Selesai sudah pembentangan Bajet negara untuk tahun hadapan, 2011. Seperti biasa kita nampak sekian banyak peruntukan dirangka untuk perbelanjaan negara dalam hal mengurus dan pembangunan. Secara keseluruhan ada penganalisis mengatakan bajet ini dikatakan bajet selamat dan berhati-hati. Dimana selamat dan berhati-hati itu, pakar ekonomi mungkin lebih mengetahui. Kerajaan tentunya telah mempertimbangkan dan meneliti serta mengkaji sedalam-dalamnya untuk mengatur strategi dan keutamaan apa yang perlu dalam aspek kewangan ini. Syabas dan tahniah kepada PM dan juga Kementerian Kewangan. Aspek pelancongan dilihat antara yang mendapat perhatian kerajaan. Pembangunan kawasan luar bandar khususnya bagi Sabah, Sarawak dan kawasan Orang Asli juga diberikan perhatian yang wajar. Banyak insentif dan faedah lain yang diberikan kepada masyarakat sivil, golongan peniaga dan industri. Tetapi macam biasalah mungkin kerajaan tidak boleh terlalu memberikan itu dan ini untuk memuaskan hati 100% segenap warga Malaysia.
Bagi penjawat awam, setiap kali pengumuman bajet tentunya hati dan fikiran mereka akan sedikit sebanyak berangan-angan tentang BONUS. Bonus bukanlah sesuatu yang wajib diterima. Bonus juga bukanlah perkara yang boleh DIPINGGIRKAN begitu sahaja bagi setiap individu yang bekerja. Tidak kiralah di sektor mana pun.
Dengan pemberian sumbangan RM500 bagi setiap penjawat awam Gred 54 dan ke bawah, ia sepatutnya memberikan nafas lega juga kepada mereka. Syukur untuk itu. Ini kerana bukanlah menjadi syarat wajib dan mesti untuk kerajaan memberikan sesuatu kepada mereka dalam bajet-bajet tahunan yang diberikan. Walau bagaimanapun, ada penganalisis menjangkakan ada sedikit imbuhan yang mungkin perlu kepada penjawat awam untuk lebih memotivasikan mereka dalam menjadi nadi kepada gerak kerja ke arah Transformasi Kerajaan yang di war-warkan kini. Apa pun ia telah berlalu dan keputusan telah dibuat. Sebagai penjawat awam, terimalah dengan hati terbuka.
Berhubung tajuk post ini suka untuk saya ringkaskan tiga perkara berikut iaitu :
1. Selepas ini rasanya CUEPACS tidak perlulah lagi bersusah payah untuk merayu-rayu sangat dalam hal bonus ini. Biarkanlah sahaja Pimpinan Kerajaan fikir sendiri mengenainya.
2. Pemberian RM500 memang melegakan tetapi lebih cantik jika angkanya seperti RM700. Sebagai manusia secara normalnya kita tidak gemar kepada sesuatu yang sama. Manusia ingin melihat perubahan. Jadi perubahan dari angka 500 kepada nilai lain tentunya lebih baik. Mungkin 500 itu sesuai pada masa-masa terdahulu dan bukannya pada masa kini yang mana dengan "sekali belanja" sahaja ia boleh habis entah ke mana. Lebih-lebih lagi bagi penjawat awam di bandar yang kadang kala boleh terjerumus menjadi mudah miskin.
3. Adalah sesuatu yang 'NORMAL' untuk kita bersuara untuk diri kita. Penjawat awam bersuara untuk penjawat awam kerana mereka tahu siapa mereka.
Fikir2kan penjawat awam kumpulan sokongan terutama gred c & d sudah menjadi miskin tegar terutama di kawasan bandar yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi
ReplyDelete