalan kuasa kepada kemudahan-kemudahan awam seperti lampu jalan, jambatan dan sebagainya. Memang agihannya tidaklah banyak tetapi sekurang-kurangnya ia menyumbang kepada sedikit penjimatan kos kerajaan dan rakyat.
Dalam untuk melakukan perubahan ini, tentunya juga Malaysia sedang bersiap sedia dari segi tenaga teknikal, pakar-pakar dan pihak pengurusan yang arif dalam hal pengurusan teknologi ini. Semoga penggunaan tenaga nuklear kepada penduduk negara ini dapat memberikan impak dan kualiti kehidupan baru yang lebih berkualiti, memuaskan semua dan selamat.. Itu harapannya..
Teringat masa belajar dahulu pernah melawat ke MINT ;)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda