Sunday 24 July 2022

Pengalaman Pertama Kursus Pengurusan Jenazah

Inilah satu-satunya kursus yang paling saya cuba mengelak sebelum ni. Entah kenapa saya pun tak tahu. Apapun baru-baru ni kebetulan masa balik kampung mentua, hujung minggu tu memang ada program pengurusan jenazah dianjur masjid di kampung. Saya buka hati untuk join sekali. Join sekali dengan anak lelaki. Moga dia bersedia untuk menguruskan mayat ahli keluarga dan ayahnya apabila sampai masanya nanti, amin. Dalam hati berdoa juga agar tak kena berlakon ambil peranan "mayat" yang akan dikafankan nanti 😊

Sedikit pengetahuan yang sempat saya kutip untuk pedoman kita menghadapi situasi kematian ahli keluarga terdekat:

1.  Apabila ada saudara atau kenalan kita yang sedang tenat, bacakan dengannya Surah Ar Ra'd (Juzuk 13);

2.  Apabila ziarah oarang yang telah meninggal dunia, bacakan dengannya Surah Yaasin;

3.  Antara tanda sesorang yang sedang tenat hampir masanya hendak meninggal dunia ialah apabila dia berbaring, keseluruhan tubuhnya telah jatuh rapat ke bumi. Tiada ruang pun untuk kita masukkan jari telunjuk di bawah tubuhnya;

4.  Buat waris-waris perbanyakkan zikir "Rabbi Yassir Wala Tu'assir Rabbi Tammim Bil Khair";

5.  Bahagian tubuh yang akan mati dahulu bermula daripada kaki membawa ke kepala;

6.  Di rumah kita eloknya ada satu katil bujang yang tingginya aras lutut. Katil itulah boleh dijadikan pembaringan untuk mayat/jenazah. Kita perlu terus hormat pada mayat tu, elakkan meletak rendah tubuh mayat/jenazah di atas lantai. Baringkan juga orang yang sedang sakit kuat/tenat ke arah kiblat;

7.  Apabila seseorang itu meninggal dunia, tutupkan kelopak matanya. Boleh letakkan duit syiling 20 sen pada kedua-dua kelopak matanya;

8.  Menanggalkan pakaian asal dan memakaikan pakaian yang lain;

9.  Ikat empat bahagian tubuh ni agar keadaan mayat kelihatan kemas:
  • Ikat dagunya ke kepala agar mulut tidak terbuka;
  • Ikat kedua-dua tangannya agar berkeadaan seperti tengah solat tangan di atas perut;
  • Ikat dibetis agar rapat kaki;
  • Ikat kedua-dua ibu jari kaki.

10.  Untuk menutup mayat boleh letakkan kain batik mentutup badannya, serban atau kain nipis di kepala dan letakkan sesuatu yang berat di perutnya (Contoh: gunting besi);

11.  Semasa kita menziarah mayat dan ingin bersentuhan dengan mayat, pegang dahulu bahagian hujung kakinya, urut perlahan-lahan dan beransur-ansur hingga ke bahagian kepala;

12.  Semasa memandikan mayat, jika da bahagian tubuh yang sedikit keras yang sukar dilembutkan pergerakan, boleh usahakan petua ni:

Ambil air beras (segenggam beras - gaul - ambil air bilasan pertama) sapukan pada tempat anggota tubuh mayat yang keras. Insya Allah anggota tu akan lembut dengan izinNya. 





Dan sebenarnya kursus ni lebih kepada latihan amali dan praktikal sebab banyak melibatkan perbuatan dan gerak tindak kita menguruskan mayat atau jenazah tu. Praktikal ini tidak dapat saya gambarkan dalam posting ni, tapi saya percaya kita boleh mendapat maklumat tersebut daripada rujukan-rujukan lain yang ada seperti nota risalah, buku panduan, video kursus, ceramah para Ustaz dan Ustazah, Youtube dan sebagainya. Persediaan peralatan juga paling utama diperingkat awalnya seperti kapas, putik kapas, sabun, air daun bidara, air mawar, kapur barus, serbuk cendana, minyak attar, sarung tangan, apron, gunting, kain putih, tali sebanyak 5 utas dan beberapa lagi perkara tambahan mengikut tempat mayat diuruskan.

Nota Pengetahuan Tambahan:

  • Sebelum dimandikan kita panggil "mayat".
  • Setelah dimandikan kita panggil "jenazah".
  • Wanita uzur jangan hampiri mayat (kerana ramai malaikat yang sedang berada di sisi mayat).
  • Paling afdal mandikan mayat di rumah.

Buat teman-teman tak kiralah siapa pun kita, belajarlah perkara ni ia fardhu kifayah yang sangat perlu untuk kita ambil tahu. Moga teman-teman yang membaca boleh sedekahkan Al-Fatihah kepada awrah ayah saya yang telah pergi menemui Allah SWT pada 15 Jun 2021. Moga rohnya ditempat bersama para solihin dan aman sentiasa di alam sana. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails