Ramadan ni adalah umpama tetamu istimewa yang hadir ke rumah kita. Sebagai tetamu yang sangat special kita akan memberikan layanan dan persembahan yang terbaik untuknya. Kita akan mahukan kesempurnaan dalam sepanjang bersamanya.
Selain bulan kita menjalani puasa dan solat malam, ia juga perlu diperbanyakkan dengan amalan membaca Quran. Salah satu sebabnya Quran itu adalah manual panduan dan kompas arah kehidupan kita menuju ke akhirat yang cemerlang iaitu ke Syurga.
Ambil peluang ni untuk kita berubah jadi baik dan lebih baik daripada sebelumnya. Dekatkan diri dengan orang alim, gemari majlis ilmu, mengimarahkan masjid, melazimkan baca Quran, berakhlak dengan alam, bersedekah, menyantuni Ibubapa, rajin berdoa bermunajat dan lain-lain.
Dalam kesempatan Ramadan ni juga, kita boleh buat Qada' mana-mana solat fardhu yang pernah kita lalai dan tinggalkan dulu. Ambil peluang kadar pahala yang berganda untuk solat wajib. Wallahua'lam.
Semoga kita terus diberikan ruang kesempatan dan kekuatan untuk melipatgandakan semua bentuk amal ibadah di dalam bulan yang sungguh mulia ni. Amin.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda