Saturday, 22 May 2010

Sistem Oh Sistem






Sekarang ni antara yang hebat dan hangat juga diperkatakan adalah tentang pemberian cuti 1 hari dalam seminggu untuk pembantu rumah dari Indonesia. Selain itu antara yang tidak kurang panasnya ialah isu pemberian lesen untuk judi bola sepak Piala Dunia. Masing-masing yang tidak bersetuju ada banyak yang hendak diperkatakan dan dihujahkan. Ramai yang tidak bersetuju dengan sistem atau pun dasar yang diutarakan oleh pihak kerajaan berkaitan 2 perkara ini. Seperti yang kita lihat sebelum ini, ada beberapa pendekatan dan polisi yang cuba diutarakan oleh pihak kerajaan tetapi apabila mula dicadangkan ataupun untuk dilaksanakan, terus mendapat tentangan dan bantahan. Nampaknya ia masih berlaku lagi.. Mungkin masih ada yang tidak belajar daripada peristiwa lalu..

Beberapa hari lalu terdengar sedikit tazkirah daripada seorang Ust di radio. Apa yang saya dapat ceduk dan ubahsuai daripada beliau adalah dalam kebanyakkan masalah di dunia ini perlu kita melihat dalam 3 aspek iaitu individu, sistem dan pemimpin.

1. Individu:

Sebagai individu banyak permasalahan dan perkara yang besar-besar tidak boleh sebagai individu berbuat apa-apa.. kadang kala kita tidak berupaya untuk mengubah dan menyelesaikanya. Selain cuba bersikap proaktif dan cuba menyesuaikan diri dengan sebarang sistem yang telah ada, kita hanya boleh mengubah tindakan, cara adaptasi dan cara penerimaan kita kepada sesuatu perkara.

2. Sistem:

Masalah juga biasanya disebabkan oleh sesuatu sistem dan proses yang lemah dan tidak kena pada caranya. Sistem biasanya akan dicorakkan oleh kedua-dua pemimpin dan orang yang dipimpinnya termasuklah  individu-individu lain dalam pasukannya. Dengan terbinanya sesuatu sistem yang mantap dengan input dan output yang sesuai dengan objektif sistem itu, tentukan segala yang baik dan memuaskan banyak pihak harus menjadi teras dan fokus sistem yang diinginkan. Sebaliknya jika pendekatan dan perjalanan sistem itu cacat dan tidak teratur, maka ada padah yang akan datang mengundang..

3. Pemimpin:

Pemimpin menguasai sistem dan individu iaitu kedua-dua elemen yang diterangkan di atas. Segenap peringkat kepimpinan ada skop sistem yang diuruskannya. Keputusan dan tindakan yang lebih berteraskan kehendak semua harus sentiasa menjadi keutamaan bagi setiap pemimpin. Memanglah pemimpin akan ada sudut pandangnya yang tersendiri tetapi janganlah sampai tidak mengambilkira langsung pandangan mereka yang di bawah. Mengubah sistem yang tidak tepat kepada satu bentuk sistem lain yang lebih sesuai adalah sepatutnya juga menjadi misi dan visi seorang pemimpin itu.

Kesimpulannya sesuatu keputusan dan sistem itu harus ditentukan bukan hanya untuk memenuhi keperluan satu dua pihak sebaliknya harus menyeluruh impaknya kepada golongan sasar. Pemimpin dan pasukannya berperanan penting di sini untuk memperbaikinya sekiranya terbukti ada ketempangan.. Sekian.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Bukan nak mengkondem,tapi Malaysia selalunya bertindak cepat tanpa memikirkan kesan dan akibat. Judi?Walau apa jua keadaan pun,haram tetap haram.Ini hukum Tuhan.
    Namun,seperti yg tuan pekatakan tadi,kita sebagi individu.Kuasa kita sangat lemah. Oleh yg demikian, apa yg kita boleh buat, ikut mana yg baik,jauhi mana yg dilarang dengan erti kata lain-ye,kita menentang namun tidaklah sampai menunjuk perasaan atau berbuat sesuatu yg boleh memberi impak yg tidak baik kepada diri sendiri khasnya dan masyarakat sejagat amnya.

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails