Pilihanraya Kecil Hulu Selangor telah pun melabuhkan tirainya.. Semua sepanduk dan lambang-lambang semua parti calon bertanding yang kosnya mungkin mencecah ribuan ringgit juga telah tamat fungsinya. Selepas ini entah ke manalah agaknya disimpan atau dihumbankan sisa-sisa pilihanraya itu.. janganlah dibiarkan sampai berbulan-bulan bersidai dan bergantung sudahlah.. Buruk nanti pemandangannya digantung lama-lama..
Kepada YB BN yang menang, tahniah dan buat yang kalah terimalah dengan hati terbuka. BN yang telah memiliki zon di Hulu Selangor harus segera bertindak dan mangotakan janji pembangunan kepada rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada mereka. Bagi saya masyarakat di sana tidak lain tidak bukan amat memerlukan pembelaan dari segi kemudahan kesihatan, peluang pekerjaan dan pendidikan anak-anak. Tiga aspek ini saya fikir masih menjadi keperluan yang amat kritikal di kawasan luar bandar. Orang yang sakit yang memerlukan rawatan semakin meningkat kadarnya. Belia muda yang tidak memiliki pekerjaan tetap dengan pendapatan yang memuaskan masih ramai. Anak-anak remaja sekolah yang ada kemungkinan akan tercicir dalam pelajaran dan tidak diterokai kebolehannya semaksima mungkin masih ramai juga.. Fokuslah pada 3 perkara ini YB.. Anda mampu melakukannya.
Tambahan daripada itu, saya fikir satu lagi pendekatan yang boleh melonjakkan lagi penerimaan rakyat Hulu Selangor kepada YB yang BAKAL BERKHIDMAT adalah dengan menaikkan imej semua agensi kerajaan di kawasan Hulu Selangor itu sendiri. Memang ia bukan bidang kuasa YB tetapi YB boleh menyumbang dan mempengaruhi kearah peningkatan perkhidmatannya.

Daripada pemerhatian kita, dalam setiap kali pilihanraya kecil nampaknya ada sahaja isu kekecohan dek kerana wujudnya "barung panas" oleh parti-parti yang bertanding. Mungkin SPR perlu hapuskan sahaja kewujudan sebarang khemah di hari mengundi selain khemah SPR, Polis dan Ambulan sahaja. Di hari itu rakyat hanya perlu memangkah sahaja, tak perlu untuk urusan-urusan yang selain daripada itu..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda