Berwaspadalah kita kepada ransomware. Bukan nak menakutkan tapi kita ambil langkah pencegahan dan beringat sebelum kena. Ada sahabat saya yang dah kena. Memang menangis dibuatnya.
Sila ambil langkah berjaga-jaga yang berikut:
- Memastikan fail kepilan (attachment) dan pautan (link) yang diterima melalui emel yang diragui tidak dibuka/diklik.
- Pastikan perisian antivirus pada setiap komputer/device ICT sentiasa dikemaskini.
- Pastikan setiap akaun pengguna sistem menggunakan katalaluan yang kukuh.
- Pastikan setiap dokumen/fail penting dibuat salinan pendua (backup di external hard-disk, USB drive dan lain-lain).
- Tidak mengikut arahan untuk membuat pembayaran wang tebusan sekiranya komputer anda dijangkiti. Sebabnya data atau komputer anda sebenarnya dah ditebuk tupai :)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda