Semalam bajet 2013 telah diumumkan oleh PM kita. Secara keseluruhannya saya melihat bajet kali ini cuba menyeimbangkan antara pengurusan dan kesejahteraan semua pihak yang berkepentingan khususnya pada bidang-bidang kritikal dan rakyat kelas menengah serta lain-lain kelompok yang ada. Selain itu, tentu sekali bajet kali ini memberikan penekanan pada usaha meneruskan apa yang telah dirangka dalam konteks meneruskan tranformasi dan menuju ke arah negara maju 2020. Bajet ini juga dilihat agak signifikan dengan pilihanraya umum yang rasanya sudah semakin hampir. Saya meneka ia akan diadakan pada Jan 2013 ;)
Apabila memperkatakan tentang pilihanraya, PM pernah berkata PRU kali ini merupakan ibu kepada semua PRU yang sebelumnya. Saya amat bersetuju sekali kerana PRU untuk kali ini amat sukar untuk dibuat sebarang andaian dan jangkaan apa yang boleh berlaku. Dengan senario ramai yang masih tidak mendaftar mengundi, ramai yang macam tidak kisah untuk mengundi, ramai yang di atas pagar dan ramai lagi yang masih ego dan tuli tentunya agak sukar untuk kedua-dua belah pihak menjangkakan apa keputusannya nanti.
Orang politik, saya fikir, masing-masing tentunya telah mengatur strategi untuk memenangi setiap kerusi yang dipertandingkan. Trend yang jelas ketika ini dalam aspek memilih undi saya lihat ada 3 iaitu: Memilih parti, memilih calon dan tidak memilih langsung. Yang tidak memilih tu memang merugikan semua.. sia-sia sahaja undi tu.. Bagi yang memilih parti tentunya mereka ini, melihat secara lebih luas natijah dan sumbangan undinya kepada keseluruhan keputusan itu nanti. Bagi yang memilih calon pula tanpa melihat parti mana yang diwakilinya, saya fikir mereka melihat secara lebih terjurus dan fokus kepada personaliti calon tersebut. Sememangnya kedua-dua situasi seperti ini menimbulkan dilema kepada semua pihak, baik parti, calon dan pengundi itu sendiri.
Tanpa perlu mengulas dan merepek yang bukan-bukan lagi, saya fikir adalah lebih baik semua daripada kita rakyat Malaysia, khususnya yang beragama Islam dan berbangsa Melayu dapat memikirkan semasak-masaknya siapa yang perlu dipangkah nanti semasa PRU akan datang ini.
MUDAHnya cuba ambil faktor dalam checklist saya ini untuk membuat keputusan:
- Dengan memilih dia, adakah akan berterusan kemakmuran di Malaysia yang tercinta ini.
- Dengan memilih dia, adakah agama Islam dan syiarnya akan dapat diutuhkan di Malaysia yang tercinta ini.
- Dengan memilih dia, adakah bangsa Melayu akan terus memegang tampuk kepimpinan di Malaysia yang tercinta ini.
- Dengan memilih dia, adakah pasti segala hak dan keistimewaan bumiputera terus dipelihara di Malaysia yang tercinta ini, dan
- Dengan memilih dia, adakah dimasa depan nanti anak cucu keturunan kita dapat terus menikmati hidup penuh bermaruah di Malaysia yang tercinta ini.
Setiap 5 perkara dan faktor ini ada pemberatnya yang tersendiri. Anda tentu tahu mana keutamaaanya dan bagi saya kesemuanya tidak boleh dikompromi semasa membuang undi nanti. Fikir-fikirkanlah.. Janganlah melihat faedah dari sudut sempit dan dalam jangkamasa pendek. Cuba amati dan cari impak dari sudut luas dan dalam jangkamasa panjang. Jangan tempurungkan minda kita pada agenda dalam negara tetapi juga pada pengantur agenda dan "Mastermind Sebenar" diluar sana..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda