Friday, 17 March 2023

RAMADAN - HARAPAN BAGI SANTAI HIDUP HADIR MENJELMA

 
Sejak tahun 2 ribuan yang belasan.. 2018, 2019 hingga kini, rasanya beban kerja makin bertambah dan tak pernah nak surut. Ada saja perkara yang SENTIASA perlu diurus, diselenggara dan dibangunkan di pejabat tu. Lima tahun kebelakangan ni rasanya ibarat nak muntah dengan segala tugasan dan kerja yang perlu dipikul. Bukanlah nak merungut tapi menulis di sini lebih kepada terapi mungkin untuk mengurangkan sikit tekanan di bahu dan kepala.

Menulis di diari nampaknya tak beberapa efektif dan sukar untuk dirujuk bagi dibaca semula. Jadi saat ni saya ingin jadikan ruang blog saya yang telah lama sepi ni untuk saya mencurahkan isi hati bagi tatapan semula diri dan simpanan memori.


Kurang seminggu lagi Ramadan 1444H bakal menjelma. Saat ini kami adik beradik dan mak sedang juga diuji oleh Yang Maha Kuasa dimana adik di bawah saya senang dirawat disebabkan ada jangkitan di salur pernafasannya. Telah beberapa hari di hospital besar dan direhatkan untuk bengkaknya sembuh bagi dibuat susulan pemeriksanaan dan rawatan lanjut. Mudah-mudahan ujian ini memberikan hikmah yang besar buat kami disamping menjadi penghapus dosa. Apapun sebagai hamba, kami perlu bertawakkal dan berharap belas kasih daripadaNya. Sekiranya ada sahabat yang membaca, harapnya adpat mendoakan sekali akan kesembuhan segera adik saya, Abd Rahman Bin Mohd Tajudin.

Ramadan yang dekat ini, diharap menjadi "pereda" yang meredakan situasi hidup kita semua. Denyut gelombang dan riak rentak dunia yang semakin pantas ni seolah-olah tidak terkejar oleh kita. Moga ibadah puasa yang akan dilalui tak lama lagi ni memberikan peluang untuk SANTAI HIDUP, HADIR MENJELMA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 23 October 2022

Wibawa Pemimpin Yang Mengubah Suasana

Untuk Malaysia selepas PRU15 nanti, saya fikir rakyat mahukan semua ciri YB dan pemimpin yang seperti dalam senarai di bawah. Kalau dapat 100% semua ciri ni Alhamdulillah. Kalau tak dapat semua, ada 70% ciri ni pun OK lagi. Rasanya kita masih tidak ketandusan pemimpin sebegini. Mereka memang ada dan sangat terserah kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih, atas penilaian yang betul-betul bernas dengan minda yang keluar dari kepompong.

Santun.
Akhlak terpuji.
Karakter magnet.
Hujahnya bernas.
Visi pandangannya jauh.
Prinsipnya teguh dan jelas.
Ideanya sentiasa bercambah.
Pendekatannya nampak segar.
Motivasi dan energinya tinggi.
Misi penambahbaikan berterusan. 
Standard nilai dan kualiti diri tinggi.
Pasukannya berpadu dengan kompas sama.

Niat membina bangsa berdaya maju.
Niat membina bangsa yang peka.
Niat membina bangsa membaca.
Niat membina bangsa berfikir.
Niat membina bangsa berpadu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 24 September 2022

Impian Baharu Nak Jadi Penulis Swaterbit




Sabtu yang hening ni, saya menyerah diri kepada kumpulan pakar penulis untuk berkuliah sehari mengisi ruang minda mengenai ilmu asas menjadi pengkarya swaterbit. Keinginan sememangnya perlu didorong dengan kekuatan ilmu. Banyak yang dikongsikan dan "CEREKA App" tu sangat menarik. Kita boleh membina tapak dahulu dengan berCERTOT! 😉

#ContestHips
#HimpunanPenulisSwaterbit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 20 August 2022

Kemakmuran Malaysia di Tangan Kita

 


Dikatakan sekitar 20% saja pengundi di Malaysia ni yang kuat pegangan kepartiannya. Mereka ahli aktif parti politik dan mengikut rapat perkembangan parti mereka. Mereka sememangnya kekal setia memangkah semasa pilihanraya pada parti yang telah mereka anggotai dan percaya. Bertahun-tahun pegangan, pendirian dan prinsip parti yang mereka percaya pasti menjadikan ia sesuatu yang bukan mudah untuk diubah. Tidak kiralah apa pun isu, berita dan ombak badai yang melanda, setia tetap setia.

Kita beralih pula ke kelompok terbesar iaitu yang selebihnya 80%. Mereka tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan tak mudah juga untuk kita mengenali mereka memihak kepada blok yang mana. Keputusan akhir mereka memangkah mungkin boleh berubah dan sangat bergantung juga kepada segala input yang mereka peroleh. Situasi semasa dan segala newsfeed yang lalu di media sosial pastinya boleh mempengaruhi pemikiran dan pertimbangan golongan yang 80% ini.

Ayuh sekalian 80% teman-teman dan rakyat Malaysia yang ada. Bersedia dan keluarlah beramai-ramai untuk membuang undi bila sampai ketikanya nanti. Undi kita adalah amat bernilai untuk menentukan kualiti pemimpin masyarakat dan pimpinan kerajaan nanti. Saya tahu ramai yang bosan dengan "game" politik yang ada kini. Orang politik hidupnya memang hal politik. Itu darah daging mereka. Bagi yang selainnya dan marhain, tempoh yang masih ada ini adalah masa yang masih ada untuk melihat, mendengar dan menilai apa yang baik untuk masa hadapan.. Ayuh!

Kemakmuran negara ada di tangan kita. Jadikan anda rakyat berminda kelas satu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 14 August 2022

Kita Memang Pengotor

 

Petang ni melintas posting page Sinar Harian keadaan lokasi bila selesai satu acara di Kompleks Gong Badak baru-baru ni. Saya bukanlah nak "giveup" dalam hal ni, tapi rasa penuh yakin mentaliti dan sikap sesetengah penduduk Malaysia (tak kiralah sama ada B40, M40, T20 ataupun warga asing) dalam hal sampah merata ni akan berterusan sampai bila-bila selagi:

1.  Dalam jiwa kita tiada rasa sayang pada bumi Malaysia kita huni dan pijak ni;

2.  Tiada champion baik tokoh atau pemimpin yang meletakkan kesedaran sivik dalam minda sekalian penduduk;

3.  Tiada undang-undang dan penguatkuasaan yang macam di Singapura sana;

4.  Kita dah lali dengan hidup bersama pemandangan bersampah;

5.  Kita tak bersama berimpian untuk Malaysia bersih setanding Jepun;

6.  Hati kita yang pun mungkin tak beberapa nak bersih..


Golongan pendosa sampah ni sah masih sangat ramai..

📸 : Foto Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 24 July 2022

Pengalaman Pertama Kursus Pengurusan Jenazah

Inilah satu-satunya kursus yang paling saya cuba mengelak sebelum ni. Entah kenapa saya pun tak tahu. Apapun baru-baru ni kebetulan masa balik kampung mentua, hujung minggu tu memang ada program pengurusan jenazah dianjur masjid di kampung. Saya buka hati untuk join sekali. Join sekali dengan anak lelaki. Moga dia bersedia untuk menguruskan mayat ahli keluarga dan ayahnya apabila sampai masanya nanti, amin. Dalam hati berdoa juga agar tak kena berlakon ambil peranan "mayat" yang akan dikafankan nanti 😊

Sedikit pengetahuan yang sempat saya kutip untuk pedoman kita menghadapi situasi kematian ahli keluarga terdekat:

1.  Apabila ada saudara atau kenalan kita yang sedang tenat, bacakan dengannya Surah Ar Ra'd (Juzuk 13);

2.  Apabila ziarah oarang yang telah meninggal dunia, bacakan dengannya Surah Yaasin;

3.  Antara tanda sesorang yang sedang tenat hampir masanya hendak meninggal dunia ialah apabila dia berbaring, keseluruhan tubuhnya telah jatuh rapat ke bumi. Tiada ruang pun untuk kita masukkan jari telunjuk di bawah tubuhnya;

4.  Buat waris-waris perbanyakkan zikir "Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair";

5.  Bahagian tubuh yang akan mati dahulu bermula daripada kaki membawa ke kepala;

6.  Di rumah kita eloknya ada satu katil bujang yang tingginya aras lutut. Katil itulah boleh dijadikan pembaringan untuk mayat/jenazah. Kita perlu terus hormat pada mayat tu, elakkan meletak rendah tubuh mayat/jenazah di atas lantai. Baringkan juga orang yang sedang sakit kuat/tenat ke arah kiblat;

7.  Apabila seseorang itu meninggal dunia, tutupkan kelopak matanya. Boleh letakkan duit syiling 20 sen pada kedua-dua kelopak matanya;

8.  Menanggalkan pakaian asal dan memakaikan pakaian yang lain;

9.  Ikat empat bahagian tubuh ni agar keadaan mayat kelihatan kemas:
  • Ikat dagunya ke kepala agar mulut tidak terbuka;
  • Ikat kedua-dua tangannya agar berkeadaan seperti tengah solat tangan di atas perut;
  • Ikat dibetis agar rapat kaki;
  • Ikat kedua-dua ibu jari kaki.

10.  Untuk menutup mayat boleh letakkan kain batik mentutup badannya, serban atau kain nipis di kepala dan letakkan sesuatu yang berat di perutnya (Contoh: gunting besi);

11.  Semasa kita menziarah mayat dan ingin bersentuhan dengan mayat, pegang dahulu bahagian hujung kakinya, urut perlahan-lahan dan beransur-ansur hingga ke bahagian kepala;

12.  Semasa memandikan mayat, jika da bahagian tubuh yang sedikit keras yang sukar dilembutkan pergerakan, boleh usahakan petua ni:

Ambil air beras (segenggam beras - gaul - ambil air bilasan pertama) sapukan pada tempat anggota tubuh mayat yang keras. Insya Allah anggota tu akan lembut dengan izinNya. 





Dan sebenarnya kursus ni lebih kepada latihan amali dan praktikal sebab banyak melibatkan perbuatan dan gerak tindak kita menguruskan mayat atau jenazah tu. Praktikal ini tidak dapat saya gambarkan dalam posting ni, tapi saya percaya kita boleh mendapat maklumat tersebut daripada rujukan-rujukan lain yang ada seperti nota risalah, buku panduan, video kursus, ceramah para Ustaz dan Ustazah, Youtube dan sebagainya. Persediaan peralatan juga paling utama diperingkat awalnya seperti kapas, putik kapas, sabun, air daun bidara, air mawar, kapur barus, serbuk cendana, minyak attar, sarung tangan, apron, gunting, kain putih, tali sebanyak 5 utas dan beberapa lagi perkara tambahan mengikut tempat mayat diuruskan.

Nota Pengetahuan Tambahan:

  • Sebelum dimandikan kita panggil "mayat".
  • Setelah dimandikan kita panggil "jenazah".
  • Wanita uzur jangan hampiri mayat (kerana ramai malaikat yang sedang berada di sisi mayat).
  • Paling afdal mandikan mayat di rumah.

Buat teman-teman tak kiralah siapa pun kita, belajarlah perkara ni ia fardhu kifayah yang sangat perlu untuk kita ambil tahu. Moga teman-teman yang membaca boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada awrah ayah saya yang telah pergi menemui Allah SWT pada 15 Jun 2021. Moga rohnya ditempat bersama para solihin dan aman sentiasa di alam sana. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 16 July 2022

PRU15 - Elok Dah Berikan Golongan Muda Pula Memacu Malaysia




Cabaran dan kehendak dunia masa kini..

Siapa yang lebih faham?
Siapa yang lebih nampak?
Siapa yang lebih mendengar?
Siapa yang lebih tersentuh cabaran semasa?
Siapa yang lebih idea mahu nak menambahbaik?

Jawapan kepada lima soalan di atas adakah "YA" kepada ahli politik yang senior (lama) atau ahli politik orang muda? Bagi saya (orang usia pertengah) pasti orang muda belia jauh lebih sesuai.


Sebelum ni dan sekarang pun tak ramai rakyat yang sibuk nak mengambil berat dengan cerita politik dalam negara. Istilah "kelesuan politik" tu sememang dah lama melesukan rakyat. Sebagai orang awam dan pekerja yang menjalanani hidup yang ada, kita berterusan laksanakan apa jua peranan dan tanggungjawab demi meneruskan kesinambungan hidup. Untuk kita berjiwa lebih besar dan berharapan besar mahu melihat Malaysia maju seperti yang sepatutnya telah dilambatkan momentumnya bila asyik dihambat dan diheret dek kemelut situasi politik negara yang semakin banyak tanda-tanda tanyanya. 

Bila dunia terpukul dengan Covid19, barulah benar-benar kita tersentak dan terasa betul apa cabaran besar dunia yang sedang mendatang. Sebagai orang biasa kita didatangi pelbagai cabaran dari segenap arah. Selain kestabilan politik, kita berterusan perlu bergelut dalam mengimpikan kemakmuran ekonomi, kemajuan taraf hidup, jaminan keselamatan, kualiti kesihatan dan harapan kemakmuran generasi seterusnya dan sebagainya lagi. Ditambah dengan situasi kisah-kisah pengamal politik yang serba tak tentu dan mengeliru, kita sebagai orang marhain ni pun dah tak faham sangat dah apa game orang-orang politik ni. 

Straight to the pointlah.. Bagi saya dah sampai masanya kita patut beri peluang untuk Malaysia ni dipimpin oleh muka-muka baharu yakni kumpulan generasi muda yang lebih faham keperluan Malaysia. Kita belum ketandusan bakat-bakat muda dan mereka dah ada pun di depan kita. Ayuh Malaysia, kita berikan kepercayaan kepada mereka. Minda dan fikiran mereka yang muda ni pastinya lebih jernih!

PRU ni kita nak lihat sangat tak kiralah mana-mana parti pun biarlah calon tu muda dan belia orangnya. Kalau kita ada komputer selepas 5 tahun kita akan ada apa yang dipanggil "IT Refresh". Begitu jugalah pimpinan negara. Itulah harapan Malaysia!



 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 29 June 2022

Calon Yang Patut Kita Pangkah Masa Pilihanraya

 




Antara ciri calon pilihanraya yang patut kita pangkah:

* Dia pernahlah datang sekali dua jenguk tempat kita tinggal (lawat kawasan);
* Fokus dia dan team untuk beri khidmat kepada rakyat;
* Nampak jelas dia membela nasib golongan marhaen;
* Tak henti berjuang demi masa depan masyarakat yang lebih makmur;
* Sentiasa mencari solusi dan idea-idea baharu untuk kecekapan perkhidmatan;
* Punyai visi 20~50 tahun ke depan.
* Rajin, muda dan cerdas!

Tapi sebelum tu, pastikan kita pengundi berdaftar kat tempat tu 🤭
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 18 April 2022

Usaha Kecil Pun Boleh Sumbang Kurangkan Pemanasan Global


 
Kita orang-orang biasa yang hidup zaman ni biasanya ada akaun emel. Emel rasmi dimana kita bekerja, emel yang didaftar masa belajar ataupun emel peribadi yang biasanya kita wujudkan lebih awal lagi. Sekarang ni emel boleh dikatakan sama pentingnya dengan alamat rumah. Setiap transaksi dalam hidup ni biasanya alamat emel turut diperlukan untuk melengkapkan butiran diri selain nama penuh, nombor telefon dan lain-lain.

Sebagai pengguna emel yang dah bertahun-tahun menggunakan satu-satu akaun emel tu pasti dalam inbox kita sentiasa terima emel-emel daripada pelbagai pihak. Dengan kesibukan hal kehidupan kita sehari-hari, selalunya kita tak sempat untuk buat housekeeping emel-emel yang ada dalam inbox. Ia boleh jadi emel-emel lama, emel-emel spam atau emel-emel yang kita abaikan dari membacanya selepas sekian lama.

Tahu tak dengan keberadaan emel-emel yang berada sekian lama ini memerlukan ruang (storage) di server. Tidak kita apa jenis emel pun, semua emel tersebut disimpan dalam ruang simpanan data (cloud storage) yang menggunakan sumber kuasa elektrik untuk memastikan data emel tersebut kekal dan sedia dicapai di situ. Penggunaan storage tu sebenarnya menyumbang kepada penggunaan kuasa elektrik yang mengakibatkan kepada pemanasan global yang sedang dunia alami masa ni. Bayangkan kita sebagai individu saja mungkin ada beratus emel terbiar begitu saja. Kalau ada seribu pengguna emel? sejuta? berbilian pengguna? Tidakkah betapa luar biasa jumlah emel-emel tu yang duduk diam di server. 

Jom, kita gerakkan usaha kecil kita, sentiasa buat housekeeping dalam inbox emel kita masing-masing. Bagi turun dan stabil sikit suhu dunia ni. Mungkin akan ada yang fikir payahlah nak delete dan cari emel-emel lama tu. Saya share tiga tips untuk nak memudahkan dan mengurangkan inbox kita dengan emel-emel lama dan emel-emel yang tak perlu:

1.  Gunakan fungsi search dalam inbox emel, pilih address pengirim dalam emel yang memang kita nak delete terus, tekan search dan delete all. Sekali gus delete semua senang.

2.  Unsubscribe emel-emel yang memang kita dah tak perlu pun. Dulu mungkin kita rasa nak terima emel-emel tu, tapi bila dah berlalunya masa, kita mungkin dah tak perlu nak terima semua maklumat yang ada. Sebab priority kita mungkin dah lain ketika ni.

3.  Jadikan satu habit untuk kita buat housekeeping.. setiap kali buka emel, cari dan pilih lima emel lama dan buang.


Moga ada manfaat. 

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 19 March 2022

Memulaukan Diri

 



Malaysia sebenarnya ada banyak produk pelancongan yang unik dan menarik untuk pelancong, baik pelancong domestik mahupun luar. Tapi sayangnya satu kelemahan utama yang sepatutnya semua pihak berkepentingan, pengusaha pelancongan dan kerajaan perbaiki ialah aspek menjaga kebersihan persekitaran.
Mana saja lokasi tumpuan pelancongan kita, ia takkan sunyi dan terlepas daripada sampah yang dibuang merata. Paling popular dan senang kita nampak ialah buangan sampah kotak rokok, botol air mineral dan plastik bekas letak barang.
Saya tak nampak lagi sebarang usaha, perancangan dan impian ke arah menjadikan negara ni bersih dan indah dalam kelasnya tersendiri. Sayang sekali generasi mendatang harus membiasakan diri dengan sampah sarap dalam hidup mereka juga.
Persekitaran melambang kita ni siapa kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 9 January 2022

Selamat Tahun Baharu 2022 - Teruskan Repair Diri

 



Antara aspek berkait dengan diri yang harus kita repair untuk tahun 2022 yang baru menjelma ni pastikan terhadap aspek kewangan diri. Saya share sedikit info yang masuk dalam group wassup. Ini dia nisbah kewangan yang baik untuk sama-sama kita boleh beramal:

40% - Keperluan rumah diri sendiri dan keluarga; 

30% - Hutang piutang, rumah, kereta dan pinjaman peribadi; 

10% - Simpanan jangka pendek maksima 12 bulan income juga sebagai kecemasan dan perbelanjaan luar jangka;

10% - Perlindungan pendapatan dan medical takaful atau insurans;

10% - Simpanan jangka panjang 5 tahun ke atas / pelaburan / investment bulanan;

Pendek kata 70% wang keluar 30% wang masuk (70 : 30). 

✅ Akhirnya jangan lupa 2.5% pendapatan kita mesti dizakat
✅ Seumur hidup, ikut sunnah Nabi Haji sekali dan Umrah 4 kali 
✅ Setiap masa berjuang Islam dengan Dakwah, Siasah dan Tarbiyyah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 14 November 2021

Leader Pun Kena Faham Ni..

 



Sebagai leader anda pun kena tahu tiga prinsip ni:

1.   We can't change people;

2.   Orang lain tak sama macam kita;

3.   Bukan semestinya kita yang paling pandai. Pasti ada dalam kalangan orang lain atau mungkin dalam team kita tu sendiri, mereka lebih pandai.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 7 July 2021

ORENTASI DUIT vs ORENTASI MANUSIA

 

Saya share sikit fakta ringkas ATOMY versus perniagaan lain.

Bisnes dan perniagaan lain kebanyakkannya, menjual produk dan bila pelanggan dah beli, pelanggan balik dan berlalu pergi. Next time ulang beli dan itu sajalah. Bisnes begitu berorentasikan "duit".

Manakala Atomy pula, bisnes yang berorentasikan "kemanusiaan". Bila ahli (pengguna) membeli, Atomy nak pengguna stay duduk bersama Atomy dan bina sukses bersamanya. Ada rasa pemilikan bersama dalam platform Atomy ni sendiri. Atomy mahu semua orang sukses. Sangat luar biasakan model bisnes begini?

Atomy sangat CARE dengan kita. Duit untung jatuh nombor 2.

#AbsoluteQuality
#AbsolutePrice


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 14 May 2021

RAHSIA KELUARGA SELAMAT DI AKHIR ZAMAN









Sekiranya berlaku yang tidak dijangka, adakah kita bersedia?

Bagus buku ni untuk bacaan kita bersama.

Tajuknya : RAHSIA KELUARGA SELAMAT DI AKHIR ZAMAN

Dapatkannya di link bawah:


#StaySafe
#BePrepared
#PenulisHebatOrangnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 9 January 2021

ISTERI LEBIH BERKEPERLUAN DALAM ATOMY



Malam semalam masa tengah khusyuk dengar kelas teknikal Atomy bersama DTA & tuan King, tiba-tiba ada sahabat telefon. Dia bertanyakan tentang Atomy. Dia sudah pun saya masukkan sebagai ahli tapi belum benar-benar faham lagi konsep dan cara operasi bisnes ni. Jadi saya jelaskan satu per satu. Dalam masa sama beliau pun mengemukakan hujahnya untuk mengatakan Atomy ni sama saja dengan bisnes MLM atau networking yang lain.

Pesan DTA & tuan King, kalau ada orang ajak berhujah sampai sejam, kita abaikan mereka. Saya buat pertimbangan sendiri, nak tengok apa sebenarnya yang dia faham dan apa yang dia belum faham. Pom.. pam.. pom.. pam.. pom pam.. hampir setengah jam dah berlalu.

Sahabat ni memang suka berborak orangnya. Kalau sekali dia call tu memang macam-macam celotehnya dan paling saya kagum setiap kali berbual pasti ada idea besar yang dia nak buat. Kali ni dia nak buat macam apa yang Atomy buat. Wow! Itu luar biasa!


Saya katakan, alangkah baiknya benda luar biasa yang dah ada depan mata ni kita pegang dulu. Kenapa kita nak susahkan diri pecah kepala, langggar dinding yang ada kat keliling untuk jadi
hebat 
dan kaya. Manfaatkan saja sistem yang dah ada dan terbukti berhasil.

Pom.. pam.. pom.. pam.. pom.. pam.. lagi.. Saya share pada beliau, sistem networking Atomy ni berbeza dengan sistem bisnes yang lain dengan kita membina kejayaan dengan berjemaah dan adil. Produk yang ada pun adalah keperluan di rumah dan diri yang memang kita pakai pun sampai bila-bila. Daripada mengkayakan taukeh baik kita mengkayakan Atomy dan kita sendiri.

Nak surutkan perbualan, saya minta dia dengar sendiri kata-kata dan ceramah pengasas Atomy, Park Han Gill di YOUTUBE. Carilah dan dengar sendiri apa prinsip dan falsafah Atomy. Dia dengar juga masa tu dan saya dengar suara Park Han Gill di suara latar perbualan kami. Kami tamatkan perbualan dengan saya katakan beli dulu satu dua produk, tengok dan alami kualitinya. Kalau rasa produknya betul-betul bagus, baru boleh buka mulut bercerita dengan orang. Bercerita saja dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat.

Seminit dua lepas perbualan tu beliau whatsapp saya:-

"Kawe tanya isteri kawe dia join atomy bawah kakak kawe"
"Kawe baru tahu"
"Kerap beli barang dari atomy rupanya"

Nampak tak tuan puan, patutlah ada orang cakap bisnes Atomy ni  sebaiknya orang perempuan mendaftar join. Nama suami, kita kemaskini dalam sistem sebagai pasangan saja. Para suami biasanya perlukan hair tonic saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 5 December 2020

Bisnes Atomy Berbeza


Produk
Atomy tidak dijual secara fizikal di mana-mana pun. Ia juga tiada dalam iklan majalah. Pada billboard di tepian highway pun tiada. Juga tiada model Korea yang dilantik untuk peragakan produknya. Atomy pun tak buat sampel atau tester untuk produk. Nampak tak Atomy tak buang duit untuk marketing pun. Atomy tak mahu pengguna turut terbeban menanggung semua kos marketing di atas. Sebab tu produknya Absolute Quality Absolute Price.

Ia bisnes yang berbaloi untuk kita cebur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 22 November 2020

Selamat Berhujung Minggu.

Pedoman Asas Atomian.

Hari ni Ahad, suka saya nak kongsikan sikit pedoman tentang Atomy untuk kawan-kawan yang belum mengenali. Juga buat sahabat-sahabat yang dah join tapi mungkin belum betul-betul clear apa yang kita nak buat bila join Atomy ni. Bukan selayaknya saya nak mengajar, tapi sekadar berkongsi kefahaman yang ada dan nak sebarkan perkara baik yang boleh mengubah keadaan hidup kita kepada tahap-tahap yang lebih baik di masa depan, In Sha Allah.

Kenapa nak join Atomy?

Kita join sebab nak dapatkan ID untuk shopping barang-barang pengguna di mall online Atomy. Di mall online tu kita boleh tengok katalog produk, belek-belek pilih mana-mana barang yang kita suka dan perlu > add to cart, tetapkan lokasi alamat penghantaran, buat payment dan track penghantaran. Di hujungnya kita terima dan gunakan produk tu. Nampak normalkan? Ya normal je dan bezanya untuk dapatkan ID tu kita perlu dapatkan seorang kenalan lain yang dah ada ID di mall Atomy. Jelas ya.. Ia tak beza sangat pun dengan mall online yang lain. Kita shopping je apa yang kita perlu. Pendaftaran untuk dapatkan ID ni PERCUMA!

Kenapa shopping kat sini?

Boleh jadi macam-macam sebab nanti kita shopping kat sini. Sebab ia harga patut, kualiti terunggul, dipersijilkan halal, ada penerangan terperinci barang dan banyak sebab lagi. Buat sahabat yang dah ada ID, kalau boleh tetapkan sebab kita shopping kat sini untuk tiga perkara ni dulu:-

1.  Barang tu memang kita pakai guna.

2.  Kumpul point atas setiap barang dibeli. Setiap barang ada point tersendiri dan point ni terkumpul seumur hidup. 

3.  Nak sesuaikan diri dengan amalan pengguna bijak era corona ni iaitu membeli secara online, bayar secara digital dan biasakan diri dengan laman webnya.

Tiga sebab ni dah cukup untuk menjadikan kita pemegang ID yang bijak. Dan untuk menjadikan kita lebih bijak lagi ialah dengan menjadikan orang-orang lain yang kita sayang bersama-sama boleh shopping sama macam kita. Mereka membeli apa yang perlu dan kumpul point juga. Pada tahap-tahap pengumpulan tertentu point peribadi dan point kumpulan di bawah, akan melayakkan kita menerima komisyen.

Kenapa sibuk nak join sekarang?

Sekarang adalah masanya dunia sedang berubah. Kita perlu letakkan diri, keluarga dan sahabat-sahabat kita dalam keadaan yang lebih baik dari sekarang. Secepat mana kita mendapat ID tu, seawal itulah kita sudah meletakkan diri dalam rangkaian ahli berdaftar dalam kerangka perniagaannya yang pesat berkembang, unik dan stabil. Barangan berasaskan keperluan harian pengguna yang Absolute Quality & Absolute Price serta pengagihan untung yang sangat adil menjadikan Atomy satu model bisnes yang luar biasa. Kita yang dah ada ID menjalankan prosesnya saja iaitu guna barangan dan kongsikan pengalaman. HARAM kita menjual pun di Atomy. Atomy tidak perlu kenal pun kita siapa, asalkan berumur lebih 18 tahun, kita semua ada potensi untuk cipta kualiti hidup kita yang baharu. Cukup sekadar ni dulu. Sesiapa yang sudah membaca post ni hingga ayat ni, harus untuk saya mengatomikan anda 😜 Saya akhirkan post ni dengan meminjam hashtag leader nombor 1 saya (DTA) kat bawah ni 😀


#kayaberjemaahitubarakah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 14 November 2020

Bisnes Atomy Sesuai Untuk Sesiapa Saja




Beberapa minggu sebelum ni banyak kali melintas di news feed Fb saya perkataan "Atomy" dari Dr Tengku Asmadi (DTA) terutamanya. Ingatkan apalah Atomy tu, bunyi dah macam bom atom. Bila baca dan dengar betul-betul, barulah faham rupanya ia satu peluang untuk kita ambil dan rebut. Saya nampak ia satu model bisnes yang terlalu bagus dan luar biasa. Boleh diceburi sesiapa saja tak kira dari kluster kayangan ataupun marhaen. Sayang sekali kalau ia tidak direbut bila mana konsepnya berpegang pada produk keperluan diri, terjamin kualiti, tak perlu modal, tidak perlu menjual, halal, patuh syariah dan tiada risiko.

Saya share terus di sini secara ringkas apa tu Atomy. Atomy ni platform shopping online berciri consumer based dan networking. Diasaskan di Korea dengan produk yang berkualiti hasil penyelidikan berasaskan sains dan teknologi oleh sainstis di sana. Konsep Atomy adalah sama seperti kita berbelanja barang di pasaraya yang boleh mengumpulkan point. Hanya beli barang keperluan dari mall online Atomy seperti ubat gigi, berus gigi, sabun, syampoo, produk penjagaan diri, span basuh pinggan, detergent, skincare, produk kesihatan, makanan dan sebagainya. Dalam usaha bisnes ni kita perlu jadi pengguna produk yang bijak dengan menukar jenama barang-barang di rumah sekarang kepada jenama Atomy yang mana sesuai dengan kita. Setiap produk ada point value tertentu yang dikumpul. Sambil-sambil tu kita luaskan rangkaian keahlian (member) Atomy dalam rangkaian kumpulan, ahli-ahli terus berbelanja barang yang mereka suka dan kita sebagai ahli yang aktif bersama-sama peroleh pendapatan tambahan dari keuntungan jualan Atomy. 

Kalau nak tengok mall Atomy tu, saya share urlnya: https://www.atomy.com:449/my/Home/Product/MallMain

Kalau nak join di bawah kumpulan saya 🤭 usah segan contact. Saya pun di bawah rangkaian besar DTA. Perlu diingatkan bahawa pendaftaran keahlian Atomy bukan terbuka bebas, tapi setiap keahlian baharu perlu ada rujukan kepada ahli sedia ada ataupun dipanggil sponsor. Cara bisnes ni, kita berjaya dengan cara berjemaah. In sha Allah berhasil. Terima kasih DTA atas segala perkongsian, panduan dan inspirasi yang diberikan. Moga saya dan  kawan seperjuangan sama-sama berjaya mengiringi beliau di puncak jaya satu hari nanti. Amin. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 7 November 2020

Pemakanan Sihat Untuk Sakit Buah Pinggang (Tahap 3 & 4)

Kegagalan fungsi buah pinggang sememangnya menakutkan. Seperti yang kita ketahui ada 5 tahap kerosakan buah pinggang iaitu bermula pada tahap 1 hinggalah tahap 5. Tahap 5 memerlukan dialisis. Kesan sekiranya kita perlu menjalani dialisis buat saya melibatkan kewangan dan emosi malah cara hidup baharu juga. Kebergantungan seumur hidup kepada sesi berkala mencuci darah dan buah pinggang.

Jadi, penting sebenarnya untuk kita berjaga-jaga sekiranya kita dah berada di peringkat awal kegagalan buah pinggang. Satu yang boleh dikalukan adalah dengan mengubah diet pemakanan yang mesra buah pinggang. Lebih tepat lagi ia melibatkan pengurusan nutrisi yang melibatkan protein, kalori, natrium (garam), fosfat, kaliam dan cecair.




Saya ringkaskan saya terangkan sebegini:

1.  Protein
Ambil sekurang-kurangnya 50% makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Ia membekalkan asid amino yang diperlukan oleh badan. Antaranya telur, dada ayam, produk tenusu, ikan, daging mreah dan keju. Cuba kurangkannya dan gantikan dengan sumber tumbuhan yang rendah kualiti protein seperti kacang soya, tauhu, sayuran dan bijirin.

2 . Kalori
Kurangkan makanan yang berkalori tinggi.

3.  Natrium
Apabila banyak garam dalam badan, ia akan meningkatkan pengumpulan air dan meningkatkan tekanan darah. Sama sekali elakkan makanan yang tinggi kandungan garam seperti sos, makanan yang diproses(makanan dalam tin, sosej, nugget dan daging burger), makanan yang dimasinkan (ikan masin, telur masin, udang kering, belacan dan acar) dan makanan segera. 

4.  Fosfat
Kurangkan memakan prosuk tenusu (susu, keju, dadih, puding dan ais krim), kekacang dan minuman cola/coklat panas.

5.  Kalium
Pilih sumber buahan dan sayuran yang rendah kalium seperti epal, buah tin, strawberi, rambutan, nenas, kubis, brokoli dan peria. Kurangkan jenis yang tinggi kalium. Antaranya oren, tembikai, anggur, pisang, kiwi, ubi, tomato, keledek dan bayam yang dimasak.

6   Cecair
Kawal pengambilan cecair, juga sup dan ais krim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 8 August 2020

Macamana Nak Orang Terima Pandangan Kita

Ini dua tips kalau dalam mesyuarat macamana agar pandangan kita boleh diterima, khususnya oleh boss atau orang yang lebih tinggi jawatannya daripada kita.  Ini skripnya :-

1. "Saya setuju dengan apa yang tuan cakap tadi, izinkan saya untuk tambah sedikit iaitu 

bla.. bla.. bla.."

2. Cara kedua ni, power lagi iaitu kita a

ngkat ego dia dan letak ditempat yang paling tinggi ðŸ˜‡ Contohnya, "

Apa yang saya nak sampaikan ini tuan lebih tahu…. jadinya ... bla.. bla.. bla.."

                
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 7 June 2020

Lama Tak Balik Kampung





Dalam sehari jer ayah (mentua) siapkan reban ayam ni dibantu kawannya. Senang nak bela ayam kampung dengar ceritanya. Tengok gambar reban ayam ni, teringat saya balik masa zaman kecik-kecik dulu. Abah hobinya bela ayam. Ayam siam lagi dan bukan setakat belas-belas ekor, tapi satu masa tu rekod rasanya cecah lebih 100 ekor. Pernah juga satu ketika binaan reban-reban tu hampir ada keliling rumah. Tahi ayam jangan ceritalah, lebih-lebih lagi bila ayam tu jalan atas simen yang tepi-tepi rumah tu. Memang ayam ni senang menciritkan tahinya bila jejak kaki atas simen.

Alhamdulillah, rezeki nak makan ayam selalu tu ada. Tangkap je dan bawak ke pasar untuk proses. Abah pun selalu juga ada kawan-kawannya datang beli ayam. Kerja-kerja tanggap ayam pulak, saya paling lemah. Manakala kedua-dua adik saya lebih terror bab tangkap-tangkap ayam ni. Diorang lebih brutal 😆. Kelebihan saya satu jer bab ayam ni. Bila kena tangkap ayam yang duduk dalam reban sayalah yang kena. Tau sebab apa? Sebab sayalah yang paling slim. Muat-muat badan masuk dalam pintu reban. Itulah arahan yang paling saya gerun masa zaman budak-bidak tu. Bila dah remaja sikit barulah ada kekuatan emosi untuk tangkap kaki ayam 😆


Bila diimbau lagi kenangan zaman abah ada bela ayam ni, bila time cuti sekolah atau hujung minggu, abah akan amik kesempatan buat reban baharu. Time tu lah kami anak-anak ni kena gotong-royong tolong abah bertukang, gergaji kayu, pasang atap, pasang jaring dan lain-lain kerja untuk buat reban. Yang bestnya time bila nak cat reban. Mengecat saper tak suka kan? Budak-budak kalau disuruh mengecat memang takkan tolak. Berebut lagi ada. Reban pun kami cat minyak tau. Cat minyak macam rumah-rumah orang Melaka yang warna merah tu. Pada tiang-tiangnya kami cat minyak hitam. Nak bagi tahan lama kayu tu tak dimakan anai-anai atau reput.  Abah kalau buat reban memang saya kagum sampai sekarang. Bila kami berpindah rumah, kadang kala reban tu pun abah angkut sekali ke rumah baharu. Reban cantik dan kukuh tu, sayang kalau ditinggalkan begitu. Angkut sekali naik atas lori.
 
Itu lah sikit pengalaman zaman bebudak saya dulu. Budak-budak sekarang, perkataan "reban" tu mungkin mereka tau tahu ðŸ˜† 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 1 June 2020

Kelaziman Baharu - Pada Awalnya Mungkin Susah


Bukan senang untuk kita adaptasi cara hidup pasca Covid-19. Apapun kita mesti cuba dan harungkan juga. Biasakan diri dengan kelaziman baharu. Setiap gerak geri, kita perlu berjaga-jaga. Jauhkan diri daripada manusia di tempat sesak. Berseorangan lebih selamat. Berkurung lebih selamat selagi belum diisytiharkan Covid-19 hapus sepenuhnya di atas muka bumi ni. Pada peringkat awal-awal ni mungkin ia susah, tapi kalau kita latih, latih dan biasakannya, ia takkan jadi masalah. Ubah resam lama untuk kelangsungan kita yang seterusnya. Manusia, adalah mahkluk yang boleh buat perubahan kan.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...