Semasa menziarah di musim Syawal ini.. sempatlah saya mendengar sembang-sembang yang dibualkan.. almaklumlah musim raya, macam-macamlah cerita yang keluar dan diborakkan. Daripada cerita politik pilihanraya, teknologi maklumat, hal-hal kekeluargaan hinggalah ke hal hukum hakam agama. Cuma saya tertarik pada satu subjek ni yang saya nak kongsikan di sini. Ia berkait dengan harta dan peninggalan yang diwariskan/diturunkan kepada anak2. Dalam konteks ni, saya merujuk kepada harta peninggalan orang tua yang telah tiada dan ditinggalkan harta tersebut kepada anak2 yang ada. Baik dalam bentuk tanah ataupun rumah pusaka.
Dua bentuk harta ini kebiasaanya ada dalam masyarakatt kita, terutamanya apabila tiada kedua-dua ibu dan ayah, harta yang ditinggalkan mereka berkemungkin besar tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya. Maka berlakulah pengabaian dan pembaziran terhadap harta tersebut. Bagi kes yang mana para waris yang arif dan bertanggugnjawab, tiada masalah kerana harta tersebut diurus atau dibahagikan sebaiknya secara adil dan saksama. Memanglah bukan mudah mudah juga urusan hal berkait tukar nama dan pembahagian harta ni tapi ia mesti kita ambil perhatian sebab kalau dah lama sangat melangkau zaman, makin rumit proses yang perlu dilalui nanti terutama berkait dengan undang-udang dan peraturan semasa dll.
Memetik satu situasi dimana rumah pusaka ditinggalkan dan tidak diuruskan seperti yang sepatutnya. Ditinggalkan begitu sahaja.. tidak dijual, tidak diselenggara dan tidak dibuat apa2. Alangkah sedihnya kalau ibubapa yang bersusah payah suatu ketika dahulu berusaha membeli atau membangun atau membina harta berkenaan, apabila sampai ke peringkat kita, kita biarkan begitu sahaja.. Sekurang-kurangnya, ambillah sedikit perhatian pada harta itu kerana ia telah jadi tanggugnjawab kita pula.. Kalau dah malas sangat atau dah tak heran dengan harta tu jualkan atau wakafkan.. Dapat juga saham kepada yang telah pergi tu..
Banyak kesan negatif apabila sesuatu harta itu terbiar begitu sahaja tanpa diurus dan diselenggara. Rumah misalnya kalau tak diduduki dalam jangkamasa lama, tentunya akan dimakan anai-anai.. Malah mungkin ada penguni baru disitu.. Penghuni yang kita x nampak. Tanah kalau dibiarkan lama-lama x dijaga mungkin dah makin tebal semaknya dan macam2 boleh jadi disitu. Kalau tak bayar cukai bertahun-tahun, kemungkinan boleh dirampas oleh pihak berkuasa lagi.. Program pembangunan yang kerajaan nak buat pun payah kalau terlibat harta yang tak tentu pemilik yang sepatutnya.
Satu kes lot tapak rumah berserta rumah di kampung saya di Perak, rumahnya telah tidak dihuni dah berpuluh-puluh tahun.. Keadaan sekitarnya semak samun.. Pelik juga macamana sampai berpuluh tahun harta tu dibiarkan macam tu ajer tanpa ada nak bertindak untuk memanfaatkannya terutama oleh para waris dan kerajaan tempatan. Orang yang tiada harta susah payah bekerja mencari harta & bagi yang dah ada harta malas pulak nak jaga.. pelik sungguh..
Sayangilah harta peninggalan orang-orang lama..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda