Dendam boleh dianggapkan sebagai satu penyakit dan binatang yang amat jahat. Ia perlu ditendang jauh-jauh.. Kalau boleh dipijak, pijakkan betul-betul dengan tekanan yang kuat sampai ia penyek.. Tapi janganlah sampai kita memijak benda yang bukan dicipta untuk dipijak. Takut jadi trend pulak nanti, kita saling pijak memijak..pijak kepala ataupun pijak gambar :))
Dendam terbit dan bermula daripada perasaan marah.. Perasaan marah itu sebenarnya tidak bertahan lama.. Hanya beberapa minit sahaja.. Ianya akan reda sendiri setelah berlalunya masa dan ketika.. Ia reda tetapi ia tidak akan hilang begitu sahaja.. Ia akan hilang setelah hadirnya kemaafan... Kemaafan yang penuh ikhlas dan luhur sahaja akan dapat melenyapkan bara kemarahan tadi..
Malangnya jika tiada langsung unsur kemaafan yang dicari sebaliknya dikutip satu persatu benih-benih kebencian.. Akhirnya dendam terus menjadi tebal di dalam hati. Kita nampak orang yang kita dendami itu yang rugi tetapi kita juga yang rugi sebenarnya kerana membiarkan diri dan hati dimakan penyakit dendam itu sendiri..
Salam.
ReplyDeleteHairan, ada insan bercakap fasal agama tetapi bersikap tiada maaf bagimu.Di mana letaknya kepentingan ukhwah sesama Muslim?
Sy suka dengan kenyataan ini..menarik..bersama2 lah kita bersihkan hati supaya ia sentiasa bersih :)
ReplyDelete