Seorang daripada sahabat saya akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada 1 Mei ini. Pada setiap kali sambutan hari pekerja iaitu pada 1 Mei mungkin orang lain akan terlupa akan bilakah harinya 1 Mei itu, tetapi tentunya tidak bagi beliau. Sememangnya dia seorang pekerja yang hebat, rajin dan bergaya juga ;)
Merujuk Wikipedia : Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu nama untuk pelbagai cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884, Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.
Di Malaysia kita memang ada banyak kesatuan sekerja yang mewakili banyak kumpulan pekerja. Macam-macam yang telah kita lihat dan dengar apa yang diperjuangkan mereka. Tidak lain tidak bukan, semuanya memang bertujuan untuk menjaga dan membela kebajikan dan menjaga kualiti hidup para pekerja yang menjadi ahli kesatuan.
Mungkin ramai yang beranggapan kesatuan kerja selalunya memohon dan meminta itu dan ini yang bukan-bukan, tetapi sedarkah kita bahawa sesetengah perkara yang diperjuangkan itu bukanlah 100% untuk kebajikan mereka semata yang berjuang dimasa kini. Tetapi mungkin perkara itu adalah untuk manfaat generasi anak cucu kita di masa depan. Mungkin sesuatu perjuangan itu berlaku kini tetapi kesan dan faedahnya baru kita sedar dan dapati di masa lain.
Buat para majikan dan yang berstatus bos besar, janganlah kita hanya tahu dan mahu memerah keringat, perasaan, masa dan tenaga pekerja sahaja bagi mencapai kepuasan, keuntungan dan kepentingan organisasi semata-mata, tetapi sorotilah juga nasib mereka yang di bawah. Nasib mereka yang berpendapatan rendah, miskin, mudah miskin dan semakin miskin.. Bagi yang telah mencapai keuntungan yang disasarkan jangan kedekut untuk memberikan pula penghargaan kepada anak-anak buah.. Penghargaan yang paling murni dan sesuai sekali di zaman ini tentunya saya fikir yang melibatkan faedah kewangan.. Kerana kewangan ataupun duit itu adalah hampir dengan segalanya.. Memang RM bukanlah segalanya tetapi ia amat-amat dekat kepada semua perkara dan benda di sekeliling kita..
Sempena Hari Pekerja yang akan disambut pada Sabtu ini, saya mengucapkan selamat meneruskan kerjaya masing-masing dengan penuh motivasi dan keseronokan dalam bidang kerja berkenaan ;) Kalau bagi yang tak suka itu, cubalah belajar-belajar untuk menyukai kerjaya berkenaan kerana anda dahulu yang memilihnya..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda