Satu pengajaran hidup yang saya peroleh minggu ini adalah untuk kita lebih berjaya kita perlu ada pengetahuan yang boleh dikongsikan. Kita sebagai pekerja, pelajar, usahawan, malah sesiapapun amat perlu kepada data yang dapat memberi kekuatan dan justifikasi dalam kita mengusahakan sesuatu. Bayangkan seseorang saintis, doktor, jurutera, pekerja ataupun ahli perniagaan bekerja tanpa data dan maklumat penting di dalam tangan. Pasti goyah dan goyang semua tindakan yang ingin diusahakan.
Data dan maklumat sebenarnya boleh kita ibaratkan macam darah yang ada di tubuh kita. Ia menyimpan seribu makna untuk tubuh kita. Dengan menganalisis darah itu, kita boleh tahu bagaimana keadaan dan kesihatan diri. Ia memberikan petunjuk untuk kita memahami diri sendiri seterusnya memberikan kita pilihan untuk bertindak.
Data dan maklumat sebenarnya perlu kita uruskan sebaiknya. Ia memang sentiasa ada di sekeliling kita dan ianya perlu disimpan. Apabila ia telah disimpan, ia kemudiannya boleh dilihat semula untuk tujuan rujukan dan dianalissis. Dewasa ini, kita telah mempunyai segala kemudahan teknologi seperti ICT serta pemikiran untuk memahami dan menguasai sesuatu perkara. Sebaiknya segala kemudahan ini boleh digunakan untuk kita upaya memiliki data dan maklumat yang berguna untuk diri dan orang sekeliling.
Semasa kita ingin mengetengahkan sesuatu idea, sebagai contohnya di pejabat kepada bos, data dan maklumat yang kita ada sebenarnya boleh menjadi kekuatan untuk kita mencapai sesuatu kehendak dan keputusan. Data sebenarnya amat membantu dalam menguatkan hujah dan fakta yang telah ada. Sekiranya ada pertelagahan sekalipun biasanya yang menang adalah mereka yang memiliki kekuatan data dan maklumat. Benarlah orang kata, Knowledge is Power dan lebih tepat lagi Knowledge is Power Only If It is Shared.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda