Saturday, 11 May 2013

Beri Yang Terbaik




Kita biasa mendengar sebagai agensi atau pihak yang bertanggungjawab untuk memajukan sesuatu kelompok masyarakat kita perlu berikan pancing dan bukannya memberi ikan. Kita tak boleh berikan ikan sepanjang waktu sebab bila dah habis ikan yang kita beri tu, mereka akan datang balik minta lagi ikan. Betullah tu. Golongan yang memerlukan sokongan ini sememangnya serba kekurangan dari segi ruang, peluang dan modal untuk merubah keadaan diri mereka. Kerajaan dengan pelbagai kementerian dan agensi telah banyak mewujudkan program dan aktiviti yang membolehkan masyarakat terutamanya Melayu dan Bumiputera bangkit untuk lebih maju, berdaya saing dan boleh berdiri sendiri akhirnya. Banyak program yang berbentuk "pemberian pancing" untuk kelompok sasar berkenaan berusaha sendiri dengan sokongan awal daripada kerajaan. Memang murni dasar kan hasrat yang diinginkan kerajaan untuk melihat "kek" kekayaan ekonomi dalam negara dapat dirasai semua lapisan masyarakat.

Saya suka untuk menulis tajuk ini kerana barisan kabinet baru kerajaan masih belum dibentuk. Rasa tak sabar juga nak melihat barisan pimpinan baru bagi setiap kementerian yang ada. Harapannya menteri dan timbalan menteri yang dipilih nanti adalah dikalangan mereka yang paling selayaknya duduk di situ. Kalau dia paling mahir dalam ilmu ekonomi dia ke Kementerian Kewangan. Kalau dia paling mahir dalam bidang sukan dan belia mungkin orang yang lebih muda lebih sesuai. Kalau dia seorang yang paling mahir dalam hal kepenggunaan mungkin mereka yang dah bergelumang lama dalam hal isu-isu pengguna dan perdangangan dilantik. Begitulah seterusnya untuk kementerianyang lain. Saya yakin YAB PM sedang menilai dan mengatur apa yang paling baik untuk itu.

Berbalik kepada perenggan pertama saya di atas memang sejak sekian lamanya banyak program yang dibuat oleh kerajaan berjaya dan amat berjaya. Cuma saya fikir ada juga yang kurang berjaya. Mungkin pendekatan selepas ini boleh lebih kepada mengajar teknik atau "tips memancing" pula kepada golongan sasar. Kalau sebelum ini toolsnya diberikan oleh pihak berwajib tapi aspek pengisian dan pemahaman penuh terhadap program tersebut mungkin tidak sampai ke jiwa mereka yang terlibat. Nak berikan contoh kat sini takut ada yang berkecil hati pulak.. Jadi anda fikir-fikirlah sendiri ;)

Ringkas dan kesimpulannya ialah aspek pemindahan teknologi dan pemahaman sebenar tu kadang-kala belum cukup mantap. Kita tanpa sedar gagal dalam memberikan penerangan dan penjelasan kepada pelanggan dan sasaran kita. Tak cukup mantap apabila sesuatu perkara itu turun daripada atas sampai ke bawah. Maklumat di atas cantik dah, tapi bila sampai bawah lain pulak jadinya. Semoga kerajaan dan perjalanan 5 tahun kehadapan ini memberikan lebih sinar kepada seluruh rakyat Malaysia. Sama-samalah kita menjadikan Malaysia sebuah negara yang betul-betul maju pada tahun 2020 nanti. Maju bukan saja dengan infrastruktur moden tetapi juga maju dalam pemikiran dan berkeperibadian tinggi. Selamat memberikan yang terbaik untuk negara tercinta ini. Saya sayang Malaysia ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails