Bagaimana kita merangsang potensi diri? Sekadar yang sempat saya ingat daripada slot motivasi pagi semalam di Radio IKIM jam 7.30 pagi. Untuk merangsang potensi diri kita perlukan kepada 3 perkara iaitu :
1. Dahagakan ilmu. Kecintaan dan minat terhadap ilmu yang bermanfaat harus ada dalam diri kita. Jangan lepaskan peluang dalam setiap perjalanan kehidupan kita untuk memahami sesuatu pengetahuan baru. Ia boleh dipelajari secara formal dan tidak formal. Sumber ilmu kini datang dari pelbagai sumber. Gunakan unsur kreativiti, sifat cekal dan kerajinan untuk mencarinya.
2. Merendah diri dalam menimba ilmu. Ibarat seperti lembah yang rendah. Hanya lembah yang rendah sahaja yang boleh menakung air. Tidak perlu kita berasa malu untuk belajar sesuatu daripada seorang lain. Tidak jatuhpun maruah dan harga diri ataupun "kemachoan" jika kita bertanya apa yang kita tidak faham.
3. Melakukan kerja lebih daripada jangkaan. Jika orang lain menjangkakan kita boleh memberi 5, tetapi realiti sebenarnya kita mampu memberikan 6 atau lebih mengapa tidak kita beri yang lebih tu. Sebagai contoh, bonus bukan sesuatu yang diharap tetapi apabila diberikan secara tidak disangka-sangka ia sememangnya "Bonus" kepada semua.
Janganlah kita terlalu takjub dengan benda-benda ciptaan manusia.. Takjublah kita pada potensi diri kita sendiri.. Sesungguhnya kita adalah sebaik-baik kejadian. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda