Monday, 7 December 2009

Dr Asri Berhasrat Berdakwah di Pusat Hiburan

Pendekatan untuk Dr Asri untuk berdakwah ke pusat-pusat hiburan seperti disko saya fikir adalah satu cabaran hebat kepada pihak berkuasa Islam terutamanya yang berperanan untuk menjalankan dakwah di negeri yang berkenaan. Rasanya ini adalah satu lagi contoh idea kreatif yang mungkin akan memberikan hasil yang lebih baik yang mungkin tidak terfikir pun oleh kita. Tentunya Dr Asri ada resepi dan kaedah dakwahnya tersendiri di sana nanti sesuai dengan tempatnya. Almaklumlah, yang berada di tempat berkenaan tu bukanlah seperti pendengar-pendengar ceramah di surau-surau di masjid-masjid yang rata-rata telah sedia, rela, taat dan ikhlas mendengar ceramah dan dakwah yang disampaikan. Apapun saya yakin dengan kredibiliti yang ada pada beliau dan dengan keizinanNYA, insyaAllah Dr Asri boleh membawa sesuatu perubahan yang baik.

CARA berdakwah seperti sekarang ini rasanya pendengarnya hanya oleh mereka yang berminat sahaja dan tergerak untuk mengikutinya. Bagi yang lain yang tidak berminat, langsung sesuatu dakwah dan pengajaran agama itu dibiarkan begitu sahaja.. Mungkin cara dakwah yang lebih halus, bijaksana dan terkehadapan boleh diamalkan oleh para pendakwah yang tujuan utamanya adalah sekurang-kurangnya untuk memberikan kesedaran awal bagi mereka yang telah jauh atau sedikit menyimpang dari landasan Islam yang sepatutnya.





Dalam masa terdekat juga akan diadakan Minggu Halal dan Pelancongan Islam oleh kerajaan dan kenapa tidak.. dapat diadakan juga nanti Minggu Dakwah Islam di negara ini.. ataupun Hari Dakwah Islam pada setiap Tahun.. Aktiviti bukan sahaja akan tertumpu di masjid-masjid ataupun Pusat Islam tetapi diperluas sehingga ke pusat-pusat tumpuan ramai.. Di Pasar Tani (Hari Ahad) di Stadium Shah Alam untuk beberapa ketika pernah diadakan ceramah bebas oleh Ustaz-Ustaz tertentu.. Ini adalah contoh dakwah yang lebih dekat kepada golongan sasaran cuma mungkin masih kurang sambutannya dek kerana pengunjung sedang sibuk membeli barang keperluan untuk dapur ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Saya sangat menyokong hasrat Dr. Asri ini kerana kita tidak boleh mengharap semua tahap manusia datang ke Masjid/Surau/Dewan untuk mendengar ceramah agama. Hasrat Dr. Asri ini mengikut langkah As-Syahid Hasan Al-Banna yang telah pergi ke kelab-kelab malam/disco di Mesir dahulu.Kita yang sedar kepentingan dakwah mesti mengguna kemampuan yang kita ada untuk mengajak insan lain mengecapi kejayaan yang abadi.

    ReplyDelete
  2. Tuan Anonymous,
    Tentunya tuan ni seorang yang tinggi ilmu dan luas pembacaan.

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat dengan langkah Dr Maza tu, kita nak tengok Jais nak buat apa... inilah yang di katakan strategi berperang... cerdik DrMaza ni... kecerdikannya boleh buat Dato Khusrin Jais tak tidor lena... hih hih hih...

    ReplyDelete
  4. Sulaiman Zakaria8 December 2009 at 08:19

    Faizal,
    Mungkin Dr Maza merasakan telah tiba masanya untuk pendakwah lebih mendekati golongan muda mudi di luar sana. Oleh kerana mereka sukakan hiburan mungkin aktiviti dakwah harus diperluaskan menggunakan media yang menjadi keutamaan pemuda seperti internet dan TV. Selain nasyid, pengiat seni dan hiburan harus digalak utk menghasilkan lebih banyak drama dan filem yang bertemakan katuhanan tetapi janganlah terlampau stereotaip rupanya(Contoh: Asal nak tunjuk alim mesti pakai kopiah @ songkok di kepala). Memanglah ianya melambangkan syiar Islam tetapi biarkan mesej yg ingin disampaikan itu mudah diterima dan difahami..

    ReplyDelete

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails