Perkongsian memang satu yang baik.. Perkongsian benda yang positif memberikan sebaran aura positif kepada orang lain.. Tetapi kalau pandangan negatif yang dikongsikan, tentunya ia akan disambut dalam aura yang lebih negatif.
Baru-baru ini saya ada terbaca satu status dari facebook seorang yang hebat. Hebat kerana dia telah berada di atas. Katanya "Ritu saya gi pasar ramadhan kat Putrajaya ni. Mak ai mahalnya harga jualan sume. Tapi ramai gak penjawat awam dok beli. Ni betul ke gaji skarang kecil n penjawat awam susah nak survive."
Kenyataan ini boleh disambut dengan 2 cara. Ia boleh disambut atau direspon atau dikomen secara positif ataupun ia boleh juga disambut atau dikomen secara negatif. Pemerhatian saya, ada komen positif dan banyak juga yang negatif.
Apapun komen yang diberikan kepada kenyataan beliau itu bagi saya, beliau berhak untuk mengetahui dan menerima setiap pandangan balas dari pembaca lain termasuklah "beliau sepatutnya meletakkan dirinya dalam kasut orang lain dahulu sebelum menulis sedimikian".
Cuba kita renung :
Dahulu semasa zaman beliau muda, harga barangan rasanya tidak memberikan beban sangat. Pilihan dimasa itu banyak. Budaya dan corak kehidupan masa itu juga berlaian dengan kini. Sampai hati beliau berkata begitu. Dah tiada pilihan nak buat macam mana.. Kadang-kala kita perlu berfikit masak-masak dulu sebelum menulis. Fikirkan sensitiviti orang dan maruah orang.
Pendek kata, sesekali cuba-cubalah letakkan paksi orang lain (yang ada masalah) pada paksi diri kita. Cuba imaginasikan keadaan mereka. Sebab tulah kita berpuasa agar kita boleh merasai kepayahan berlapar dahaga seperti orang yang susah..
Payah kalau tak faham-faham.. Selamat berpuasa.
SALAM,
ReplyDeleteSIFAT EMPATI INI MEMANG PERLU DALAM HUBUNGAN KITA DENGAN ORANG LAIN. LETAKKAN DIRI KITA DALAM SITUASI ORANG BERKENAAN ! SELAMAT BERBUKA