Tiada manusia yang tidak stress saya fikir. Masing-masing tentunya ada kerunsingan, masalah, kerja dan tanggungjawab yang harus dipikul dan perlu diselesaikan. Sebagai seorang yang normal mungkin apabila setelah bersara nanti barulah kurang sikit stress yang ada terutamanya yang berkait dengan kerja. Kita selalu mendengar beberapa peristiwa dan kejadian yang amat menyayatkan hati. Antaranya termasuklah kisah tragedi kematian yang diakibatkan oleh pembunuhan dan kecederaan oleh ahli keluarga sendiri. Kita tidak dapat menolak perkara ini telah ditakdirkan dan ia juga mungkin tidak disengajakan untuk berakhir sedemikian rupa. Saya berpandangan walau setinggi mana pun tahap kewarasan dan kesabaran seseorang itu, dengan situasi dan cabaran dunia yang pelbagai rupa tentunya tahap kewarasan ini sentiasa akan dicabar dan terus dicabar oleh musuh kewarasan itu iaitu stress. Hendak memastikan tahap stress sentiasa berada di bawah tahap kewarasan bergantung kepada bagaimana seseorang itu mengawal perubahan stress di dalam dirinya. Apabila tahap keduanya semakin setara, ia akan mencapai fasa yang agak kritikal dimana daya fikiran logik akan diabaikan dan terus boleh berlakunya tindakan yang di luar rasa pertimbangan dan kewarasan tadi. Nasihat saya kepada diri dan yang membaca, kawal stress dan jika ada masalah cuba jangan difikirkan sangat. Saya menulis tajuk ini setelah mendapat idea dari filem HULK yang ditonton sebulan lalu ;)
No comments:
Post a Comment
Komen Anda