Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Adin Wal Faizin..
Disaat post ini dibuat, mood raya memang tengah hebat dirasai dimana-mana pun.. Di pejabat, di premis perniagaan apatah lagi di jalanraya dan lebuh raya ;) Di sini saya ingin memohon maaf kepada semua saudara muslimin di luar sana sekiranya ada posting di blog ini yang menyentuh perasaan dan fikiran. Suka untuk saya mengingat diri dan sahabat yang balik meraikan Aidilfitri di kampung, tentunya bakal melalui perjalanan yang jauh dan agak sesak. Cubalah sedaya upaya untuk mengatur perjalanan dengan kemas dan mengikut undang-undang jalanraya yang ditetapkan. Banyakkan bertimbang rasa dan bertolak ansur semasa memandu. Ingatlah kepada orang yang tersayang. Akhirnya juga semasa meraikan Syawal ini, sama-samalah kita semua mengambil kesempatan menziarahi dan mengeratkan lagi tali silaturrahim yang ada sesama saudara dan kenalan.
Taqabalalallahu minna wa minkum, shiyamana wa shiyamakum = “Semoga Allah menerima (amalan-amalan) yang telah aku dan kalian lakukan, puasaku dan puasa kalian”
No comments:
Post a Comment
Komen Anda