Saturday 7 November 2020

Pemakanan Sihat Untuk Sakit Buah Pinggang (Tahap 3 & 4)

Kegagalan fungsi buah pinggang sememangnya menakutkan. Seperti yang kita ketahui ada 5 tahap kerosakan buah pinggang iaitu bermula pada tahap 1 hinggalah tahap 5. Tahap 5 memerlukan dialisis. Kesan sekiranya kita perlu menjalani dialisis buat saya melibatkan kewangan dan emosi malah cara hidup baharu juga. Kebergantungan seumur hidup kepada sesi berkala mencuci darah dan buah pinggang.

Jadi, penting sebenarnya untuk kita berjaga-jaga sekiranya kita dah berada di peringkat awal kegagalan buah pinggang. Satu yang boleh dikalukan adalah dengan mengubah diet pemakanan yang mesra buah pinggang. Lebih tepat lagi ia melibatkan pengurusan nutrisi yang melibatkan protein, kalori, natrium (garam), fosfat, kaliam dan cecair.




Saya ringkaskan saya terangkan sebegini:

1.  Protein
Ambil sekurang-kurangnya 50% makanan yang mengandungi protein berkualiti tinggi. Ia membekalkan asid amino yang diperlukan oleh badan. Antaranya telur, dada ayam, produk tenusu, ikan, daging mreah dan keju. Cuba kurangkannya dan gantikan dengan sumber tumbuhan yang rendah kualiti protein seperti kacang soya, tauhu, sayuran dan bijirin.

2 . Kalori
Kurangkan makanan yang berkalori tinggi.

3.  Natrium
Apabila banyak garam dalam badan, ia akan meningkatkan pengumpulan air dan meningkatkan tekanan darah. Sama sekali elakkan makanan yang tinggi kandungan garam seperti sos, makanan yang diproses(makanan dalam tin, sosej, nugget dan daging burger), makanan yang dimasinkan (ikan masin, telur masin, udang kering, belacan dan acar) dan makanan segera. 

4.  Fosfat
Kurangkan memakan prosuk tenusu (susu, keju, dadih, puding dan ais krim), kekacang dan minuman cola/coklat panas.

5.  Kalium
Pilih sumber buahan dan sayuran yang rendah kalium seperti epal, buah tin, strawberi, rambutan, nenas, kubis, brokoli dan peria. Kurangkan jenis yang tinggi kalium. Antaranya oren, tembikai, anggur, pisang, kiwi, ubi, tomato, keledek dan bayam yang dimasak.

6   Cecair
Kawal pengambilan cecair, juga sup dan ais krim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails