Hari ni berlaku satu kejadian jenayah di pusat kotaraya KL - Jalan TAR. Melibatkan kerugian ribuan ringgit, penggunaan senjata api oleh perompak dan mengakibatkan cedera @ kematian kalau tidak salah pendengaran saya di berita. Secara logiknya jika aduan dapat diterima pantas oleh pihak Polis samada melalui talian/sms RakanCop ataupun talian am kecemasan 999 "DAN" taburan CCTV yang meluas dan cekap tentunya perompak tersebut akan melalui jalan sukar untuk keluar dan lari daripada pusat bandaraya KL. Bayangkan jika ada satu bahagian di PDRM yang bertugas 24jam berupaya melihat secara jelas 50% liputan jalan atau laluan utama disamping rondaan yang sedia ada. Tentunya penjenayah akan menjadi semakin sukar untuk menjalankan aktiviti mereka di KL.
Kadar jenayah dikatakan menurun, tetapi sekali sekala ia berlaku, ia akan meninggalkan kesan mendalam kepada yang terlibat atau tersangkut dengan insiden malang berkenaan.
CCTV kita lihat dewasa ini banyak juga digunakan oleh premis persedirian, bangunan perniagaan dan untuk tujuan lalu lintas. Untuk aspek pengurusan pemantauan dan penjagaan aktiviti jenayah yang LIVE, rasanya mungkin cantik juga sekiranya pihak berwajib melabur sekian peruntukan yang munasabah untuk mewujudkan satu sistem pengawasan persekitaran kawasan di sekitar bandaraya KL. DBKL atau pihak Polis sendiri mungkin boleh berkerjasama dalam hal ini.
Memang terdapat banyak CCTV di serata kawasan KL pada masa ini, tetapi rasanya belum cukup cekap dan bersepadu antara semua CCTV yang ada untuk membantu pihak berkuasa mengawasi aktiviti jenayah yang berlaku secara spontan daripada pusat kawalan. Mungkin ada kenyataan dalam tulisan ini yang kurang tepat dan saya mohon maaf. Apapun saya sekadar memberikan pendapat sahaja..
Di Melaka dengar-dengarnya nak pasang banyak CCTV. Macam-macam idea orang Melaka tu.. lepas satu satu keluar idea daripada kotak fikiran mereka.. Bukan nak puji sangat kepada orang Melaka, tetapi nampak pemerintah di sana kerja keras dan bersungguh dalam bekerja untuk rakyatnya.. Syabas!
Nota : Jangan letak CCTV di dalam tandas sudah... ;)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda