Monday, 10 June 2013

Masa Fleksibel

Baru-baru ni dalam satu perbincangan tidak formal antara boss bersama seorang memilik firma perunding.. Antara soalan dalam sembang-sembang tu.. boss saya bertanya.. macamana dengan turnover staff? tinggi ke? Nak tahu apa jawabnya... alhamdulillah.. rendah dan amat baik sekali.. Dikatakan sejak menubuhkan firma tersebut kira-kira 11 tahun lalu, hampir kebanyakan staff dan eksekutif yang ada kini telah 8 tahun bersama. Nak tahu apa kuncinya... kuncinya adalah masa bekerja yang fleksibel. Kata orang putih "flexible-hours". Kemudahan ini memberikan satu kelebihan pada organisasi beliau untuk mempertahankan staff dan pekerja lebih lama..

Bila mendengar terma flexible hours ni, terus sedap rasa di hati... Kalaulah dapat merasa kemudahan seperti ini di jabatan saya bekerja kini, alangkah baiknya.. Satu kesan dan impak besar yang mana dapat saya hayati melalui waktu kerja yang lebih fleksibel ini adalah setiap hari dan pagi para pekerja tidak akan berasa begitu tertekan untuk berkejar ke pejabat atau ke tempat kerja. Beberapa bulan lepas pun ada keluar di akhbar bahawa pekerja yang tinggal jauh dari pejabat berkemungkin besar berdepan dengan penyakit tekanan darah tinggi, stress dan jantung.. Tepat sekali bagi saya.. Saya sendiri melaluinya saban pagi dari Shah Alam ke KL.. Sejam setengah perjalanan belum tentu cukup untuk mengharungi 40km. Apatah lagi bagi mereka yang menetap di Kelang atau Seremban ke KL. Lagi lah jauh.

Mungkin satu masa nanti lebih banyak agensi atau kesatuan sekerja boleh memperjuangkan perkara ini untuk para pekerja.. Bukan kita nak terlalu fleksibel.. memadai untuk mengurangkan sedikit stress semasa memandu.. Almaklumlah.. kenderaan semakin banyak.. dan masa semakin pantas..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 6 June 2013

Forum Perdana - Menjunjung Kasih YDP Agong

Zulkifli Bin Noordin (@zulkiflinoordin) tweeted at 2:43 AM on Thu, Jun 06, 2013: Jom ramai2 hadir Forum Perdana brtjuk "Mnjunjung Kasih YDP Agong" @ Istana Negara,Jln Duta @ 9mlm ni brsama panel Ust Kazim,Ust Don.Sebarkn (https://twitter.com/zulkiflinoordin/status/342471745724358657) Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 28 May 2013

Kita Boleh Belajar dari Sesiapa Saja

Baru-baru ni seorang kenalan, sahabat dan merangkap anak buah di pejabat bertukar ke bahagian lain.. Beliau yang saya kenal seorang yang matang, suka berterus terang dan bijak menguruskan kehidupan. Sebagai pegawai yang berada paling hampir dengan beliau, banyak perkara yang saya belajar dan ambil iktibar daripada beliau. Apabila kita sudah lama bergaul dengan seseorang, sedikit sebanyak tempias kelebihan orang tu kita bolehlah dapat sikit-sikit kan.. Mudah-mudahan beliau lebih maju jaya di tempat bertugas barunya, InsyaAllah..

Mungkin ramai daripada kita ni selalunya cuba melihat orang yang berada lebih tinggi daripada kita untuk kita contohi dan ikut... Biasanya kita melihat kepada orang yang lebih berusia daripada kita..   Betullah tu.. sebab mereka yang berada di atas dan orang lama ni, dah dulu makan garam. Mereka sudah melalui dan merasai sesuatu perkara itu sebelum kita merasainya.. Jadi mereka boleh menjadi contoh ikutan untuk kita..

Tapi barang diingat ya.. kadang kala berlaku juga yang mana kita yang berada di atas ni kena melihat dan mencontohi juga orang di bawah kita. mana tidaknya kan ;) Tengoklah mungkin ada di antara mereka yang lebih alim orangnya.. Mungkin mereka lebih berilmu dari kita.. Mungkin mereka lebih mahir daripada kita dalam hal-hal tertentu... Pendek kata, kita boleh mempelajari dan mendapatkan sesuatu manfaat daripada mereka juga..

Dari itu ingat-ingatlah kita semua, sesungguhnya kita boleh belajar apa saja daripada orang di sekeliling kita. Jangan sesekali kita memperkecilkan mereka kerana mungkin satu hari nanti kita mungkin akan terhutang budi dengan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 24 May 2013

Samseng Bahasa


Sebagai antara pembaca blog dan juga penulis entri dalam blog sendiri, saban masa dan ketika saya melihat semakin kurangnya tahap kesopanan dan ketimuran orang kita dalam berbicara di blog atau media sosial. Sempat saya menjengah ke beberapa blog yang membicarakan hal-hal isu semasa dan masyarakat.. dan kelihatan komen pembaca lain yang memberi komen mencerminkan semakin lunturnya budi bahasa dalam masyarakat kita khususnya bangsa Melayu itu sendiri. Apa jua pandangan yang ada kita perlu hormati.. tapi cubalah sampaikan respon atau reaksi kita itu secara beradab dan penuh jati diri. Walau seteruk manapun seteru kita itu atau pihak yang menjadi lawan kepada pendirian kita, cubalah sebaik mungkin untuk kita meninggalkan jejak penulisan kita dengan cara yang penuh bermoral dan berbahasa dengan baik. Janganlah menjadi samseng bahasa.. Jangan terlalu beremosi dalam berkata.. Bahasa jiwa bangsa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 22 May 2013

Jadilah Boss Yang Disenangi




Alhamdulillah, orang rumah saya baru beberapa minggu bertukar ke jabatan baru.. Bertukar sebab nak bertugas dekat sikitlah dengan rumah. Almaklumlah bila bekerja jauh dari rumah ni banyak yang ruginya.. Rugi masa, tenaga dan kos. Bila dekat sikit ni, bolehlah jimat sikit terutamanya masa yang begitu berharga.. bak kata pepatah "masa itu emas". Dah hari-hari buang 1-2 jam atas jalan kan rugi tu..

Mengikut pengalaman beliau yang dah beberapa kali bertukar jabatan, boss barunya kali ini nampak sebagai yang terbaik.. Mana tidaknya, bila sebut saja nama beliau semua akan berkata, dia bagus.. dia ok.. baik dia tu.. untung lah... Maksudnya tu.. beliau seorang yang cukup disenangi. Malaslah nak ulas panjang tapi apa yang boleh saya simpulkan, beliau tentu sekali bukan jenis yang mendesak staf bawahan atau yang terlalu nak mengejar nama. Jauh sekalilah nak bersikap kuku besikan. Bertuahlah kalau dapat boss yang menyenangkan macam ni.. Tapi awas, jangan kita ambil kesempatan pulak ;)

Beberapa hari lepas saya ke satu jabatan di Putrajaya. Berselisih dengan seorang yang "besar".. bukan orang politik ya.. Saya amat pasti dan yakin 100% beliau seorang pegawai kanan. Tapi muka dia.... penuh kelat, pekat dan ketat.. rasanya kalau macam tu lah muka dia dengan staf dan pegawai-pegawai, tentunya tak lebih separuh staf akan selesa dengan dia.. 

Apapun, post kali ni hanya nak tulis secara ringan-ringan dan santai saja. Sebagai boss pertama sekali cubalah ikhtiarkan agar kita disenangi.. Bila orang senang dengan kita, kita pun akan senang kan dan orang pun mungkin akan doakan kesejahteraan kita ;)

Syabas kepada semua bos-bos yang menyantuni staf dan orang-orang di bawah mereka. Moga orang yang di bawah dapat mencontohi boss yang di atas mereka.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 11 May 2013

Beri Yang Terbaik




Kita biasa mendengar sebagai agensi atau pihak yang bertanggungjawab untuk memajukan sesuatu kelompok masyarakat kita perlu berikan pancing dan bukannya memberi ikan. Kita tak boleh berikan ikan sepanjang waktu sebab bila dah habis ikan yang kita beri tu, mereka akan datang balik minta lagi ikan. Betullah tu. Golongan yang memerlukan sokongan ini sememangnya serba kekurangan dari segi ruang, peluang dan modal untuk merubah keadaan diri mereka. Kerajaan dengan pelbagai kementerian dan agensi telah banyak mewujudkan program dan aktiviti yang membolehkan masyarakat terutamanya Melayu dan Bumiputera bangkit untuk lebih maju, berdaya saing dan boleh berdiri sendiri akhirnya. Banyak program yang berbentuk "pemberian pancing" untuk kelompok sasar berkenaan berusaha sendiri dengan sokongan awal daripada kerajaan. Memang murni dasar kan hasrat yang diinginkan kerajaan untuk melihat "kek" kekayaan ekonomi dalam negara dapat dirasai semua lapisan masyarakat.

Saya suka untuk menulis tajuk ini kerana barisan kabinet baru kerajaan masih belum dibentuk. Rasa tak sabar juga nak melihat barisan pimpinan baru bagi setiap kementerian yang ada. Harapannya menteri dan timbalan menteri yang dipilih nanti adalah dikalangan mereka yang paling selayaknya duduk di situ. Kalau dia paling mahir dalam ilmu ekonomi dia ke Kementerian Kewangan. Kalau dia paling mahir dalam bidang sukan dan belia mungkin orang yang lebih muda lebih sesuai. Kalau dia seorang yang paling mahir dalam hal kepenggunaan mungkin mereka yang dah bergelumang lama dalam hal isu-isu pengguna dan perdangangan dilantik. Begitulah seterusnya untuk kementerianyang lain. Saya yakin YAB PM sedang menilai dan mengatur apa yang paling baik untuk itu.

Berbalik kepada perenggan pertama saya di atas memang sejak sekian lamanya banyak program yang dibuat oleh kerajaan berjaya dan amat berjaya. Cuma saya fikir ada juga yang kurang berjaya. Mungkin pendekatan selepas ini boleh lebih kepada mengajar teknik atau "tips memancing" pula kepada golongan sasar. Kalau sebelum ini toolsnya diberikan oleh pihak berwajib tapi aspek pengisian dan pemahaman penuh terhadap program tersebut mungkin tidak sampai ke jiwa mereka yang terlibat. Nak berikan contoh kat sini takut ada yang berkecil hati pulak.. Jadi anda fikir-fikirlah sendiri ;)

Ringkas dan kesimpulannya ialah aspek pemindahan teknologi dan pemahaman sebenar tu kadang-kala belum cukup mantap. Kita tanpa sedar gagal dalam memberikan penerangan dan penjelasan kepada pelanggan dan sasaran kita. Tak cukup mantap apabila sesuatu perkara itu turun daripada atas sampai ke bawah. Maklumat di atas cantik dah, tapi bila sampai bawah lain pulak jadinya. Semoga kerajaan dan perjalanan 5 tahun kehadapan ini memberikan lebih sinar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sama-samalah kita menjadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul maju pada tahun 2020 nanti. Maju bukan saja dengan infrastruktur moden tetapi juga maju dalam pemikiran dan berkeperibadian tinggi. Selamat memberikan yang terbaik untuk negara tercinta ini. Saya sayang Malaysia ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 14 April 2013

Nak Sokong Yang Mana?

Dalam mood PRU13 ni, saya rasa nak cuba jugalah menulis tentang hal politik sikit di blog ini. Memanglah saya bukan penganalisis politik tetapi hanya untuk memberi pandangan dari sudut "orang biasa-biasa" sahaja. 

5 Mei dah ditetapkan sebagai hari pilihanraya umum. Mahu tak mahu kerajaan yang seterusnya ini bakal menentukan hala tuju kerajaan Malaysia untuk 5 tahun seterusnya selepas keputusan atau kemenangan diumumkan kelak. Kesan dan keputusan PRU kali ini tentukan akan memberikan lebih makna kepada kita semua. Makna yang boleh dikupas dari sudut sokongan rakyat, pengharapan rakyat, dan persepsi rakyat.

Malangnya kita melihat sejak akhir-akhir ni iklim politik dalam negara seakan makin panas terutama dalam membongkar hal keburukan orang lain. Pelbagai cerita yang kita dengar dan baca. Sampai mungkin ramai daripada rakyat yang mungkin dah cukup mual dan nak muntah agaknya melihat keadaan dan tuduh menuduh ini. Bagi saya, tidak disangka sampai begitu  tinggi sekali tahap yang boleh dicapai oleh orang-orang politik ni dalam mereka melayari dunia politik mereka. Begitu tinggi pemikiran mereka dalam membuat strategi serta menggunakan apa jua tools yang ada demi mencapai hasrat dan matlamat. Matlamat tak menghalalkan cara.. biasa kita dengar orang cakap begitukan..

Apapun isu yang dimainkan, saya fikir pegangan dan pedoman yang mungkin boleh dibuat oleh para pengundi kini adalah cuba timbang-timbangkan apa PELAN kerajaan BN dan PR. Cuba kita duduk bertenang sekejap dan lihat perancangan kedua-dua belah pihak., Mungkin bersadarkan manifesto yang ada kot.. Abai seketika butiran buruk yang disogok dalam masa terdekat ni dan fokus dulu pada kelebihan dan manfaat yang rakyat perolehi. Setelah selesai memikirkan kelebihan barulah kita lihat aspek kelemahan pula..

Ringkas ceritanya macam nilah.. cuba buat satu jadual dengan 3 kolum dan 10 baris (row) seperti dibawah dan nilai dengan berikan mata atau markah antara kedua-duanya ;)





Buatkan total di bawah sekali tu cuba lihat pihak mana yang memperoleh mata yang banyak ;))

Tak susah rasanya untuk kita menilai yang mana "KACA" dan yang mana PERMATA!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 29 March 2013

PRU Dah Dekat



Bahang pilihanraya dah makin hampir.. masing-masing baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang sudah pun berada di tempoh masa-masa akhir sebelum sampai ke garis tamat. Masa nilah kalau mereka nak pulun atau ligan habis-habisan ;)

Saya melihat rata-rata dalam masyarakat kita ni, kita cenderung untuk taksub menyebelahi satu-satu pihak sahaja. Tentunya hal ini dicorakkan oleh input yang setiap dari kita terima dari persekitaran, pengaruh individu dan sumber lain. Nilai dan fahaman politik yang dipegang hampir pasti berlandaskan lebih banyak kepada kata-kata orang berbanding penilaian serta analisis sendiri. Maklumlahkan bukan ahli akademik yang sentiasa ada asas data dan fakta.

Saya melihat dah sampai masanya untuk lebih ramai lagi daripada kita yang boleh mempunyai akses dan capaian info daripada kedua-dua pihak. Tak faham?? maksudnya kita "study" dan kenali kedua-duanya.. Contohnya kalau kita membaca akhbar, kita membaca kedua-dua baik media utama mahupun media alternatif.. membaca Harakah dan masa sama membaca Utusan.. Kebaikannya kita dapat melihat kedua-duanya dari sudut masing-masing.. Kalau dapat bercampur gaul secara terus antara kedua-dua puak ini lagi bagus ;))

Apa yang cuba nak saya katakan di sini sebenarnya semua pihak kena akui mereka bukan sepenuhnya betul dan bukan juga tidak betul.. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Yang sedih bagi saya apabila apa sahaja yang dibuat oleh pihak sebelah sana semuanya tak betul. Yang di sebelah sini pun sama. Kedua-duanya sepenuh hati tidak melihat langsung apa kebaikan yang telah dan ingin dibuat oleh saingan masing-masing. Patutnya apa yang baik harus disokong kerana ia memang terang-terang benda baik kan..

Undi adalah rahsia.. betullah tu.. dan macam-macam kaedah, pedoman dan pegangan cuba diketengahkan untuk memilih siapa semasa mengundi kelak. Nak pilih calon ke atau nak pilih parti?? Bagi saya ia bergantung pada kehendak individu ataupun pilihan individu.. Dia perlu tanya pada diri apa rupa dan bentuk kerajaan yang dihajatinya. Bagi saya tak salah nak undi calon dan tak salah juga nak undi berdasarkan parti.. Tepuk dada tanya iman..

Apapun yang pentingnya sekarang masing-masing yang bertanding perlu bijak dengan strategi kempen masing-masing.. Yang mana lebih menguasai dunia maklumat dan boleh melihat harapan rakyat, rasa saya pihak ini mempunyai lebih peluang ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 19 March 2013

Minda Kelas Pertama VS Minda kelas ke berapa entah..





Hanya nak kongsi pandangan apabila melihat apa yang ada di sekeliling kita. Memang bukan majoriti buat "fe'el" macam ni, tapi dah cukup memberikan gambaran negatif kepada majoriti yang lain.

  1. Tabiat buang sampah orang kita :
    Dari dalam kenderaan mereka lebih suka buang sampah/sisa makanan di luar tingkap (bertabur atas jalanraya). Kalau kat taman perumahan di rumah saya tu. Sudahlah parkirkan kereta di hadapan rumah orang, sebelum nak jalan tu sempat pula dia bersihkan dalam kereta.. dengan selamba buang sampah sarap depan rumah orang..
  2. Tabiat meludah orang kita:
    Nak ludah ikut "dan" ajer.. kalau sedang berada di tangga, tangga tu lah kena ludah, kalau dalam lif, kena ludah lah lif tu.
  3. Tabiat menyembang kuat-kuat macamlah bagus sangat sembang dia tu:Pernah sekali saya menunggu di ruang menunggu di sebuah klinik Komuniti. Biasalah bila menunggu tu, bagi yang ada pasangan nak berbual, akan adalah topik perbualannya. Tapi agak-agaklah sikit menyembang tu.. Ini dah sampai 1 dewan dengar suara dia, apa hal?!!
Bagi tiga dulu.... bersambung...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, 18 March 2013

Biarlah "Merentas" Sempadan..




 
Kita tentukan pernah berurusan dengan satu-satu pihak berkuasa untuk sesuatu hal.. dah sampai kita diarahkan pula pergi ke pejabat negeri atau daerah yang berkenaan.. mengarah dengan mulut dan senyuman manis takpelah jugak.. kalau dalam urusan perbankan pun selalunya kena pergi ke cawangan bank yang membuat kelulusan dan transaksi berkenaan. Hal birokrasi ni nampaknya bukan hanya berlaku pada jabatan atau agensi kerajaan sahaja, tetapi pihak swasta juga tidak terkecuali.. Sebagai seorang yang memahami serba sedikit hal ICT dan rangkaian komunikasi, saya faham kenapa situasinya jadi begitu.. Tentu sekali antara sebabnya adalah lokaliti urusan tersebut dibuat di negeri atau cawangan berkenaan. Dalam kata lain, pangkalan data atau database bagi rekod urusan dan transaksi berkenaan berada di cawangan setempat. Data berkenaan tidak berada di pusat data ataupun di Ibu Pejabat. Jadi agaknya apakah isunya di sini?

Isunya disini adalah kepada mereka yang membuat rekabentuk dan arkitektur sistem ataupun proses cubalah berikan kemudahan dan wujudkan saluran agar kebolehsediaan sistem itu lebih baik dengan tidak menghadkan akses hanya mengikut lokasi semata. Bayangkan untuk sesuatu urusan yang mungkin hanya perlu mengambil masa 10 minit perlu menjadi 1 hari akibat terpaksa pergi mengunjungi cawangan pejabat di lokasi lain.

Biarlah segala prosedur yang dirancang itu boleh diuruskan walaupun semasa kita di luar kawasan. Biarkan perkhidmatan yang ditawarkan itu dapat merentas batas sempadan geografi.. Memang untuk merealisasikannya tidak mudah, tetapi ianya tidaklah susah juga ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 28 February 2013

Yang Membezakan Kita & Mereka




Pagi ni semasa dalam perjalanan untuk berkursus di Port Dickson, sempat curi masa untuk tune ke SelangorFM. Cuba nak dapatkan sikit suntikan motivasi di pagi-pagi hari bersama Dr.H.M Tuah Iskandar. Pagi ni beliau membincangkan rumusan dan simpulan yang beliau buat setelah bertemu ramai individu yang hebat dan berjaya. Ringkasnya tiga perkara ini yang paling utama yang membezakan mereka yang hebat dengan mereka yang biasa-biasa:

1. Tak kenal cuti
Kebiasaannya mereka ni memang kuat bekerja. Tidak kenal penat dan nampak letih. Kerja dan usaha memang tidak mengenal masa. Hari bercuti dan hari bekerja sama sahaja. Masa berehat mereka mungkin masa tidur saja ;) Sebut hal bercuti sakit pastinya jarang sekalilah golongan ini mengambil MC (cuti sakit)..

2. Ada tujuan
Orang biasa-biasa hidup dan bekerja hanya untuk keperluan, tetapi orang yang hebat mereka hidup dan berusaha untuk tujuan. Cuba perhatikan kita di mana? Agaknya rata-rata kita ni  hanya memikirkan apa keperluan yang perlu dipenuhi saban hari tanpa menetapkan satu impian dan cita-cita. Patutlah kita dan mereka berbeza ;)

3. Daya tahan tinggi
Diperhatikan mereka ni mempunyai daya tahan diri yang kuat dan mantap.. Mereka boleh tahan apa jua bentuk tekanan dan cabaran yang mendatang. Setakat kena marah sikit-sikit tu takde hal lah.. Mereka menyukai cabaran dan melihat peluang dalam masalah dan bukannya lari dari masalah yang dihadapi. Mereka akan cuba ambil tanggungjawab dahulu bukannya terus mengatakan "Ahh... tak payah!!"

Ringkasnya bagi Dr Tuah - cuba lihat, faham dan jaga tiga perkara ini dulu kalau kita nak jadi orang yang hebat dan berjiwa besar ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 27 February 2013

Melihat Yang Terbaik





Minggu lepas saya terbaca artikel di akhbar yang menceritakan penemuan dari segi sains dan biologi bagaimana hebat dan berbezanya seorang bintang boleh sepak dunia berbanding pemain-pemain lain. Artikel berkenaan merujuk kepada pemain bola sepak terhebat Cristiano Ronaldo.. Kira-kira setahun yang lalu pernah juga saya terfikir untuk membicarakan tajuk ini di blog, tetapi nampaknya kolumnis akhbar tersebut lebih laju untuk menzahir dan menyatakan perkara ini. Sesungguhnya, kadang-kala kita ada idea tetapi bila kita lambat untuk menzahirkannya.. orang lainlah yang akan meneroka hal itu.. Ketika itu saya menjurus untuk mengetengahkan bagaimana Ratu Skuasy Negara - Datuk Nicol Ann David  boleh berada di puncak dan sentiasa cemerlang sebagai pemain nombor 1 dunia dalam arenanya. Tentunya ada rahsia dan pendekatan yang unik pada diri beliau yang membezakan prestasi beliau dengan pemain lain. Perbezaan inilah yang perlu dikaji dan dicontohi.

Setakat ini, setahu saya dalam bidang sukan di Malaysia, beliau sahaja yang paling hebat dan "maintain" sebagai yang terbaik dalam kelasnya. Saya tidak pasti pernah ada kajian ataupun buku yang menulis tentang kecemerlangan beliau. Kalau dah ada, alangkah baiknya telah dibaca dan diketahui oleh kita terutama sekali para atlit dan ahli sukan. Tetapi kalau belum ada... sesuatu perlu dibuat!!

Bagi pandangan saya, kecemerlangan yang diperoleh oleh beliau tentunya tidak hadir dan terjadi begitu sahaja. Tentu sekali ada faktor, usaha dan pendekatan tersendiri yang dilalui beliau yang mungkin berbeza... Tentu sekali bukan mudah dan banyak kerja keras yang dilalui oleh beliau untuk melayakkan beliau berada di kedudukan sekarang.

Akhir kata, di dalam apa-apa bidang sekali pun saya fikir kita telah ada contoh-contoh ikutan yang terbaik. Untuk mencipta kejayaan mengikut model kejayaan yang sudah adalah lebih mudah daripada kita nak mencipta kejayaan kita yang tersendiri ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 22 February 2013

Bila Kita Memberi



Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

Hanya nak berkongsi perasaan apabila kita menerima pemberian daripada sesorang.. Pemberian ikhlas terutamanya..

Lewat petang semalam, saya, isteri dan anak-anak singgah di sebuah pasaraya besar.. hasrat hendak mendapatkan beberapa barang untuk keperluan di dapur.. Sambil tu singgahlah sekali untuk makan malam di medan seleranya..

Syamil anak sulong saya awalnya meminta untuk saya memilih troli yang besar kebetulan sebab dia tidak berselipar.. maklumlah kasut sekolah habis basah lenjun main dalam "bendang" agaknya di padang sekolahnya petang tadi. Jadi saya letakkan ketiga-tiga anak dalam troli tu... suka sangat diaorang.. Si Zara Sofea yang baru 8 bulan pun nampak suka dalam troli yang saya dan isteri tolak tu ;)

Sampai di medan selera Syamil dan anak kedua Aina saya dudukkan di kerusi.. Si bongsu, Zara saya letakkan di atas meja.. Mamanya macam biasalah bertugas pergi beli makan dan minum.. Saya memang malas nak membeli.. biarlah RM keluar dari dompetnya.. hehehe..

Sambil menunggu... melayan keletah budak-budak ni terutama Zara di hadapan saya, tiba-tiba...

Datang seorang gadis.. gaya macam pelajar kolej berdekatan.. terus dia menghulurkan coklat dan biskut kepada ketiga-tiga anak saya.. Budak-budak ni apa lagi nadah tangan jelah... Perasaan saya ketika tu, wah!!
Baik betul hati budak tu.. mungkin dia suka tengok budak-budak.. mungkin nampak comel budak-budak ni macam ayahnya jugak ;)

Apapun sifat nak memberi tu saya amat kagumi.. Sifat menyukai tu no 2. Yang pertamanya sifat memberi dan menghulurkan atas dasar penuh ihklas itu yang sepatutnya menjadi budaya dalam masyarakat kita..

Kalau di jalanraya tu alangkah sungguh indahnya hidup apabila masing-masing berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk memberikan ruang dan laluan kepada pemandu lain..

Lagi indah juga apabila pada penghulu hari seperti Hari Jumaat ni, kita ikhlas memberikan sumbangan ke tabung-tabung masjid yang ada.. dengan bukan hanya RM1.. tapi dengan nilai yang lebih besar dari itu..

Cuba kita masukkan RM5 yang ditambah nilai keikhlasan ;)

Indahnya dunia ini bila semuanya ikhlas untuk memberi.. Dapat memberi banyak tanpa rasa rugi..











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 7 February 2013

Pemergian Insan Hebat - Azli Paat




Setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat, pastinya saya tidak lupa untuk tune ke Radio Bernama24 untuk mengikuti slot Azli On Air - ICT dan Anda... membincangkan segala perkara berkaitan ICT oleh Pakar ICT ini. Tanya saja apa pun soalan berkaitan teknologi dan ICT pasti En. Azli Paat akan menjawab dengan penuh yakin. Banyak yang saya belajar dari ilmu dan penerangan beliau selama setahun dua ni.

Tetapi.... pada pagi ini saya dikejutkan dengan berita yang mengejutkan seluruh peminat beliau dan komuniti  ICT Malaysia. Kehilangan beliau sesungguhnya satu kehilangan besar. Pemergian Allahyarham En Azli Paat - saya akan sambung lagi... Sedang menitiskan air mata..

-------------------

Masih lagi sebak..

Apabila disebutkan di radio padi tadi perkataan "arwah".. minda saya macam tidak percaya.... Saya bukanlah kenalan beliau, tapi berdasarkan fb dan lain-lain sumber, saya melihat beliau seorang yang sihat dan aktif. Tidak nampak penat pada gambaran diri dan suara beliau setiap hari..

Saya mula melihat beliau semasa zaman remaja dahulu.. masa tu kalau tak silap saya beliau sering muncul di TV1 (Selamat Pagi Malaysia)... rasanya sembang berkenaan komputer dan IT ketika itu.. Zaman dia muda-muda dulu ;)

Apa yang boleh saya katakan tentang beliau ialah beliau seorang yang sungguh ceria, sungguh bersemangat, sungguh berilmu dan sungguh tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain. Paling hebat dia bukan sahaja pakar dalam bidang ICT tapi boleh memberikan idea serta kreativitinya untuk memperbaik keadaan dan masalah kehidupan yang ada. Perkhidmatan seperti SMS Dapat, RakanCOP, ADACode dan pelbagai lagi adalah hasil usaha beliau.

Apapun, Allah lebih sayangkan beliau..

Beliau seorang yang sungguh hebat dan sungguh luar biasa bagi saya!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 6 February 2013

Sebagai Pengguna Kita...



Suka untuk kongsi sekelumit pandangan untuk semua berkaitan kepenggunaan.. Sebagai pengguna yang sentiasa melakukan urusan jual beli dan transaksi di kedai, pasaraya atau di tempat jualan, berikut beberapa tips yang mungkin kita sudah tahu atau mungkin ramai juga yang tak beberapa nak ambil tahu:

1. Buat perbandingan harga. 
Memang perkara ni sukar juga untuk saya amalkan ;) tapi sebenarnya ia memberikan lebih manfaat dan kepuasan sekiranya kita sudah membuat perbandingan harga. Bayangkan untuk beberapa perkara yang sama tetapi berbeza harganya dilokasi berlainan.. Tentunya sekiranya kita dapat harga murah, duit kita boleh disalurkan ke "channel" yang lain.

2. Pastikan barang berstatus halal
Ini sudah tentunya penting.. Jangan kita biarkan dan sokong mana-mana produk dan perkhidmatan yang lari dari amalan syariah dan yang boleh merosakkan ummah. Ingat bukan setakat barang makan minum sahaja yang ada status halal.. perkhidmatan juga..

3. Semasa membayar dikaunter pastikan pekerja scan sekali sahaja untuk setiap perkara. Kita tidaklah berprasangka tapi takut dia tersilap.. Dah elok2 bayar RM5.00 tanpa sedar kita membayar RM10.00.
Kan naya tu.. free2 jer tempat tu sedut duit kita.

4. Masa membayar juga pastikan harga yang ada diskaun tu diberikan potongan sepatutnya.. Takut berlaku di rak ditulis ada less.. tapi bila scan harga penuh.. kita pulak yakin 100% perkara tu ada diskaun.. Rugi..

5. Rajin-rajinlah semak resit bayaran tu.. kalau panjang sangat resitnya, cuba ambil masa..... yelah untuk semak senarai benda yang dibeli takut keluar pulak "item" orang lain yang kita tak ambil pun.

Dan jangan lupa cuba buat lejer akaun kewangan sendiri.. Cuba rekodkan aliran tunai setiap hari agar kita tahu kemana duit kita mengalir sebenarnya ;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, 2 February 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minda Separa Sedar vs Minda Sedar

Dah bertahun saya mndengar tentang minda separa sedar dan kekuatannya. Namun baru2 ni barulah saya sedar dan faham sedikit kesan dan mengapa ia sering kali dibincangkan terutama melibatkan interaksi, nilai dan respond kita pd sesuatu.

Di sini saya berikan 1 metafora yg mungkin sedikit mmberikan gambaran hubungkait antara kedua-duanya serta kesannya pada diri kita.

Minda sedar secara mudahnya adalah minda yg mengutamakan logik dan gemar berhujah dlm menentukkan sst isu. Ia bertindak menurut apa yg dipercayai dan kadang kala ia membuatkan kita terkawal dan tidak cukup bebas dalam menentukan bagaimana perjalanan sst perkara dan tindakan.

Manakala minda separa sedar pula mmg diam dalam diri kita. Walaupun ia diam, sebenarnya ia jauh lebih besar peranannya pd seseorang. Ia secara langsung juga menentukan apa keputusan untuk tindakan dalam perjalanan hidup kita.. Wah.. panjang pulak penerangan ni.. Saya sebenarnya sedang melatih minda bawah sedar saya untuk sesuatu ;-)

oklah.. nk mudah nk faham apa beza 2 minda ini ambil cth bagaimana kita memandu. Dahulu masa kita belajar kelas memandu. Masa belajar tu.. kita byk guna ingatan dan berlatih untuk buat ikut aturan dari mula2 betulkan tempat duduk, betulkan cermin.. membawa ke hidupkan enjin.. masuk gear 1 hingga berjalan, masuk simpang dan seterusnya sampai ke destinasi. Masa tu kita byk guna minda sedar sbb kita belum mahir atau pro dlm memandu.

Dan sekarang, cuba kita lihat bagaimana kita memandu. Masuk je kenderaan secara automatik semua tindakan untuk memandu kita tidak hafal lagi tetapi semua anggota tangan kaki serta mata bertindak sendiri. Tangan, kaki dan mata tahu apa nak dibuat.

Itulah contohnya..

Jadi mungkin kita perlu latih pula minda bawah sedar kita ini utk perkara2 hebat yg lain pula seperti utk menjadi jutawan misalnya :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 30 January 2013

Jangan Terus Marah





Semalam sempat saya memetik tips untuk mengendalikan marah dari Dr Tengku Asmadi.. pakar dan perunding motivasi yang tak asing lagi.. Marah terutamanya pada karenah anak-anak. Almaklumlah anak-anak dan budak-budak sekarang ni lain macam perangainya. Bagi golongan ayah seperti saya ni tentunya nak mengawal marah tu memang cabaran utama dalam mendidik dan mengajar mereka.

Panduan dari beliau begini : Jangan kita marah semasa kita memang sedang marah.. Sebab semasa kita marah, memang sukar untuk kita mengawalnya.. Mudah nanti untuk kita dikuasai oleh syaitan.. Bak kata orang macam dirasuk setan ko ni!! Caranya... ketika kita sedang benar-benar nak marah tu.. Tindakan paling wajar, lari dan hindarkan diri dari keadaan situasi itu.. Pergi tempat lain.. Redakan cepat perasaan tu.

Sebaiknya untuk memarahi anak itu tadi, buat lakonan semula yang kita memarahinya.. maknanya kita marah dengan tanpa perasaan marah sebenar. Perasaan marah dah tiada tapi kita berlakon jer yang kita marah pada dia.. Senang juga teori ni.. mari kita sama-sama cuba ;)

Ingatlah kita marah tu untuk mendidik buat untuk menyakitkan.. Post ini sememangnya untuk mengingatkan diri ini juga yang kadang kala hilang pertimbangan juga bila marah ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, 15 January 2013

Kena Percaya Ada Orang Seperti Itu..



Kalau kita lihat akhbar Harian Metro.. setiap hari ada saja cerita dan berita panas lagi sensasi.. Kadang-kadang kita macam tak percaya bila baca tajuknya.. Dasyatnya.. Boleh ada cerita macam ni.. Wah... Pelik.. Ada juga berlaku macam ni.. Biar betul.. Teruknya.. MasyaAllah dll... Itulah antara ayat yang mungkin bermain di kepala bila terbaca tajuk berita yang terpampang dimuka hadapannya..

Bagi saya mmg segala yang diberitakan itu mmg boleh berlaku, telah pun berlaku dan tidak mustahil boleh berlaku lagi.. Mana tidaknya dengan segala bentuk kecelaruan, kerumitan dan rencah kehidupan kini yang semakin banyak pancarobanya mmg tidak mustahil perkara yang diluar dugaan itu boleh berlaku. Manusia sememangnya tidak boleh menjangka apa yang bakal berlaku dan tentukan segala respon dan tindak balas yang manusia buat juga bergantung kepada tahap kekuatan diri masing-masing. Bagi yang tidak kuat semangat, lemah iman tentunya respon kita kadang kala menjadi tekerlaluan.. Saya mengingatkan diri ini juga.

Moga apabila kita membaca aoa yang tertulis di akhbar itu janganlah cepat sangat kita merasa jijik perbuatan itu kerana kita sendiri belum tentu lulus sekiranya kita diuji sebegitu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, 10 January 2013

Apabila Orang Lain Berkata



Baru-baru ni keluar kenyataan daripada seorang orang kuat dalam organisasi sukan yang mengatakan orang yang tidak berkelayakan dalam sukan tu tidak boleh memberi komen untuk sukan tersebut. Sukan bola sepaklah ni. Nampaknya di sini mereka hendak perkara yang dalam urusan kerja mereka tidak boleh disentuh atau dibincangkan oleh orang lain yang berada di luar bidang mereka.

Bagi saya ini satu pendirian yang tak tepat. Memang dalam sesetengah perkara seperti melibatkan akademik, ilmu agama, hukum hakam dan undang-undang, hanya mereka yang ahli dan pakar sahaja yang boleh mengulas dan memberikan pandangan. Tetapi dalam hal sukan ini tentu sekali ia bukan satu bidang yang terlalu unik untuk kelompok ahli sukan sahaja. Apa yang disentuh pun bagi saya bukan lah menyentuh sangat pun atau menggegarkan apa-apa. Hanya teguran yang bertujuan baik jugak untuk sukan negara. Orang lama tentu dia ada pandangan dan pengalaman dia sendiri.. Susahlah kalau kita ni tak boleh dikomen. Facebook tu pun dibuat untuk manusia memberi komen ;)

Sedangkan hal politik pun semua orang boleh memberi komen dan buah fikiran, inikan pula hal sukan. Sukan  ni kalau budak-budak tengok pun mereka boleh komen apa..Sedarilah wahai mereka yang berada dan memikul tanggungjawab, mainkan peranan barulah orang tidak berkata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, 26 December 2012

Interaksi Kita Dengan 4 Yang Lain



Memetik mesej daripada slot motivasi radio beberapa minggu lepas berkenaan jenis interaksi kita kepada yang lain-lain. Keempat-empat interaksi kita itu adalah kepada Allah S.W.T, kepada nafsu, kepada syaitan & akhirnya kepada sesama manusia.

Dengan Allah kita mesti muafaqah
Kita perlu serasikan diri denganNya.. Ikut perintahNya dan hindari laranganNya. Apa yang telah diberi petunjuk dan diarahkan kita perlu patuhi semuanya tiada pengecualian.. Ikut saja dari a.. z. Selamat kita..

Dengan nafsu kita mesti mukhalafah
Kita mesti sentiasa amarah dengannya.. terus membangkang dan mengelak apa yang cuba didorong oleh nafsu ini. Jangan sesekali ikut telunjuknya yang cenderung membawa kita ke perkara tidak baik. Kita tiada pilihan selain perlu berperang dan terus memerangi dengan nafsu ini..

Dengan syaitan kita mesti muharabah
Syaitan ni bahaya.. dia ada dimana-mana, jadi jangan bagi peluang langsung pada dia untuk menghasut kita.. Teruskan dan pertingkatkan buat amalan baik dan perkara yang dia tidak suka.. Itu caranya untuk lemahkan dan kuruskan dia..

Dengan manusia kita mesti muna.... (saya terlupa istilah yang tepat)
Semasa manusia kita tentu sekali perlu tulus dan ihklas... kita perlu bersih dan tiada niat lain selain untuk sama-sama bantu membantu, berkasih sayang, tidak berdendam durja, tidak merosakkan hubungan dan tidak berprasangka buruk.. Ringkasnya kena baik-naiklah sesama manusia ;)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, 7 December 2012

Penuhi Masa Dengan Apa





Teringat saya pada perkongsian ilmu oleh seorang Ustaz di satu sesi tazkirah Zohor baru-baru ni.. Katanya untuk khusyuk dalam solat kita perlu berusaha untuk mencapainya. Sentiasa kena teruskan tekad untuk perbaiki tahap khusyuk tu meningkat dan terus diperbaiki dari semasa ke semasa. Setiap kita ni berbeza tahap kekhusyukkannya.. jauh sekalilah nak capai tahap seperti di zaman Sahabat dahulu yang mana sehinggakan tahap khusyuknya amat tinggi sekali.. hinggakan nak dicabutkan mata tombak yang terlekat di tubuh dapat dilakukan ketika mana sahabat bersolat.. tak terasa sakit akibat tingginya tahap fokus yang ada.. 

Banyak faktor selain ilmu juga mengapa kita kurang khusyuk atau tak khusyuk .. Almaklumlah.. dunia hari ini yang penuh dengan perkara yang hendak dikejar saban hari membuatkan fikiran kita asyik melayang dan terfikirkan itu dan ini..Celik ajer mata setiap pagi tentu sekali fikiran kita dah mula nak merangka apa yang nak dibuat dan diusahakan.. Kalau orang tu bergelar usahawan, lagilah banyak benda yang nak diusahakan.. Kalau kerja di pejabat tu tentunya sibuk sekali nak pastikan semua fail dan kerja yang di atas meja diselesaikan (tapi takkan selesai pun sampai bila-bila..) Kalau orang tu orang politik, tentunya sibuk sekali untuk mengatur strategi itu dan ini lebih lagi untuk PRU yang terdekat  ni ;) Kalau pelajar pula tentu sekali sibuk nak siapkan cepat segala assigment yang ada.. dan kalau blogger pula mungkin sibuk memikirkan apa yang nak ditulis dalam blognya setiap hari ;) dan hal melibatkan rumah tangga lagilah bermacam-macam yang difikirkan.. hal anak isteri, bil-bil serta keperluan belanja itu dan ini. Mungkin mereka yang tiada cita-cita dan misi hidup saja yang mungkin kurang sikit serabut dalam kepalanya..

Cuma apa yang nak saya katakan di sini adalah.. Kita sebenarnya penuhi masa kita ini dengan apa? Adakah banyak untuk ibadah? Adakah banyak untuk sesuatu yang memberi manfaat pada orang lain? Adakah banyak diperuntukan untuk kebajikan? Adakah masa untuk kita menilai siapa diri kita? Adakah masa kualiti diberikan untuk keluarga? Adakah banyak masa untuk kemajuan diri? Adakah masa diberikan untuk membantu orang lain di sekeliling kita? Adakah masa untuk kita berfikir? Adakah masa diperuntukan untuk kita terus belajar sesuatu yang baru.. menimba pengalaman baru.. meneroka cabaran baru...

ATAU kita hanya tidur... hanya melayan facebook.. hanya menghabiskan masa yang ada.. hanya berfoya-foya... hanya melihat jam.. hanya nak makan mengeyangkan perut.. hanya nak mengelak tanggungjawab.. hanya nak mencari salah orang... hanya termenung.. hanya bersembang kosong... hanya menunggu bulannya jatuh ke riba... hanya menanti tuah..

ATAU tidak berbuat apa-apa pun....

Mari bersama-sama kita muhasabah diri.. Kita penuhi masa kita yang 24 jam sehari ini dengan apa?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...