Dipetik dari sebuah akhbar dalam talian:
"JOHOR BAHRU 30 Sept. - Sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat sejarah apabila berjaya mencipta simulator latihan haji dan umrah yang pertama di dunia bagi membantu umat Islam membuat persiapan fizikal dan mental mengerjakan ibadat itu"
Berita sebeginilah yang seharusnya sentiasa ada terselit dan dijamu kepada masyarakat Malaysia untuk memberikan sedikit keceriaan pada dada-dada akhbar tempatan kita. Rencana penemuan baru dan usaha baik oleh cerdik pandai tenpatan seharusnya lebih dan digalakkan penampilannya dalam mewarnai kandungan berita dalam media kita, baik elektronik mahupun yang bercetak. Memanglah di kedewasaan ini kita dikelilingi dengan pelbagai berita yang banyak menjurus kepada keaiban moral masyarakat, kedukaan dek kemalangan, politik yang kadang kala gelagatnya macam "kartun" dan jenayah yang amat mendukacitakan. Golongan pegamal media dan berita seharusnya turut mengimbangkan apa yang disampaikan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sumber berita atau cerita ini (bagi orang kebanyakan/biasa) boleh dikatakan adalah input utama kepada dalam mempengaruhi pemikiran dan rentak kehidupan mereka. Kalau setiap hari disogok dengan berita-berita negatif, rasanya pemikitan kita pun akan terjurus ke arah negatif.
Saya ada mendengar tentang "Law Of Attraction". Saya tidak mengetahui hukum dan teori ini sama sekali kerana tidak berkesempatan lagi untuk membaca sebarang buku atau artikel mengenainya. Tetapi saya agak-agak ia mungkin sedikit sebanyak mengatakan perkara yang baik akan menarik perkara baik yang lain kepadanya. Atau secara mudahnya tenaga positif akan menarik lagi tenaga positif yang untuk bersama. Jadi apabila dikaitkan dengan kandungan oleh media sebagai pemyampai berita dan peristiwa tadi, maka adalah menjadi tanggungjawab "pengutus berita" itu untuk memberikan banyak yang baik-baik daripada yang tidak baik kepada pembaca.
Moga selepas ini akan timbul sedikit cetusan atau kecenderungan media untuk menggali apa sahaja rahsia dan potensi yang ada pada cerdik pandai dan ilmuan tempatan khususnya dalam menangani segala isu negatif yang dibaca setiap hari. Memang ia ada nilai berita yang tinggi, tetapi cuba imbangikan ianya seimbang dengan corak berita dan cerita yang memberikan sedikit nafas lega dalam hati pembaca.. Hhhmmmm...

SALAM,
ReplyDeleteDIHARAPKAN ALAT SIMULATOR TERSEBUT BOLEH DIDAPATI DENGAN SEGERA DI PASARAN. IA SEBAGAI ALAT BANTUAN DAN PANDUAN YANG CUKUP BERGUNA KEPADA BAKAL PESERTA HAJI. PENGALAMAN SEMASA BERKHIDMAT DI UNIVERSITI MENUNJUKKAN BAHAN2 HASIL CIPTAAN DAN PENEMUAN STAF UNIVERSITI TERSIMPAN LAMA DI UNIVERSITI BERKAITAN.