Penggunaan kalimah Allah dalam terbitan akhbar mingguan Gereja Katholik yang mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jelas sekali mendapat tentangan semua umat Islam di Malaysia. Kerajaan sendiri dilihat akan cuba mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu ini. Mungkin ada segelintir yang masih boleh menerima hakikat perkara ini berlaku dan mungkin mereka masih mencuba untuk mewujudkan alasan-alasan yang logik yang direka untuk menyebelahi kepentingan mereka... Mungkin... Pegangan dan amalan jauh berbeza.. bagaimana mungkin boleh digunakan satu nama yang sama.. Penjelasan lanjut amat perlu oleh pihak gereja saya rasa...
Sebagai penganut Islam, umat yang mengaku dirinya beriman (hati, perkataan dan tindakan) dan bertaqwa (lakukan yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah) harus bersatu dan tegas dalam memperjuangkan isu ini. Mereka yang berada di atas tentunya perlu bertindak. Bertindak untuk meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Yang patut bersuara telah DENGAR suaranya. Yang membantah telah JELAS tulisannya. Yang menyokong telah KUAT gegarannya..
Saya secara peribadi dengan ilmu yang cetek ini hanya ingin menyatakan sedikit kekesalan dan amat terkilan bukan kepada isu yang sedang melanda, TETAPI lebih kepada bagaimana isu ini boleh diMULAKAN...? Lepas satu persatu pencerobohan terhadap kesucian dan ketinggian agama Islam di bumi Malaysia ini diganggu gugat. Sedarlah wahai kita semua, maruah agama Islam adalah yang paling atas yang harus dijaga berbanding maruah yang selain daripadanya. Wallahualam..

Aku sangat bersetuju bro. Sepatutnya, ia tidak dan tidak akan jadi begini...negara yang agama rasmi, pemimpin serta majoriti masyarakatnya beragama Islam...
ReplyDeleteSepatutnya dari awal lagi ia tidak boleh di bawa dan dijadikan kes di Mahkamah. Banyak penulisan lain menyatakan ini adalah hasil daripada perpecahan umat Islam di Malaysia itu sendiri. Mungkin ya.. mungkin tidak juga.. Tapi saya rasa ia lebih kepada garis panduan penjagaan kalimah itu sendiri dalam prosedur dan amalan beragama di negara ni. TQ saudara Kamarul atas komen di atas ;)
ReplyDeleteSetuju dengan tuan tanah, memang tak sepatutnya dibawa langsung ke mahkamah...
ReplyDeletesalam faizal.
ReplyDeletebetul, sepatutnya pihak berwajib agama baik islam atau kristian duduk berbincang perkara ni awal2 lg.sebab bila perkara ni dibawa ke mahkamah, pihak mahkamah adalah terikat utk buat keputusan berdasarkan kpd fakta dan hujahan yang dibentang di hadapan kami shj.ada kemungkinan hujahan di pihak kerajaan tidak kuat, nas undang-undang yang disandarkan adalah tidak kukuh.apabila perkara ni dibawa ke mahkamah sivil, otomatik undang2 islam tak terpakai let alone dalil2 dr Al-Quran dan hadis.
see, bijaknya pihak kristian memanipulasikan keadaan di negara kita?