Setiap individu tentu ada koleksi peribadinya tersendiri.. Kalau hobinya mengumpul barangan antik, tentunya pelbagai koleksi barangan lama telah dimiliki dalam simpanannya. Tentunya benda itu berada dalam keadaan elok, ada harga dan nilai tersendiri. Walaupun benda tu lama ianya kalau disayangi tentu ianya masih kelihatan menarik dan nampak berharga dan mungkin dicemburui orang lain. Benda dan perkara yang lama janganlah dilupakan atau diletakkan ditepi (dengan terlalu melihat kepada benda baru sahaja) kerana jika tiada dahulu dimana datangnya yang sekarang itu..
Mengambil contoh bangunan lama dan baru.. Dalam konteks penjagaan bangunan baru dan bangunan lama di negara kita saya fikir mungkin ada banyak lagi ruang dan cara bagi kita lebih menghargai khazanah dan aset kepunyaan kita yang telah diwarisi sekian lamanya ini. Lihat sahaja di Kuala Lumpur.. Kita masih dapat lihat banyak bangunan lama seperti bangunan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan KL, Ibu Pejabat Stesen Keretapi Tanah Melayu, Masjid Negara, Bangunan Sultan Abdul Samad, Bangunan Angkasaraya dan banyak lagi.. Di sepanjang perjalanan zaman tertegaknya bangunan-bangunan lama ini, semakin hari semakin banyak bangunan-bangunan baru didirikan di sekitarnya.. Dengan fungsi-fungsi penting yang masih dimainkan oleh bangunan-bangunan lama ini, tidak dapat dinafikan ianya harus dijaga dan diselenggara dengan sebaiknya.
Memang kita harus melihat ke hadapan, melakar dan mencipta sesuatu yang baru.. tetapi apalah maknanya kalau perkara lama yang telah memainkan peranan penting, penuh bersejarah dan satu-satunya identiti kita yang unik tidak diuruskan dan dijaga dengan baik.. Yang pentingnya kita seimbangkan kedua-duanya.
Bukan setakat bangunan sahaja, malah kita perlu melihat kepada aspek dan perkara lain juga seperti budaya lama, ilmu lama, buku lama, amalan lama, baju lama, kemahiran lama, sistem lama dan juga kepada orang lama ;)
Yang baru ditatang dan yang lama dijaga.
No comments:
Post a Comment
Komen Anda