Wednesday, 8 August 2012

Risiko Perumahan Padat Penduduk




Minggu lepas apabila terdengar berita kemalangan sepasang suami isteri di AU3, Keramat, KL.. ia sungguh menyayat hati.. Pendek ceritanya, dikatakan bas sekolah yang terbabit mengalami masalah brek dan hilang kawalan seterusnya menjadikan ia satu trajedi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kepada pihak keluarga semoga mereka semua tabah menerima ketentuan Illahi ini dan kita doakan roh kedua-dua termasuklah bayi dalam kandungan itu berada bersama golongan orang-orang beriman. Peristiwa seperti ni tentunya akan terpahat dalam fikiran dan hidup kita lebih-lebih lagi bagi mereka yang menjadi saksi serta sanak saudara yang terlibat. Sama-sama kita berdoa agar kejadian kemalangan yang tragis seperti ini tidak berlaku lagi.

Satu perkara yang saya fikir perlu diambil ikhtibar di sini adalah tentang taburan dan tumpuan kedudukan perumahan penduduk di negara kita ni. Di Lembah Klang ni memang menjadi tumpuan orang ramai untuk bertumpu baik untuk hidup, bekerja dan belajar. Bagi saya pihak yang merancang pembangunan kawasan  perbandaran suatu ketika dahulu sepatutnya melihat lebih jauh dan kreatif untuk membangunkan kawasan-kawasan tumpuan penduduk. Janganlah diwujudkan keadaan dimana dalam 1km persegi itu sehingga ada lebih 5000 penduduk/isi rumah (saya agak2 je angka ini daripada congak dan bukan analisis yang kemas).. tapi cukuplah untuk menyampaikan maksud saya sahaja..

Maksudnya di sini pendudukan "padat" dan "sendat". Ditambah pula sengsara penduduk yang ramai dan tidak seimbang ini dengan kemudahan infrastruktur yang tidak cukup seperti jalan, lif, longkang, tong sampah, parkir, ruang pergerakan, bersiar dan sebagainya. Tidak cukup dari segi kapasiti untuk menampung orang yang ramai tu. Susah nak bernafaslah..

Cuba lihat diluar bandar.. Banyak lagi ruang bernafas.. Syukur atas nikmat yang masih mereka dapat ini. Di pinggiran bandar pun sudah memadai untuk manusia hidup dengan lebih berrnafas.. Dari itu bagi mereka yang berkuasa dan merancang sesuatu pembangunan, tak usahlah nak selit-selitkan lagi bangunan tinggi2 atau blok2 rumah dicelah-celah kehidupan yang dah semakin sesak tu.. Cubalah cari kawasan lapang yang baru.. Contoh paling baik adalah Putrajaya dan Cyberjaya.. Lapang, luas dan tenang ;)

Selamat bersesak di bazar Ramadhan.. Wassalam..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails