Di dalam dunia ini kita dapat lihat ada ramai pakar motivasi. Ramai juga yang bijak memberikan motivasi yang berkesan. Hasilnya, mungkin ada ramai diantara kita yang hidup dengan penuh motivasi. Bertuah mereka. Dengan kepelbagaian kehidupan yang ada tentunya ada yang lain yang sederhana tahap motivasi dirinya, sentiasa turun dan naik dalam bermotivasi, kurang bermotivasi dan ada juga yang tidak bermotivasi langsung. Kita boleh tahu di tahap mana kita bermotivasi. Saya baru-baru ini tertarik dengan huraian seorang pakar motivasi di sebuah stesen radio. Pendekkan cerita motivasi berasal daripada perkataan motif. Bila ada motif dan tujuan yang jelas barulah kita akan lebih bermotivasi. Untuk menggalakan kejayaan mencapai motif itu antara lain adalah dengan mewujudkan 1 dimensi motif yang lebih luas. Maksudnya motif berkenaan bukan hanya untuk faedah diri kita sahaja tetapi juga faedah kepada keluarga, orang sekeliling, organisasi, negara dan ummah itu sendiri. Selesai satu perenggan ;)
Seterusnya.. melihat tajuk post ini iaitu "Isu Besar dan Isu Kecil". Hubungan perenggan di atas dengan tajuk ini adalah kita boleh uji sejauhmana kita sudah cukup bermotivasi untuk satu satu motif itu. Kita tidak akan merasa sukar untuk mengharungi segala cabaran yang ada sekiranya tahap motivasi kita sudah cukup tinggi dan mantap. Perbandingannya adalah seperti kita dan bumi. Kita bergerak di atas bumi. Bumi sebenarnya juga bergerak, tetapi ia bergerak 29.783 km sesaat. Bererti dalam sejam bumi bergerak sejauh 107218.8km. Begitu laju bukan? Tetapi mengapa kita tidak merasainya. Ini adalah kerana kita terlalu kecil untuk merasai pergerakan bumi yang amat besar itu. Di sini pergerakan kita boleh diibaratkan sebagai isu kecil dan pergerakan bumi diibaratkan isu besar. Maksudnya apabila kita telah jelas dengan perjalanan untuk menangani isu besar ataupun motif besar yang hendak dicapai, kita akan dengan mudah boleh mengatasi dan tidak merasai isu-isu kecil yang timbul. Isu-isu kecil itu dapat kita atasi sekiranya kita amat jelas apa isu besar yang perlu kita fahami dan atasi.
Akhir kata, usah membuang masa yang lama pada isu kecil, fokus pada isu besar. Motivasikan diri pada sesuatu yang jelas dan luaskan faedah bagi setiap matlamat yang ingin dicapai. Berpesan kepada diri juga. Terima kasih kerana meluangkan masa membaca.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda