Friday, 22 February 2013
Bila Kita Memberi
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..
Hanya nak berkongsi perasaan apabila kita menerima pemberian daripada sesorang.. Pemberian ikhlas terutamanya..
Lewat petang semalam, saya, isteri dan anak-anak singgah di sebuah pasaraya besar.. hasrat hendak mendapatkan beberapa barang untuk keperluan di dapur.. Sambil tu singgahlah sekali untuk makan malam di medan seleranya..
Syamil anak sulong saya awalnya meminta untuk saya memilih troli yang besar kebetulan sebab dia tidak berselipar.. maklumlah kasut sekolah habis basah lenjun main dalam "bendang" agaknya di padang sekolahnya petang tadi. Jadi saya letakkan ketiga-tiga anak dalam troli tu... suka sangat diaorang.. Si Zara Sofea yang baru 8 bulan pun nampak suka dalam troli yang saya dan isteri tolak tu ;)
Sampai di medan selera Syamil dan anak kedua Aina saya dudukkan di kerusi.. Si bongsu, Zara saya letakkan di atas meja.. Mamanya macam biasalah bertugas pergi beli makan dan minum.. Saya memang malas nak membeli.. biarlah RM keluar dari dompetnya.. hehehe..
Sambil menunggu... melayan keletah budak-budak ni terutama Zara di hadapan saya, tiba-tiba...
Datang seorang gadis.. gaya macam pelajar kolej berdekatan.. terus dia menghulurkan coklat dan biskut kepada ketiga-tiga anak saya.. Budak-budak ni apa lagi nadah tangan jelah... Perasaan saya ketika tu, wah!!
Baik betul hati budak tu.. mungkin dia suka tengok budak-budak.. mungkin nampak comel budak-budak ni macam ayahnya jugak ;)
Apapun sifat nak memberi tu saya amat kagumi.. Sifat menyukai tu no 2. Yang pertamanya sifat memberi dan menghulurkan atas dasar penuh ihklas itu yang sepatutnya menjadi budaya dalam masyarakat kita..
Kalau di jalanraya tu alangkah sungguh indahnya hidup apabila masing-masing berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk memberikan ruang dan laluan kepada pemandu lain..
Lagi indah juga apabila pada penghulu hari seperti Hari Jumaat ni, kita ikhlas memberikan sumbangan ke tabung-tabung masjid yang ada.. dengan bukan hanya RM1.. tapi dengan nilai yang lebih besar dari itu..
Cuba kita masukkan RM5 yang ditambah nilai keikhlasan ;)
Indahnya dunia ini bila semuanya ikhlas untuk memberi.. Dapat memberi banyak tanpa rasa rugi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda