Pernah satu ketika mendengar cerita orang-orang lama (pesara kerajaan).. Mendengar cara mereka bekerja sebelum bersara dulu.. memang hebat, teliti dan bersih.. Opss.. bukan "bersih" yang kuning tu ;).
Zaman dulu-dulu mereka bekerja penuh disiplin. Mereka teliti dalam kerja mungkin zaman tu boss-boss mereka juga teliti dan penuh dedikasi. Kalau di pejabat tu aturan kekemasan meja pun mereka titik beratkan. Bagi sesetengah kita mungkin benda ni remeh tapi tidak bagi mereka yang betul-betul teliti dan kemas ni. Meja bagi mereka perlu kemas dan bersih. Tiada habuk pun.. Kalau sibuk macamana pun dengan kertas dan alatulis atas meja., apabila petangnya nanti sebelum balik meja mesti kemas dan tersusun rapi.
Itu bila kita bercakap tentang tempat kerja.. Kalau tentang kekemasan diri pun begitu juga. Orang-orang zaman tu memang menjada penampilan. Gaya rambut dan pakaian memang ada kelas tersendiri..Gaji tidaklah sebesar mana tapi mereka mampu bergaya, berduit untuk memiliki apa yang dihajatkan dan ada style ;)
Mereka juga di zaman tu dikatakan elok budi bahasanya. Ada tata susilanya. Walaupun mungkin di zaman tu dakwah dan ceramah agama mungkin tidak sehebat sekarang ni yang rata-rata tiap-tiap hari kita disorotkan di internet, TV, radio, majalah, surat khabar, majlis ilmu dan macam-macam lagi sumber pengajian Islam tetapi mereka terkawal hidupnya.
3 perkara ni sahaja bila direnung antara dulu dan sekarang dah jauh berbeza. Kebersihan, pembawakan diri dan kesantunan hidup..
Sememangnya kita kena selalu juga menoleh ke belakang dan mengkaji sejarah dan usul lama masyarakat kita, menggali mana yang baik untuk turut dibawa bersama dalam arus moden yang penuh dugaan ini.
Cermin2 diri dan cuci2 hati anda..
Selamat menyambut Ramadan yang bakal menjelma. InsyaAllah..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda