Wednesday, 5 September 2012

Kerja Itu Ibadah Juga




Sering mendengar keluhan seseorang seperti ini "Apa nak kerja susah-susah boss, bukannya dapat apa-apa pun". Bagi saya dia tidak sedar 
kenyataan dia tu salah belaka. Cuba dia senaraikan apa yang dia dah ada atau aset yang telah diperoleh sejak mula kerja dengan gaji pertamanya itu hingga kini. Kalau dah 1 setahun pun macam-macam dia dah boleh beli. Kalau 5 tahun.. 10 tahun.. 30 tahun apatah lagi..

Sehari kerja 8 jam. Cuba dia fikir sejenak.. berapa jam sebenarnya yang dia betul-betul bekerja.. Mungkin paling kuatpun kita boleh kerja dalam 
5 atau enam jam sahaja. Selebihnya mungkin banyak berfoya-foya atau membuang masa sahaja. Masalahnya disini saya fikir adalah apabila kita melihat kerja sebagai pertukaran terhadap wang. Kerja banyak ni mesti dapat banyak ni.. Adilkah kita dan betulkah kita kerja sebanyak itu. Cuba masing-masing daripada kita menilai sejauhmana setaranya kerja dan gaji yang kita dapat. Dengan gaji 3K itu adakah kerjanya juga bernilai 3K. Atau ianya hanya 2K sahaja.. Atau mungkin kerja kita lebih daripada 3K sebenarnya.

Melalui pembacaan dan pemerhatian saya sepatutya kerja menjadi satu komponen dalam hidup sebagai peluang untuk beribadah, cari ilmu pengalaman, mencari rakan, memperoleh kemahiran, menguji keupayaan diri dan menggalakkan motivasi diri untuk menjadi individu terbaik. 

Mudah katanya, kalau kita mendengar kata-kata negatif seperti di atas tadi ini jawapannya:

Kalau x puas dengan kerja tu, anda ada 2 pilihan iaitu samada anda kekal disitu dengan mengubah/menyesuaikan diri.. atau anda keluar carilah kerja dan rezeki di tempat lain. Jangan gigit tangan yang menyuap nasi ke mulut anda..

Cuba sedayanya menjadikan kerja kita itu satu amal ibadah (beramal+beribadah). Moga dikemuncaknya nanti kita mendapat bukan saja redha manusia tetapi yang jauh lebih utama redha daripada DIA - Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails