Melihat tajuk post ini.. ia memang mengujakan sesiapa sahaja.. Mana tidaknya duit adalah satu elemen pengantaraan untuk hampir semua perkara. Untuk makan, bergerak, bekerja, belajar, dan sebagainya. Malah duit perlu untuk membangunkan diri, membangunkan institusi, membangunkan masyrakat dan negara.
Bagi penjawat awam juga kepada pekerja swasta tentunya setiap tahun mengharapkan satu penghargaan dalam bentuk wang yang boleh dimanfaatkan untuk tampungan belanja dan simpanan. Tak pelik saya rasa untuk saban tahun disediakan bajet untuk bonus kepada semua. Tak semestinya banyak tetapi ia perlu ada. Cuma.. yang akan peliknya apabila tiada bonus ataupun ganjaran yang setimpal setelah sekian lama pekerja itu setia dan taat menjalankan tugasnya.
Menjelang musim raya yang bakal menjenguk dalam sebulan ini, tentunya sesetengah majikan dah mula memberikan sedikit bonus untuk meraikan pekerja mereka. Syabas dan tahniah!! Tetapi apabila menyebutkan hal bonus ini untuk satu-satu organisasi yang besar mungkin boleh mengundang perasaan tidak senang dihati pihak luar. Atas alasan bonus yang satu itu diberikan kepada semua.. tak kiralah dia tu rajin atau malas.. Yang kerja elok dapat dan yg kerja tak bagus pun dapat. Sebagai manusia memang kita tidak boleh memberikan keadilan yang sama sepenuhnya tetapi marilah kita bersikap positif dan anggap bahawa bonus itu perlu untuk mereka yang cemerlang dan juga yang belum cemerlang itu. Dimana kini dia tidak bagus dalam kerjanya tetapi mungkin selepas ada bonus YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA boleh menyedarkan dia untuk berubah kepada menjalankan kerja dan tanggungjawab dengan lebih baik.
Buat BOSS-BOSS sekalian.. Bonus walaupun kecil tetapi "BESAR" ertinya pada kami, orang-orang di bawah ni.. kerana orang di bawah merasai terus setiap perubahan kos hidup yang kian naik mendadak saban bulan.. Contoh paling simple --> "Dulu nasi sepinggan bersamaan 1 mangkuk, tapi kini mangkuk untuk nasi tu makin kecil dan mengecil.. Sampai kan eh... tak kenyang ni 1 mangkuk.. letak 3 mangkuk baru penuh pinggan"
Moga tahun 2011 ni memberikan lebih kemakmuran dan kekayaan kepada kita semua rakyat Malaysia tidak kiralah kita ni penjawat awam ke.. pekerja swasta ke.. pekerja sendiri ke.. ataupun pengangur ke.
Baik sangka : Mungkin ada bonus kot tahun ni!! Sama-sama kita doa ;)

No comments:
Post a Comment
Komen Anda