Monday, 21 December 2009

Bekerja Dari Rumah.. Bagus tu...


Program perintis bekerja dari rumah oleh 39 pelukis pelan JKR dilihat satu percubaan yang penuh bersejarah oleh kerajaan. Saya melihat ianya amat sesuai dan kena pada waktunya. Dengan cara bekerja sesetengah bidang tugas yang hanya perlu duduk di meja dan fokus kepada monitor, mouse dan keyboard, tentunya bekerja di rumah adalah satu pendekatan yang lebih mendatangkan hasil yang memberangsangkan (jika mereka yang berkenaan benar-benar amanah dan berintegriti).

Banyak faedah yang diperolehi secara langsung dan tidak langsung jika cara bekerja ini dipraktikkan sebaiknya. Antaranya :

1. Penjimatan duit untuk kos perjalanan seperti petrol, tol dan selenggara kenderaan.
2. Penjimatan kos di pejabat. Elektrik dan air.
3. Penjimatan masa yang dihabiskan di atas jalan raya.
4. Penjimatan perbelanjaan untuk makan diluar.
5. Penjimatan penggunaan alat kosmetik ;)
6. Daya tumpuan akan lebih tinggi dengan tiada angguan dari persekitaran.
7. Ada ruang untuk rehat setelah penat memberikan fokus kepada kerja.
8. Aspek penilaian dapat diasaskan kepada hasil kerja dan produktiviti.

Walau bagaimanapun pilihan bekerja di rumah ini kurang praktikal dan kurang sesuai bagi mereka yang berada dalam situasi seperti ada anak kecil yang perlu dijaga serta bagi mereka yang memiliki ruang di rumah yang sempit, tidak kemas dan kurang kondusif untuk bekerja.



Semoga percubaan selama 3 bulan ini memberikan keputusan yang baik dan dapat diperluaskan sehingga ke tempat saya bertugas ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails