Bulan Syawal baru sahaja melabuhkan tirainya.. Perjalanan pada bulan raya yang lalu ini membawa saya ke merata tempat untuk di ziarah dan memenuhi jemputan majlis rumah terbuka juga majlis perkahwinan. Hadirlah saya dan keluarga ke rumah saudara mara, rakan taulan juga jemputan luar yang diterima. Dalam semua perjalanan ke hampir semua destinasi ini, kebanyakkan laluan kenderaan penuh dengan "bumper" ataupun bonggol. Terfikir di dalam hati kenapalah sampai begitu banyak sangat halangan di jalan raya kita ni. Di jalan besar dan utama pun boleh di letakkan bonggol halangan.. Di kawasan taman pula ada yang diletakkan banyak dalam jarak yang agak rapat.. Lebih teruk lagi ada yang bentuknya yang terlalu tinggi dan bergegar kuat kereta kita dibuatnya. Lebih-lebih teruk lagi ada bonggol jalan yang kelihatan seolah-oleh tidak kelihatan ia ada di situ. Orang yang tidak biasa dengan jalan berkenaan akan mudah untuk tidak perasaan keberadaannya di situ. Sudahlah tiada tanda pemberitahuan, warna atau cat pun tidak ditandakan padanya.. Bila laju sikit, melambunglah kereta kita dan segala isi kandungannya ;)
Asal kejadian bukit kecil ni memanglah kita tahu untuk mencegah pengguna melaluinya dengan laju, tetapi kalau dah terlampau banyak dan tinggi-tinggi pula bentuknya, boleh mengganggu pemanduan kita di kawasan berkenaan. Letih nak melayan bonggol yang terlampau banyak di tempat kita ni..
SALAM,
ReplyDeleteBAGUS TETAPI TIDAK TERLALU BANYAK DAN PARAS KETINGGIAN YANG BERSESUAIAN. PAPAN TANDA AMARAN (ADA BONGGOL DI HADAPAN) ELOK DISEDIAKAN.