Sedang saya membelek-belek cd dan vcd lama dalam kabinet di rumah, terjumpa saya pada 1 cd audio bertajuk "Kuasa Minda". Kandungan dan isi pemyampaiannya adalah mengenai 4 elemen dalam diri setiap insan yang harus digunakan secara bijak dan berkesan untuk menjadikan hidup kita ini lebih baik dan lebih berjaya. Ringkasnya 4 elemen berkenaan adalah jasad, emosi, akal dan rohani kita. Begitu panjang lebar huraian yang diberikan oleh motivator berkenaan. Apapun cukup rasanya untuk saya ambil kesimpulannya sahaja di sini dahulu bahawa sesungguhnya setiap dari kita telah sedia memiliki 4 anugerah ini ataupun harta karun dalam diri. Terpulang kepada kita untuk mengunakannya dan mencanainya untuk membangkitkan potensi diri setiap daripada kita. Mungkin jika ada kesempatan saya akan cuba menulis kembali kandungan dan huraian tajuk ini di ruang ini untuk faedah kita bersama.
Ringkasnya jasad tubuh badan perlu dijaga. Jaga makan minum dan senaman. Emosi dijaga dengan sabar, sabar, sabar dan sabar serta emosi boleh digunakan untuk kita didesak menjadi yang terbaik. Rohani pula dijaga dengan zikir dan amal ibadat sementara akal di jaga dengan kita sentiasa bersikap positif dan tidak "under esitmate" kebolehan dan kepercayaan kita. Selebihnya akan di sambung huraiannya sedikit masa lagi insyaAllah.
Selamat menjalani ibasah puasa ;)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda