Lin Dan vs Datuk Lee Chong Wei, kita kalah. Regu utama China vs regu utama kita, kita kalah juga.. Perseorangan ke-2 kita juga kalah. Itulah kesudahannya perjuangan skuad badminton Piala Thomas yang bakal menyaksikan perlawanan akhir di antara dua pasukan terkuat dunia iaitu China dan Indonesia. Saya menjangkakan China akan menang Piala Thomas... Sebagai saudara serumpun kita mengharapkan Indonesia menang..
Memang pemain kita telah menunjukkan permainan dan cuba memberikan yang terbaik untuk perlawanan separuh akhir semalam menentang China. Tetapi apakan daya mereka. Dek kerana tentangan, persediaan, kelebihan, kekuatan mental dan fizikal serta nasib lebih menyebelahi pasukan China. Walaupun pertarungan turut diberi sokongan oleh penyokong tempatan, tetapi ia memang tidak dapat memberikan apa-apa suntikan ajaib yang boleh membantu perolehan mata kepada kita. Bertambah lagilah tempoh kemarau Piala Thomas yang amat kita diidam-idamkan itu..
Melihat gaya dan pembawakan cara permainan Lin Dan dari China.. Karakter dan persembahan beliau amat kemas, tampak cukup agresif dan tiada langsung tekanan di raut wajah mukanya.. Berlawan dengan sorakan pasukan lawan, beliau langsung tidak ada sedikit pun gusar atau tertekanan pun saya rasa. Mungkin aspek kekenduran dalam menguruskan emosi yang terlalu ingin menjaga hati penonton ini yang patut diperbaiki dan diasah di kalangan pemain kita.. Hiraukan terus fikiran semasa bermain kepada reaksi penonton atau perolehan mata tetapi hanya beri fokus kepada memerangkap lawan di sebelah jaring sana sahaja.. Itu komen daripada saya yang rasanya mungkin tidak akan dapat memperolehi 1 mata pun sekiranya bertarung dengan Datuk Lee Chong Wei.. Tetapi itulah rasanya yang saya boleh katakan setelah melihat kita dikecewakan..
Apapun syabas kepada pasukan kita yang telah menunjukkan permainan yang baik, cumanya di sebelah benua China sana mereka nampaknya jauh lebih baik..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda