Semasa hendak menulis tajuk ini, saya memasang kipas. Mula-mula tetapan kelajuan kipas adalah satu... tidak rasa apa sebaliknya rasa panas.. saya tingkatkan ke tahap kelajuan dua.. barulah rasa dingin sikit.. ini pun sebab di masa ini, hujan yang turun baru sahaja berhenti.. Hari ini diberitakan suhu tertinggi di Malaysia dicatatkan 36.7 darjah celcius.. panas betul..
Menurut seorang pensyarah daripada sebuah universiti tempatan, banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan suhu di Malaysia sekarang ini. Aktiviti penebangan pokok dan hutan secara tidak terkawal dan pembangunan yang tidak menjaga kestabilan ekosistem alam. Turut menyumbang adalah perubahan iklim global dunia keseluruhannya.
Rasanya jika peningkatan suhu ini berterusan dalam masa puluhan tahun lagi, rasanya rutin manusia (di Malaysia saya rasa) akan boleh berubah. Jika sekarang kita keluar bekerja di waktu siang. Di masa hadapan nanti mungkin kita kena keluar bekerja di waktu malam.. Bagaimanakah agaknya nasib dan cabaran mereka di zaman itu?
Di masa ini antara rutin yang saya lihat sekarang untuk kita mengelakkan daripada terseksa dengan peningkatan suhu ini adalah:
1. Berada di tempat berhawa dingin seperti di rumah, pejabat, kompleks membeli belah dan sebagainya.
2. Berada di tempat seperti di air terjun dan hutan lipur.
3. Berada di tempat peranginan tanah tinggi yang lebih dingin.

4. dan akhirnya, Berada di dalam kenderaan ;)
Sesungguhnya kita ini adalah makhlukNya yang lemah.. Panas di dunia pun kita tidak tahan, apatah lagi nanti dengan kepanasan di akhirat kelak..
No comments:
Post a Comment
Komen Anda