Malang tidak berbau.. Itulah yang saya dapat fikirkan apabila membaca tajuk akhbar berkaitan tragedi bas ekspres yang meragut 10 nyawa. Salam Takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.. Moga mereka cekal, kuatkan semangat dan sabar dalam menghadapi ketentuan olehNYA. . Kadang kala kita telah bersedia dengan pelbagai persediaan itu dan ini tetapi apabila sesuatu itu telah TERTULIS, tiada apa yang dapat mengubahnya.
Cuma, sebagai manusia mungkin kita masih boleh berikhtiar untuk berfikir bagaimana dimasa-masa hadapan tragedi seperti ini dapat dielakkan secara yang lebih berkesan. Kita melihat PUNCAnya di sini adalah pemandu terlelap. Memang tidak dapat dinafikan bahawa apabila kita terlalai hanya 2 saat sahaja kemalangan boleh berlaku. Timbul keadaan dan rasa mengantuk pada pemandu memang amat tinggi di waktu malam, terutamanya di sebelah tengah malam dan awal pagi.
Mungkin pihak yang berwajib boleh memikirkan dan mempertimbangkan seeloknya adakah masih wajar perjalanan bas ekpres pada waktu malam. (selepas jam 12 tgh malam hingga ke Subuh). Tubuh manusia saya fikir dijadikan untuk berehat diwaktu dan saat itu dan bukannya untuk berjaga dan bekerja. Lebih-lebih lagi kerja yang melibatkan penumpuan dan fokus (yang perlu 100% tumpuan mata). Bagi pemandu bas ekspres, mereka membawa puluhan nyawa setiap malam dalam jangkawaktu yang mungkin panjang lebih 3 jam.. Penumpang bergantung keselamatan kepada pemandu bas dalam waktu itu.. Ini tak sama dengan pilot yang membawa kapal terbang yang boleh menetapkan autopilot membawa penerbangan mengikut haluannya.
Sebaiknya bagi saya, bagi perjalanan jarak jauh kerajaan atau mana-mana pihak yang berkenaan harus menggalakkan masyarakat untuk menggunakan keretapi. Tetapi SEBELUM itu!! Bukanlah dengan standard keretapi yang ada seperti sekarang... yang agak kurang memuaskan saya rasa. Perlu satu transformasi penggunaan keretapi yang lebih cekap, selesa, selamat, pantas dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Kemudahan yang setidaknya hampir setara dengan R&R yang ada di Lebuhraya PLUS ;)

No comments:
Post a Comment
Komen Anda