Friday, 7 December 2012

Penuhi Masa Dengan Apa





Teringat saya pada perkongsian ilmu oleh seorang Ustaz di satu sesi tazkirah Zohor baru-baru ni.. Katanya untuk khusyuk dalam solat kita perlu berusaha untuk mencapainya. Sentiasa kena teruskan tekad untuk perbaiki tahap khusyuk tu meningkat dan terus diperbaiki dari semasa ke semasa. Setiap kita ni berbeza tahap kekhusyukkannya.. jauh sekalilah nak capai tahap seperti di zaman Sahabat dahulu yang mana sehinggakan tahap khusyuknya amat tinggi sekali.. hinggakan nak dicabutkan mata tombak yang terlekat di tubuh dapat dilakukan ketika mana sahabat bersolat.. tak terasa sakit akibat tingginya tahap fokus yang ada.. 

Banyak faktor selain ilmu juga mengapa kita kurang khusyuk atau tak khusyuk .. Almaklumlah.. dunia hari ini yang penuh dengan perkara yang hendak dikejar saban hari membuatkan fikiran kita asyik melayang dan terfikirkan itu dan ini..Celik ajer mata setiap pagi tentu sekali fikiran kita dah mula nak merangka apa yang nak dibuat dan diusahakan.. Kalau orang tu bergelar usahawan, lagilah banyak benda yang nak diusahakan.. Kalau kerja di pejabat tu tentunya sibuk sekali nak pastikan semua fail dan kerja yang di atas meja diselesaikan (tapi takkan selesai pun sampai bila-bila..) Kalau orang tu orang politik, tentunya sibuk sekali untuk mengatur strategi itu dan ini lebih lagi untuk PRU yang terdekat  ni ;) Kalau pelajar pula tentu sekali sibuk nak siapkan cepat segala assigment yang ada.. dan kalau blogger pula mungkin sibuk memikirkan apa yang nak ditulis dalam blognya setiap hari ;) dan hal melibatkan rumah tangga lagilah bermacam-macam yang difikirkan.. hal anak isteri, bil-bil serta keperluan belanja itu dan ini. Mungkin mereka yang tiada cita-cita dan misi hidup saja yang mungkin kurang sikit serabut dalam kepalanya..

Cuma apa yang nak saya katakan di sini adalah.. Kita sebenarnya penuhi masa kita ini dengan apa? Adakah banyak untuk ibadah? Adakah banyak untuk sesuatu yang memberi manfaat pada orang lain? Adakah banyak diperuntukan untuk kebajikan? Adakah masa untuk kita menilai siapa diri kita? Adakah masa kualiti diberikan untuk keluarga? Adakah banyak masa untuk kemajuan diri? Adakah masa diberikan untuk membantu orang lain di sekeliling kita? Adakah masa untuk kita berfikir? Adakah masa diperuntukan untuk kita terus belajar sesuatu yang baru.. menimba pengalaman baru.. meneroka cabaran baru...

ATAU kita hanya tidur... hanya melayan facebook.. hanya menghabiskan masa yang ada.. hanya berfoya-foya... hanya melihat jam.. hanya nak makan mengeyangkan perut.. hanya nak mengelak tanggungjawab.. hanya nak mencari salah orang... hanya termenung.. hanya bersembang kosong... hanya menunggu bulannya jatuh ke riba... hanya menanti tuah..

ATAU tidak berbuat apa-apa pun....

Mari bersama-sama kita muhasabah diri.. Kita penuhi masa kita yang 24 jam sehari ini dengan apa?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails