Saya gemar melihat lanskap pokok hiasan dengan keadaan persekitaran yang cantik, kemas dan menarik. Jika singgah di nursery pokok bunga hiasan kebiasaannya saya tidak akan pulang dengan tangan kosong ;) Selalunya semasa menonton drama, filem atau rencana di TV saya bukan sekadar mengikuti isi atau jalan ceritanya sahaja tetapi turut suka melihat keadaan dan lokasi yang ada dalam adegan yang dirakam. Dalam rencana dan filem dari luar negara kebanyakkannya berlatarkan lokasi yang cantik dan menarik. Latar sesuatu adegan filem saya lihat bukan diambil secara tidak sengaja dan spontan sebaliknya (saya rasa) memang dirancang dan turut ingin ditonjolkan bersama watak dan penceritaan yang dimainkan. Tidak kiralah samada adegan itu dibuat di dalam (indoor) ataupun diluar (outdoor), mereka selalunya ada menampakkan seni paparan visual tersendiri yang boleh memberikan impak kepada penonton.
Berbalik kepada tajuk diatas, setiap ketika apabila melihat pelancong asing yang berada di Malaysia, saya terfikir.. apakah yang mereka suka dan ingin lihat di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur contohnya semasa berkeputusan melancong ke sini? Memang tentunya dipengaruhi tarikan tertentu dan tujuan masing-masing. Mungkin faktor budaya, masyarakat, makanan, bahasa dan lain-lain. Tetapi bagi saya yang berada di Malaysia selama lebih 30 tahun ini merasakan ada sedikit kelompongan dan ketidakendahan terhadap penjagaan nilai produk pelancongan TERUTAMANYA dalam mewujudkan lanskap tanaman hiasan yang indah, betul-betul bersih dan menarik perhatian pelancong.
Sekiranya tulisan ini akan dibaca atau terbaca oleh sesiapa sahaja yang terlibat dalam sektor pelancongan di Malaysia, cadangan saya.. PERKASAKAN keindahan lanskap persekitaran fizikal kita. Setiap bandar-bandar utama sepatutnya telah ada tarikan lanskapnya tersendiri. Modal untuk nilai tarikan pelancongan ini saya fikir rendah sekali jika hendak dibandingkan dengan pembinaan prasarana lain berstruktur tidak hidup. Kerajaan sendiri yang dalam daftar asetnya telah ada apa yang dipanggil ASET HIDUP seperti tanaman pokok dan haiwan perlu mengoptimakan kepenggunaannya demi kesejahteraan semua. Perhebatkan kewujudkan ruang dan rupa lanskap yang penuh kehijauan dan warni-warni di bandar-bandar dan lokasi strategik. Pelancong biasanya suka bergambar untuk kenangan. Memang kita selalu mengatakan apalah pentingnya kemajuan fizikal, tetapi jika pandangan dan persekitaran kita baik dan selesa sedap mata memandang, secara beransur-ansur ia menjadi penawar kepada STRESS yang ada. Aspek pelancongan ini telah kita lihat amat JELAS sekali tidak terjejas langsung dek kelembapan ekonomi yang melanda. Mereka tetap datang mencari ketenangan dan ingin melihat SESUATU di sini.
Apabila banyak lanskap di bandar-bandar kita yang cantik tentunya akan ada lebih lagi daya tarikan pelancong luar dan dalam. Tak mustahil pembikin filem-filem Bollywood akan berduyun-duyun datang ke sini untuk membuat penggambaran filem ;)
CATkanlah baru bangunan-bangunan yang sudah nampak lusuh tu.. Tanam banyak lagi pokok-pokok hiasan.. kemudian selenggara sebaiknya...

Salam
ReplyDeleteBenar. Siapa pun sukakan keindahan. Saya tertarik dgn usaha negeri Melaka. Banyak benda yg tak ada kemudian diadakan, dicantikkan, digah-gahkan. Yg sedia ada pula dipelihara dgn baik. This small state has definitely done very well in developing its tourism industry.