Salah satu daripada sasaran NKRA adalah untuk mensasarkan lebih kurang 1/4 peratus penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam pada akhir 2012. Ada pendapat yang mengatakan memang agak mustahil untuk rakyat mendapatkan akses kemana-mana dengan sempurna melalui pengangkutan tanpa perlu banyak berjalan. Saya kurang setuju.. Bagi saya, jika rakyat di negara ini yang telah selesa menggunakan kenderaan sendiri (ada air-cond yang nyaman) walaupun berada dalam jem... diberi pilihan dan galakan untuk menggunakan pengangkutan awam dan kemudiannya perlu berjalan-jalan (yang mungkin jauh) untuk ke destinasi yang dituju tentunya ia bukan perubahan yang dikehendaki.
Kita tidak boleh membandingkan Malaysia dari segi pengangkutan dan perjalanan kaki dengan negara-negara maju lain seperti di Eropah dan Jepun yang mana iklim dan persekitaran mereka SEJUK. Faktor cuaca itu sebenarnya adalah isu bagi saya. Di Jepun mereka boleh berjalan kaki sejauhmana pun sebab iklimnya dingin. Berbanding di Malaysia nak jalan kurang 1 km pun dah berpeluh satu badan.. memang tak selesa. Pendapat saya adalah lebih wajar pihak berwajib memikirkan kaedah seperti berikut:
Katakan saya menetap di Padang Jawa, Klang dan ingin ke destinasi di Bangunan RISDA di Jalan Ampang, KL (Tiada stesen LRT.Putra.Monorel)

1. Kerajaan atau konsortium pengangkutan pertama sekali perlu menyediakan train gerabak komuter yang secukupnya untuk mereka yang tinggal diluar KL masuk ke KL. Setiap stesen di dalam KL perlu lengkap dengan integrasi pengangkutan bas dan teksi.
2. Saya bermula dengan meletak kenderaan di stesen Padang Jawa. Perlu ada kompleks tempat letak kenderaan di stesen Komuter Padang Jawa yang cukup luas dan mencukupi untuk menampung jumlah kenderaan di Padang Jawa. Berjalan di kawasan ini taklah berpeluh badan. Nak cantik lagi berbumbung tidaklah panas kereta di situ berjemur setiap hari.. Cuasa semakin PANAS sekarang ni..
3. Saya menaiki komuter hingga ke KL Sentral ataupun kemana-mana stesen yang paling dekat dengan bangunan RISDA.
4. Kemudian saya menggunakan khidmat bas atau teksi (Disediakan mengikut zon dan laluan tertentu).
5. Natijahnya, disebabkan ramai orang di luar KL yang melalui langkah 2 hingga 4 di atas, jumlah kenderaan akan berkurang dan sistem pengangkutan di KL menjadi lebih cekap.
Secara ringkasnya kombinasi infrastruktur stesen komuter di luar KL yang meluas, rangkaian laluan dan kecukupan bas dan teksi yang memuaskan di stesen dalam KL akan boleh merubah sistem pengangkutan di KL ke arah lebih ramai rakyat memilih perkhidmatan awam. Begitulah komen saya untuk tatapan para pembaca sekalian :)
Pengangkutan awan di lembah kelang sebenarnya digunakan oleh rakyat asing dengan cekap sekali..
ReplyDeleteCadangan agak menarik namun Kadang kala,kerajaan "tidak dapat" terfikir sedemikian.
ReplyDelete