Wednesday, 31 October 2012

Dunia sebenar kita adalah di minda kita






Hari-hari saya ke pejabat melalui Jalan Sungai Besi menghala ke arah pusat bandar KL. Apabila masuk dari susur keluar lebuh raya NPE setiap pagi, tentunya disambut dengan deretan kereta dan kenderaan lain yang tengah berpusu-pusu dan merebut-rebut sedang maju ke hadapan memilih haluan dan lorong masing-masing. Sebenarnya pada awal keputusan saya untuk menetap jauh daripada pejabat adalah berasaskan kepada "nasib" ataupun menyerahkan kepada takdir dan ketentuan yang Maha Esa. Memanglah kena menghadap trafik jam sehari-hari.. kenalah harungi juga.. sebab dah adatnya begitu. Ramai lagi golongan pekerja di KL yang duduk lebih jauh dan lebih jauh jarak perjalanannya berbanding saya. (nak sedapkan hati kenalah lihat orang lain yang lebih tersiksa..hehe)

Lanjutan muqaddimah di atas, pernah beberapa bulan dahulu dalam sebuah ceramah seorang hadirin bertanyakan kepada penceramah, bagaimana untuk kita mengubah situasi kesesakan lalulintas berkenaan? Beliau seperti saya dan ramai yang lain juga yang sebenarnya terpaksa bergelut dan bersilat hari-hari untuk memulakan hari baru. Perlu bangun awal, mengemas rumah, menyiapkan anak-anak dan berkejar ke pejabat. Keadaan ini sebenarnya adalah lumrah dan kenyataan yang perlu setiap daripada kita untuk menempuhnya. Kita sebenarnya tidak mampu untuk mengubahnya. Siapalah kita untuk menghilangkan kesesakan lalulintas berkenaan. Kerajaan sendiripun pening macamana untuk menyelesaikan ataupun sekurang-kurangnya menurunkan sedikit kadar kesesakan ini.

Apapun sedikit pengalaman atau tips yang ingin saya kongsikan di sini adalah.. kita tidak boleh untuk mengubah sesuatu yang bukan dalam kawalan kita. Tetapi~!!! kita boleh mengubah apa yang ada dalam minda kita. Secara langsung apabila minda dapat dikuasai, emosi kita menjadi stabil. Fikiran menjadi lebih tenang dan tubuh kita lebih relaks.. Pedulikan sahaja segala kereta yang sesak itu.. abaikan benda-benda fizikal itu dan isikan fikiran kita dengan benda-benda lain yang menyenangkan. Contoh paling mudah, buka radio dan menyanyilah ;)

Rileks itulah sebenarnya yang perlu untuk ketenangan bagi kita semua manusia. Bijaklah kita untuk mengawal dunia minda dalaman kita yang sebenarnya. Dunia minda kita sebenarnya lebih penting untuk kita kuasai dahulu sebelum kita mengusai dunia ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Komen Anda

Related Posts with Thumbnails